"Apa semua ni" Mikhail dan Maira bersuara serentak, tidak berpuas hati."Mak berkomplot dengan penculik-penculik tu ke?" Soal Mikhail sambil menuju ke maknya, Mastura. Mastura hanya menggelengkan kepalanya.
"Penculik-penculik tu kami yang uruskan atas sebab nak mengapa-apakan Putera Mikhail dan Puteri Maira" balas pokok manusia itu lagi. Mikhail terkejut, patutlah dia terasa dirinya terapung sebelum mendengar jeritan disekelilingnya. Begitu juga Maira yang baru tersedar apabila mengingati kembali akar-akar pokok yang bergerak menuju ke arah Mikhail sebelum dia tidak sedarkan diri.
"Ayah ... Ni semua tak benar kan?" Soal Maira risau sambil berlari dan terus memeluk ayahnya, Malik. Malik hanya mengusap kepala anaknya yang berhijab itu dengan lembut.
"Ni semua realiti, apa yang kamu berdua dengar tadi bukannya perkara main-main. Nanti ayah jelaskan dengan lebih lanjut. Tapi, sebelum tu ... Kamu berdua pergi solat dulu. Dah lambat ni ... Jom." Ujar Malik sebelum bergerak menuju ke surau sekolah diikuti mereka bertiga. Manakala pokok-pokok manusia itu hanya menunggu kembali ketibaan mereka berempat.
"Ayah ? Kenapa pakcik gelarkan dirinya ayah ? Aku bukan anak dia ... Ah ... Lantaklah. Mungkin dia risau dekat Maira macam mana dia risau dekat aku. Itu sebab dia gelarkan diri dia sebagai ayah. Risau seorang ayah kepada anak-anaknya. Aku kan sama umur dengan Maira, jadi dia anggap aku sebagai anak dia jugalah kot" Bisik hati Mikhail sayu.
Dah lama dia tidak berjumpa dengan ayahnya. Ayah, Mikhail nak sangat jumpa ayah. Sedih menguasai dirinya tetapi dia abaikan, kembali tenang setelah mengambil air wudhu. Dia percaya ada hikmah disebalik apa yang diaturkan oleh Allah. Jangan risau ! Aku ada Allah ! Mikhail memberi semangat kepada dirinya sendiri.
Seusai menunaikan ibadah, Malik dan Mastura membawa mereka berdua ke kantin sekolah untuk mengisi perut. Kantin sekolah itu sudah bersih dan berkilat berbanding tadi. Makanan dan minuman telah dihidangkan diatas sebuah meja yang terletak dibahagian depan sekali. Mereka duduk disitu sebelum memandang Malik dan Mastura.
Dua pinggan nasi goreng dan dua botol air mineral bersama dua cawan air sirap telah disediakan untuk Mikhail dan Maira."Siapa yang buat semua ni?" Soal mereka serentak menyebabkan Malik dan Mastura tergelak. Malik memetik jari kanannya sebelum seorang remaja lelaki dan seorang remaja perempuan keluar daripada belakang kantin menuju ke arah mereka. Mikhail terus mendapatkan remaja lelaki itu dengan teruja dan memeluk remaja lelaki itu. Manakala remaja perempuan itu terus memeluk Maira yang terkesima buat seketika.
"Farhan !!! Aku rindu kau !!!" Suara riang Mikhail bergema di kantin itu.
"Ye ... ye ... Aku pun ... tapi tak payahlah sampai peluk aku macam ni. Lepaskan akulah ! Geli aku !" Farhan, kawan baiknya menolak muka Mikhail ke belakang dengan telapak tangan kanannya manakala tangan kirinya cuba menarik lengan Mikhail yang sedang memeluknya. Mikhail tergelak janggal, malu setelah menyedari perbuatannya. Terus dia lepaskan Farhan yang sedang menarik lengannya itu. Bunyi Farhan terjatuh kedengaran.
YOU ARE READING
Rahsia
RandomMaira seorang gadis berperwatakan introvert dan Mikhail seorang jejaka berperwatakan extrovert bertemu atas satu sebab yang sama menyebabkan hidup kedua-dua insan ini berubah sejak hari pertama.Tetapi tanpa mereka sedari, mereka mempunyai tanggungj...