Kring~~~
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba.
"Baiklah, saya nak kamu siapkan cara kawalan nyamuk dan lalat berserta gambarnya sekali. Kelas seterusnya saya nak kamu hantar nota Sains. Siapa yang tak hantar akan dikenakan denda." Cikgu Ainul merangkap guru Sains itu memberi kerja rumah sebelum keluar dari kelas.
"Mikhail, kau nak makan apa hari ini ?" Soal si ketua kelas yang berkaca mata bernama Saiful.
"Nasi lemak saja rasanya, malas nak makan banyak-banyak. Hahaha" jawapan Mikhail menyebabkan beberapa orang yang berdiri disekelilingnya tergelak.
"Kau diet ke ? Haha, dah macam perempuan la kau ni, nak jaga badan~" Farhan bergurau menyebabkan gelak tawa semakin kuat.
Maira yang baru sahaja keluar dari kelas mengalihkan pandangan ke tempat Mikhail yang dikelilingi hampir satu kelas. Jujur kata, dia cemburu dengan Mikhail kerana ada sahaja orang yang datang bercakap dengan si peramah itu. Berbeza dengan dirinya yang jenis pendiam. Dia diibaratkan dunia yang hitam putih manakala Mikhail diibaratkan dunia yang berwarna warni. Maira mengeluh sambil menundukkan kepalanya kebawah. Macam manalah agaknya dia nak berkawan jikalau sifatnya seperti ini.
Maira mempercepatkan langkah menuruni anak tangga menuju ke bilik air perempuan dengan segera kerana dia dapat merasakan dirinya diperhatikan. Bagi Maira ini jalan tercepat untuk menyembunyikan diri. Inilah kehidupannya, melarikan diri daripada sesuatu yang tidak pernah dia ketahui sehingga sekarang.
Dia teringat kembali pesanan tegas berbaur amaran ayahnya pagi tadi sebelum dia pergi ke sekolah. Pesanan yang masih lagi terngiang-ngiang sehingga kini.
"Sembunyikan diri bila rasa diri diperhati" pesan ayahnya tegas sejak daripada kecil.
"Kenapa ayah?" Soal Maira untuk ke berapa kali.
"Belum tiba masanya tapi tak lama lagi, yang penting barang peninggalan emak kamu jangan sesekali kamu hilangkan. Barang itu sangat berharga. Kalau hilang, kamu dalam bahaya. Benda ini boleh membawa maut, jangan main-main" pesan ayahnya lagi sebelum Maira pergi ke sekolah.
Maira mengenggam kuat rantai yang tergantung di lehernya sebelum genggaman itu dilepaskan. Dia menghembuskan nafas yang ditahan sebelum keluar daripada tandas. Perasaan dirinya diekori sudah tiada menyebabkan dia melepaskan nafas lega.
*
Maira menunggu ayahnya ditempat biasa, diluar pagar sekolahnya. Jam ditangan menunjukkan pukul 1:50 petang. Kebiasaan 1:30 petang ayahnya sudah datang. Dia bergegas ke telefon awam dan mendail nombor telefon ayahnya tetapi tidak diangkat. Dicuba menelefon lagi dan lagi tetapi tetap tidak diangkat.
Pukul 2:00 ayahnya tidak mengambil dia lagi, dia akan balik ke rumah dengan berjalan kaki dengan melalui jalan keselamatan yang ditunjukkan oleh ayahnya. Hanya untuk kecemasan sahaja, kerana tidak mahu orang lain menjumpai rumah mereka. Bak kata ayah, orang yang mengejar mereka sebelum mereka berpindah nyaris-nyaris sahaja menangkap mereka. Sekiranya tidak dengan pertolongan kawan karib ayahnya, mereka sudah digelar arwah sekarang ini. Bulu roma Maira menaik teringat kembali kata-kata ayahnya. Pantas dia menuju ke tempat perhentian bas dan memerhatikan kiri dan kanan. Mungkin ayahnya sudah menunggu. Beberapa minit kemudian, Maira mengeluh risau. Dapat dirasakan dirinya diperhatikan sekali lagi. Jam hampir menunjukkan pukul 2:00 petang dan dia semakin gelisah dan tidak tenang apabila terasa diri diperhatikan.
"Eh, Maira!" Sapa seseorang dengan suara yang ceria daripada belah kirinya. Dia kenal suara itu. Dia mendonggakkan kepalanya memandang lelaki yang sedang tersenyum itu, Mikhail.
"Tak balik lagi?" Soal Mikhail dengan wajah yang pelik. Maira hanya mengelengkan kepalanya dan terus memalingkan wajahnya ke depan. Malu apabila si peramah yang disenangi semua orang dikelasnya itu berborak dengannya. Keinginan mahu melarikan diri kuat kerana taraf mereka yang sangat berbeza.
"Nampak gayanya kita berdua saja yang tak balik ke rumahku syurgaku lagi." Ujar Mikhail sambil melirik jam tangannya yang menunjukkan pukul 1:59 petang.
"Lambat pula mak hari ini, pelik" bisik hati Mikhail sebelum memandang sekilas Maira yang sejak daripada tadi melihat jam ditangannya.
" Maira rumah Maira kat kawasan Subang kan? Jomlah, kita balik jalan kaki sama-sama. Rumah Mikhail pun dekat-dekat kawasan situ. Lagipun dah nak pukul 2:00 ini, dah lambat." Ajak Mikhail sambil memandang Maira membuatkan Maira terkejut.
"Macam mana Mikhail tahu rumah aku dekat kawasan itu? Entah-entah dia yang perhatikan aku daripada tadi." Bisik hati Maira. Risau menyelubungi dirinya menyebabkan pantas dia menggelengkan kepalanya.
"Maira tak sama laluan dengan Mikhail, Mikhail balikla dulu" balas Maira setelah memandang Mikhail. Maira kemudian membuka langkah dan keluar daripada tempat menunggu bas menuju ke bahagian kanannya.
"Tunggu!!!" Jerit Mikhail sambil berlari mengejar Maira. Mikhail berjalan sekali bersebelahan Maira yang telah menjarakkan dirinya jauh sedikit daripada Mikhail.
"Kenapa Mikhail tak guna jalan lain?" Suara Maira memecah kesunyian. Jantung Maira berdegup laju kerana cuba memberanikan diri bercakap dengan Mikhail.
"Inilah jalannya" balas Mikhail pendek. Mikhail dengan pantas memberhentikan langkahnya setelah mendengar jam tangannya berbunyi sebelum bunyi itu mati. Maira turut ikut sama berhenti, dipandang Mikhail yang berkerut dahinya dengan pelik. Mikhail lalu memandang Maira dengan wajah yang serius menyebabkan Maira terkejut.
"Maira, lari!!!" Jerit Mikhail sambil menggenggam pergelangan baju tangan Maira dan menariknya agar turut sama berlari. Tindakannya itu membuatkan Maira terkejut.
"Kenapa ini?!" Soal Maira dalam keadaan cemas dan risau sebelum mengalihkan pandangannya ke belakang. Terbeliak mata Maira melihat apa yang ada dibelakangnya. Beberapa orang lelaki berbadan tegap sedang berlari ke arah mereka dengan membawa senjata berbahaya seperti pisau, pistol dan kayu. Seorang daripada lelaki itu membaling kayu yang dipegang ke arah mereka berdua menyebabkan kayu tebal itu berpusing dan menghala ke arah kepala mereka.
"Mikhail tunduk!!!" Jerit Maira sebelum menolak badan Mikhail ke bawah, badannya ikut turun sekali kerana Mikhail menarik pergelangan tangannya. Mikhail meniarap manakala Maira terduduk. Kayu itu melepasi atas kepala mereka sebelum mendarat dihadapan mereka dengan bunyi yang kuat.
Bayang-bayang hitam mengelilingi Mikhail dan Maira, mengepung dan mengurung mereka daripada keluar dan melarikan diri. Jantung Maira dan Mikhail berdegup kencang kerana mereka tidak sempat melarikan diri. Gelak tawa daripada 5 orang yang berbadan tegap itu menusuk ke gegendang telinga mereka berdua. Bagaimana mereka ingin melarikan diri ?
YOU ARE READING
Rahsia
RandomMaira seorang gadis berperwatakan introvert dan Mikhail seorang jejaka berperwatakan extrovert bertemu atas satu sebab yang sama menyebabkan hidup kedua-dua insan ini berubah sejak hari pertama.Tetapi tanpa mereka sedari, mereka mempunyai tanggungj...