PART 12

70 8 4
                                    

*Sebulan kemudian*

KABOOMM !!!
Bunyi letupan kedengaran

Ssshhh ~
Asap yang mengaburi punca letupan beransur pudar mengikut saat.

Zashhh !
Beberapa panahan api meluncur keluar dengan laju dari arah asap yang mula menonjolkan susuk tubuh seseorang. Tubuhnya dalam keadaan tenang setelah panahannya dilepaskan menuju ke arah pokok terakhir dimana Mikhail sedang dibuai mimpi. Gegaran pokok setelah anak panah mencecah batang pokok tidak mengejutkan langsung Putera Hutan itu.

Busurnya yang berapi kembali reda. Nafas dihembus sepintas lalu setelah bunyi loceng kedengaran. Tubuhnya kembali dalam keadaan tenang. Diletak rapi busur berwarna coklat dibelakang tubuhnya.

Tepukan pelbagai daripada sisi kirinya menarik pandangannya. Sepintas lalu pandangannya ditundukkan setelah menyedari empunya tuan.

"Wow ! Semakin lama semakin meningkat kemahiran awak, Syaza. Banyak yang awak dah perbaiki berikutan latihan demi latihan. Titik fokus awak dah tak terganggu. Tak macam sebelum ini. Jangka masa latihan awak juga semakin pantas berlalu. Terbaiklah!" Ulasan daripada si Guardian of The Forest Prince membuatkan Syaza tersenyum.

"Mestilah ! Saya buat semua ini kerana Maira ! Tapi, saya kena tingkatkan lagi kemahiran saya untuk melindungi Puteri Hutan comel saya ini." Syaza membalas teruja seraya memeluk Maira yang berdiri di sebelah Putera Hutan yang sedang lena dibuai mimpi diatas buaian ranting bersalut tumbuhan hijau. Mikhail tersedar dari dunia mimpinya setelah mendengar suara terkejut Maira akibat dipeluk secara mengejut. Ditenyeh mata kanannya beberapa kali setelah duduk seraya menguap.

"Ha! Dah bangun pun Putera Hutan ni. Ingat kan dah tak bangun dah, jadi Putera Beradu terus. Kenapalah anak panah Syaza tak kena je kepala kau ? Sedar diri sikit situasi kita ni macam mana." Farhan menyilangkan tangannya ibarat mak yang memarahi anaknya. Mikhail hanya tersengih sambil membuat 'peace'.

"Farhan ... chill. Jangan marah-marah, orang kata nanti cepat tua. Lagipun, aku dah nampak dah kedutan tua ka-ow !" Mikhail mengaduh sakit setelah kepalanya diketuk dengan tangan Farhan.

"Habis kepala aku huhuhu. Dasar Guardian tak guna! Ok, sambung balik. Kan aku dah cakap ... Aku perlukan rehat yang secukupnya untuk fizikal dan spiritual aku supaya -" Mikhail menyambung kata sambil mengosok lembut kepala bahagian atas yang sudah benjol itu.

"Blah Blah Blah ..... Aku taulah ! Tak payah ingatkan aku banyak kali. Ingatan aku ni lagi kuat daripada kau tau ! Tapi, sedarlah sikit situasi kita sekarang ni" Potong Farhan sambil menutup kedua-dua telinganya kerana malas mendengar jawapan yang sama berulang kali. Mikhail tersenyum seketika sebelum senyumannya pudar setelah bulu romanya menegak mendadak. Angin mengusap kasar pipi Mikhail sepintas lalu. Tangan kiri Farhan menahan sesuatu yang berada dibelakang Mikhail. Manakala tangan kanan Farhan mengacukan pistol berwarna hitam putih ke arah belakang Mikhail. Mikhail memandang ke arah kirinya pantas lalu terus menjauhkan diri daripada penyerang hendap itu.

'Jijik' bisik hatinya sendiri sambil mengusap lehernya setelah teringat kembali peristiwa sebelum ini.

"Ala~ Terlepas lagi~ Hei ! Darah Gred A! Rindu aku ?" Ujar Vampire berkerudung merah setelah melihat Mikhail mengusap lehernya berkali-kali. Leher Vampire berkerudung merah semakin dicengkam kuat oleh Farhan. Pantas picu pistol ditekan.

BANG !!!

Gelak tawa kedengaran.

"Ah, ah, ah~ Budak kecil tak boleh main pistol berbahaya macam ni" Ujar Vampire berkerudung merah yang sempat menepis serangan Farhan dengan menolak tangan kanannya ke atas. Burung-burung yang hinggap diatas dahan pokok terbang berkeliaran akibat terkejut. Cengkaman kuat terlerai setelah Farhan ditumbuk kasar dibahagian dadanya. Farhan tertolak kuat dengan kuasa Vampire berkerudung merah itu. Badannya melayang ke belakang laju. Mikhail dengan segera mendapatkan Farhan sebelum tubuh badan kawan karibnya bertembung dengan batu besar didalam hutan itu.

RahsiaWhere stories live. Discover now