Putera ? Puteri ? Kebangkitan ? Pemerintahan ? Sekejap! Aku bermimpi ke apa ini?"Maira , Mikhail rasa kita kena 'prank' " ujar Mikhail sebelum tergelak. Dia kemudian menuju ke arah pokok manusia yang bersuara tadi.
"Mi ... Mikhail , jangan ... " Bisik Maira, cuba menghalang Mikhail walaupun masih dalam ketakutan.
"Jangan risaula ... Ni semua hologram ni. Saja je nak prank dengan takutkan orang" Mikhail mengangkat tangan kanannya dan diletak di pokok manusia dihadapannya itu. Diangkat tangan kirinya pula sebelum diraba pokok manusia yang keras dan kasar itu. Pelik ... Hologram ni tak boleh tembus pun.
Gerakan tangannya terhenti. Dia tergelak janggal sebelum melarikan diri dan menyorok dibelakang Maira. Maira hanya menggelengkan kepalanya sebelum menjauhkan dirinya daripada Mikhail. Dia beristighfar. Entah berapa kali mereka terpegang diantara satu sama lain, tanpa sengaja walaupun berlapik. Tetap dia rasakan perkara itu salah, takut dengan hukum Allah iaitu dosa. Astaghfirullahala'zim ... Maafkan hambamu ya Allah ...
"Kami bukan hologram atau apa-apa sahaja yang putera atau puteri gelarkan" Pokok manusia itu bersuara sambil mendekati Mikhail dan Maira sebelum berhenti beberapa meter dihadapan mereka. Serentak itu juga mereka mengundur ke belakang beberapa langkah sebelum berhenti pada waktu yang sama pokok manusia itu berhenti.
"Tepat pukul 12:00 tengah malam, kebangkitan kerajaan Putera dan Puteri akan bermula. Begitu juga dengan peperangan besar yang bakal berlangsung tak lama lagi" sambung pokok manusia itu lagi dengan wajah garang. Suara teriakan daripada pokok manusia yang lain kedengaran sambil tangan ranting mereka digumpalkan dan ditolak ke atas berkali-kali. Gerun Mikhail dan Maira dibuatnya.
"Sekejap ... sekejap ... Apa maksud erm ... Nak panggil apa pokok ni ... ? Apa maksud encik pokok pasal putera ... puteri ... kerajaan semua ni ? Tak faham la" Mikhail yang tertanya-tanya daripada tadi mula bersuara. Dia masih rasa ini semua 'prank' walaupun pokok-pokok manusia ini nampak macam realiti. Maira menganggukkan kepalanya laju, tanda setuju dengan Mikhail.
"Sejak turun temurun ... Zaman berzaman ... Kemunculan putera dan puteri yang dilahirkan seperti kalian ibarat ditelan bumi, semangat hutan semakin menghilang dek ketiadaan putera dan puteri yang dilahirkan untuk melindungi puak hutan sehingga kini. Sekarang, kemunculan putera dan puteri akan membangunkan kembali kerajaan hutan yang kian pupus kerana dihapuskan oleh manusia durjana ! Kalian ! akan membangunkan kembali pemerintahan nenek moyang kalian yang sudah lama menghilang. Era pemerintahan hutan akan kembali, tepat jarum berhenti berdetik pada jam 12:00 tengah malam ini"
Suara halus seorang wanita menjawab pertanyaan Mikhail."Setelah sekian lama, kalian muncul sebagai putera dan puteri hutan yang terpilih sejak turun temurun, bermula daripada zaman nenek moyang kalian dahulu kala. Dimana aliran darah putera dan puteri hutan mengalir didalam badan kalian. Ketibaan yang dinanti-nantikan sekian lama akhirnya muncul tanpa diduga. Semangat puak hutan semakin membara-bara ! Lagenda akan kembali ! Pemerintahan akan bermula ! Kerajaan akan dibangunkan sekali lagi ! Kalian telah dinanti-nantikan oleh semangat hutan sekian lama, untuk mendapatkan hak mereka kembali! Untuk membangunkan kembali kerajaan hutan yang sudah lama lenyap. Kalian adalah putera dan puteri hutan yang telah dipilih" sambung suara garau seorang lelaki.
Pada waktu yang sama, pokok- pokok manusia memberi laluan kepada dua orang pencerita dengan bergerak ke tepi kiri dan kanan. Tepat dihadapan Mikhail dan Maira. Pokok-pokok manusia itu seperti menghadap ke bahagian tengah yang sudah dikosongkan untuk memberi laluan kepada sang pencerita itu.
Sang pencerita berhenti setelah habis bercerita dan kemudian tersengih memandang wajah tidak percaya Mikhail dan Maira itu. Mereka sudah menjangka awal-awal wajah dua remaja itu. Muka tak percaya tambah terkejut darab marah sambil mengetapkan bibir menahan marah. Sang pencerita akhirnya melepaskan tawa yang tak boleh ditahan itu. Riak wajah anak mereka terlalu lawak dan comel, memang tak boleh nak tahan gelak lagi.
"Ahha ... Hahaha ... Ahhahaha ... Hahahaha.... " Gelak mak Mikhail dan ayah Maira sambil memegang perut.
"Mak !!! "
"Ayah !!! "Teriakan putera Mikhail dan puteri Maira bergema disekolah hutan itu. Sehinggakan beberapa kumpulan burung yang sedang merehatkan diri diatas pokok terbang berkeliaran dimerata-rata tempat akibat terkejut.
YOU ARE READING
Rahsia
RandomMaira seorang gadis berperwatakan introvert dan Mikhail seorang jejaka berperwatakan extrovert bertemu atas satu sebab yang sama menyebabkan hidup kedua-dua insan ini berubah sejak hari pertama.Tetapi tanpa mereka sedari, mereka mempunyai tanggungj...