Angin sepoi-sepoi bahasa mengusap lembut wajah mulus Maira yang sedang berdiri terkesima dihadapan sekolah baru dimana dia ditukarkan atas sebab-sebab tertentu . Pelajar lain berpusu-pusu lari masuk ke dalam sekolah melintasi pagar utama sebelum pagar itu ditutup rapat oleh pengawal. Lantas, Maira membuka langkah mengikut beberapa pelajar yang tidak dikenalinya kerana dia masih belum tahu selok belok sekolah barunya itu. Mahu bertanya tetapi malu. Maklumlah , dia bukannya pandai berkomunikasi dengan orang lain. Jenis Introvert, kadang malu dia itu tidak bertempat.
Maira mula mencari kertas A4 yang tertulis nama kelasnya "Aurora" yang ditampal didinding dewan sekolahnya itu. Pantas dia berlari setelah menangkap nama kelasnya sambil cuba mengelak daripada terlanggar pelajar-pelajar lain. Sampai sahaja didepan meja kaunter yang penuh dengan beberapa helai senarai nama, cikgu perempuan yang berpakaian jubah hitam bertemankan tudung shawl berwarna turquoise bersuara tanpa memandang dirinya.
"Nama kamu apa ye?" Ujar cikgu tersebut dengan gaya bersedia untuk mencari namanya.
"Nur Maira bt Malik"
"Mohd Mikhail bin Malik"Dua nama disebut dalam masa yang sama menyebabkan cikgu perempuan yang berkaca mata itu mengalihkan pandangannya menghadap 2 pelajar barunya itu.
Kepala Maira pantas pusing memandang kirinya setelah menyedari nama ayahnya sama dengan lelaki yang sedang memandangnya dengan muka yang teruja. Sejak bila lelaki itu berada disebelahnya ? Langsung tidak disedari Maira."Adik-beradik ke?" Persoalan diajukan menyebabkan Maira dan Mikhail memandang hadapan.
"Tak" balas mereka berdua serentak sekali lagi menyebabkan mata Maira dan Mikhail bertemu semula. Mikhail tersenyum menyebabkan Maira mengalihkan pandangan dengan serta merta.
"Nampak macam iya walaupun bukan" ujar cikgunya sebelum tergelak kecil. Maira hanya tersenyum sambil tergelak yang tidak jadi. Mikhail pula semakin lebar senyumannya, melirik gadis yang memiliki nama ayah yang sama dengan dirinya.
"Aaahhh... nampaknya kehidupan persekolahan aku bakal jadi menarik" bisik hati Mikhail sambil tersenyum lagi.
*
"Assalamualaikum wbt, baiklah saya memperkenalkan diri saya dahulu, sebagai guru kelas dan guru pengiring kamu. Nama saya Nur Hidayah bt Rahmat, boleh panggil saya cikgu Dayah, saya diberikan tanggungjawab untuk menjaga kelas 5 Aurora ini. Jadi, jikalau ada sebarang masalah boleh berhubung dengan saya. Ok?" Cikgu Dayah bersuara sebelum tersenyum.
"Baik cikgu!!!" Anak murid kelas 5 Aurora membalas dengan suara yang ceria. Maklumlah hari pertama sekolah, mestilah dimulakan dengan permulaan yang baik. Kelas diteruskan lagi dimana setiap ahli kelas 5 Aurora memperkenalkan diri masing-masing. Setelah selesai sesi memperkenalkan diri. 2 orang pelajar yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan memasuki kelas tersebut bersama seorang guru perempuan yang bernama cikgu Wafa setelah mengetuk pintu kelas.
"Assalamualaikum, maaf menganggu cikgu. Saya bawa 2 orang anak murid cikgu. Saya wakilkan diri mohon maaf atas kelewatan mereka sebab tadi saya minta tolong bantuan mereka sekejap. Biasalah hari pertama, tak cukup tangan nak buat semua benda."
Cikgu Wafa menerangkan situasi yang berlaku kepada mereka bertiga sebelum Cikgu Wafa menghantar mereka ke kelas 5 Aurora. Seusai menerangkan apa yang terjadi, Cikgu Wafa keluar untuk menjalankan tugas seterusnya manakala 2 orang pelajar itu perlu memperkenalkan diri sebelum duduk ditempat yang kosong.
"Kau orang adik-beradik ke? , Kembar ke?" Soalan sama diajukan setelah Maira dan Mikhail selesai memperkenalkan diri.
"Tak ... Hahaha" Mikhail tergelak sambil mengaru-garukan kepala belakangnya yang tidak gatal dengan tangan kiri manakala tangan kanannya melambai ke kiri dan kanan berkali-kali melihat suasana riuh rendah dikelas barunya itu sambil melirik ke gadis disebelah kanannya yang hanya mengelengkan kepalanya sekali sambil wajahnya memandang ke lantai.
"Ok, kelas ... Sudah. Jangan menyakat kawan baru kamu. Mikhail kamu duduk disebelah Farhan dan Maira kamu duduk disebelah Syaza." Cikgu Dayah menunjuk ke arah tempat yang tidak berpunya, bersebelahan tetapi berjarak. Mikhail dan Maira pantas bergerak ke tempat masing-masing sebelum melabuhkan punggung.
"Assalamualaikum bro" ujar Farhan sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Mikhail.
"Waalaikumussalam bro Farhan" balas Mikhail dengan teruja dan ceria sambil menyambut tangan Farhan dan mengenggam jari jemari Farhan sebelum ibu jarinya bertemu ibu jari Farhan. Farhan tergelak melihat reaksi kawan barunya itu.
"Hai Maira" Syaza bersuara kemudian tersenyum.
"Hai" balas Maira pendek sambil cuba tersenyum. Dia terasa janggal apabila seseorang bercakap dengan dirinya kerana dia bukannya jenis petah berbicara.
"Baiklah, sekarang keluarkan buku kecil satu untuk tatabahasa sahaja dan untuk pengetahuan kamu saya akan ajar kamu Bahasa Melayu" ujar Cikgu Dayah sebelum mula menulis dipapan putih menggunakan 'marker pen'.
Disebalik semak samun yang mengelilingi padang sekolah itu, sepasang teropong diturunkan dari wajah seseorang dan tangan kanannya yang sedang memegang sejenis walkie talkie berfrekuensi tinggi didekatkan ke bibirnya.
"Bos, target sudah dijumpai" seorang lelaki berpakaian hitam dari atas hingga ke bawah memindahkan maklumat dengan segera.
"Bagus, jangan sampai terlepas lagi" balas si bos yang sedang baring diatas sofa merah dengan tegas kemudian tersenyum sinis sambil memegang sekeping foto.
YOU ARE READING
Rahsia
RandomMaira seorang gadis berperwatakan introvert dan Mikhail seorang jejaka berperwatakan extrovert bertemu atas satu sebab yang sama menyebabkan hidup kedua-dua insan ini berubah sejak hari pertama.Tetapi tanpa mereka sedari, mereka mempunyai tanggungj...