"Maksudnya ... Sampai sekarang la Putera Emerald itu tak dijumpai?" Soalan diajukan Mikhail mendapat anggukan daripada kedua-dua ibu bapanya.
"Tapi ... Apa sebenarnya ... manusia yang serang diaorang itu nak ? .... " Maira yang bersuara perlahan itu dipotong Mikhail pantas.
" ... Padahal, puak hutan tak serang diaorang pun ... " Mikhail mematikan perbicaraan Maira tanpa disedari.
"RAHSIA ... Rahsia yang disembunyikan turun temurun mengakibatkan mereka diburu. Rahsia yang tidak diketahui sesiapa sehingga kini. Rahsia yang dirantai dan dipagar, terbuka hanya apabila kunci ditemui. Rahsia disebalik rahsia." Malik menjawab dengan muka yang serius. Semua terdiam. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran.
"Jadi ... Kami ... ? Yang akan memerintah kerajaan hutan yang ke - 50 ? Eh ! Kenapa bukan pakcik... Eh ! Ayah dengan mak?" Mikhail mula berfikir , pelik ... Kalau dikatakan turun temurun ... Kenapa memilih dia dan kembarnya ? Padahal ... Kedua-dua ibu bapanya lebih mengetahui semua hal ini.
"Macam ayah kata petang tadi ... Kamu yang dipilih , kamu yang sesuai untuk memerintah kerajaan hutan ini. Semangat hutan tahu siapa yang akan menegakkan kembali kehidupan mereka. Macam ... Sekarang ini ... Keliling Mikhail dan Maira dah menunjukkan betapa semangat hutan percaya dekat The Forest Prince and The Forest Princess" ujar Mastura sebelum tergelak.
Mikhail tergelak janggal sambil menggaru-garukan belakang kepalanya yang tidak gatal. Terlupa dirinya dikelilingi kelip-kelip yang berwarna-warni. Seekor kelip-kelip berwarna biru hinggap dihidung Mikhail menyebabkan Mikhail tersenyum. Manakala Maira teruja, matanya bersinar apabila beberapa ekor kelip-kelip hinggap di kedua-dua telapak tangannya yang sudah diangkat itu.
"Tuan Malik. Masa semakin hampir" P2 bersuara, mengingatkan kembali mereka bahawa tepat jam 12 tengah malam. Kerajaan hutan akan dibangkitkan dan pemerintahan anak kembar mereka akan bermula.
"Mikhail, Maira. Persiapkan diri kamu berdua dari segi fizikal dan spiritual (roh). Mental juga mesti kuat !" Malik mengingatkan anak kembarnya dengan tegas serta berbaur amaran.
*
Tapak Perhimpunan
~Jam dinding terus berdetak, ah~
Tik ... Tok ... Tik ... Tok ...~Kakiku juga terus berjalan, ah~
Tap ... Tap ... Tap ... Tap ...~Tapi mengapa takku lepaskan tatapanku dari dirimu u u~
Mengerling jam tangan~Menembus hingga jantung ini terasa akan terhenti~
Dupdap... Dupdap ... Dupdap ... Dupdap ... Zashhh !!! (Bunyi anak panah tembus jantung) #AuthorMerepek3 ...
2 ..
1 .Dua bulatan ditengah tapak perhimpunan yang terdiri daripada lelaki (Malik, Mikhail dan Farhan) dan perempuan (Mastura, Maira dan Syaza) telah bersiap sedia. Genggaman masing-masing dieratkan setelah menyedari kawasan dipijak mula bergegar walaupun gegarannya kecil. Pokok-pokok manusia yang berjaga disekeliling tapak perhimpunan turut bersiap sedia. Mengikut peraturan, mereka tidak dibenarkan langsung menjejakkan kaki ke dalam garisan merah yang telah menutup pertengahan tapak perhimpunan itu. Iaitu dimana mereka, golongan manusia sedang berdiri.
Pokok-pokok manusia telah bersiap sedia membuat bulatan dengan menggabungkan lengan ranting mereka menjadi satu ikatan ranting yang tidak dapat diputuskan, akar-akar yang berada didalam dan dibawah tanah menahan pokok-pokok manusia daripada terjatuh ke dalam garisan merah yang menguasai 3/4 tapak perhimpunan itu. Analoginya seperti penyapu lidi, andai satu lidi sahaja, senang dipatahkan. Maka, gabungkan kesemua penyapu lidi. Jadi, penyapu lidi tidak akan mampu dipatahkan.
YOU ARE READING
Rahsia
RandomMaira seorang gadis berperwatakan introvert dan Mikhail seorang jejaka berperwatakan extrovert bertemu atas satu sebab yang sama menyebabkan hidup kedua-dua insan ini berubah sejak hari pertama.Tetapi tanpa mereka sedari, mereka mempunyai tanggungj...