Maira membuka matanya perlahan-lahan, kepalanya terasa berat. Dipegang kepalanya dengan menggunakan tangan kanan sambil mengubah posisinya daripada baring kepada duduk. Dilihat sekelilingnya, cahaya daripada jaring-jaring berwarna hijau memancar ke dalam bilik yang menempatkan dirinya ketika ini.
"Apa dah jadi? Kat mana ni?" Ujarnya pelik sambil memerhati sekelilingnya yang dipenuhi dengan barang-barang sukan. Tiba-tiba, dia berhenti memerhati. Neuron-neuron yang menghantar maklumat ke otaknya memberi gambaran secara jelas tentang apa yang berlaku menyebabkan Maira terkejut. Diturunkan pandangannya ke pergelangan tangannya, kesan merah kerana diikat jelas kelihatan. Diusap lembut pergelangan tangannya sebelum dia teringat sesuatu.
"Ya Allah, Mikhail!" Pantas dia berdiri dan mencari Mikhail dibilik itu tetapi tiada. Lalu, dia bergegas ke pintu bilik sukan dan keluar untuk mencari Mikhail. Dia berhenti, terkesima dengan pandangan dihadapannya.
Dia berada didalam sekolah yang dipenuhi dengan akar yang menjalar didinding-dinding sekolah. Tumbuhan-tumbuhan hijau yang melekat didinding sekolah menampakkan lagi suasana sekolah yang sudah lama ditinggalkan. Bunyi gemuruh kedengaran dan cuaca mulai mendung menandakan akan turunnya rahmat daripada Allah.
Rantai peninggalan maknya mula terapung dan bercahaya menyebabkan Maira terkejut. Hampir-hampir saja dia menarik dan membuang rantai itu kerana ketakutan sebelum teringat kembali pesanan tegas ayahnya berkaitan rantai itu. Rantai yang sedang terapung itu menghala ke sisi kanannya menyebabkan Maira berfikir sejenak.
"Mungkin rantai ni nak beritahu lokasi keberadaan Mikhail kot" Teka Maira sebelum mengubah posisinya dan mengikuti rantai yang sedang menunjukkan arah itu. Maira berhenti didepan bilik stor. Rantainya tidak terapung dan bercahaya lagi, seperti rantai biasa. Dia memulas tombol pintu bilik stor sebelum masuk ke dalamnya.
Dia tersenyum, melihat Mikhail yang tidak sedarkan diri ditengah-tengah bilik itu. Pantas kakinya melangkah ke sekujur tubuh yang tidak bergerak itu. Dia melihat keadaan Mikhail tanpa menyentuh Mikhail. Haram bukan? Mikhail bukannya ada pertalian apa-apa dengan dirinya. Alhamdulillah tidak teruk. Hanya lebam akibat dihentak pistol sahaja kelihatan.
Dia segera berdiri dan memerhati sekelilingnya, mencari apa sahaja barang yang boleh digunapakai tetapi hanya meja dan kerusi sekolah sahaja yang ada. Maira mengeluh sebelum satu idea datang secara tiba-tiba. Dia akan mengelilingi sekolah dan mengumpul barang-barang yang mereka boleh gunakan.Maira menutup pintu bilik stor dan menjalankan misinya. Dia tidak membuka lampu dibilik stor kerana cuaca masih terang mendung, gemuruh juga tidak kedengaran. Maira berpusing didalam sekolah itu. Pada awalnya perasaan takut itu hadir menyelubungi dirinya tetapi dia tidak mahu hanya duduk dan menggoyangkan kakinya sementara menunggu Mikhail sedar.
Beberapa minit kemudian, hujan turun membasahi bumi dengan lebat. Barang yang dapat digunapakai yang dijumpai Maira sangat banyak, tidak cukup tangan untuk mengangkatnya. Hanya payung lipat kecil dan dua lampu picit yang dipegang kerana waktu itu hujan sangat lebat.
Maira menuju ke padang sekolah dan terkejut kerana sekeliling padang itu hanya ada pokok-pokok besar yang pelbagai dan jarak diantara setiap pokok itu hampir dekat dan menampakkan kepadatan. Maira mengelilingi setiap penjuru sekolah untuk mencari jalan keluar tetapi yang dia lihat hanyalah penuh dengan pokok dan tumbuhan-tumbuhan hijau! Mahu keluar, tidak berani setelah memandang pokok-pokok yang menyeramkan didepan pagar sekolah yang terbuka itu.
Mereka berada didalam sekolah yang terletak didalam hutan?! Apa penculik ni fikir? Letak mereka dekat sini? Meremang bulu roma Maira melihat pokok-pokok dihadapannya itu. Dengan pantas Maira masuk ke sekolah itu kembali, mencari bahan terpakai sekejap sebelum kembali semula ke bilik stor.
Maira terjatuhkan tray makanan dikantin, terkejut melihat beberapa ekor lipas yang sudah mati didalam itu. Pantas dia menutup tray itu dan membuangnya didalam tong sampah yang berada di penjuru hujung tepi. Sekarang dia berada dibelakang kantin dan dia tidak berani membuka lampu, risau menarik perhatian apa-apa haiwan yang berada diluar sana. Lalu, dengan pantas dia melangkah menuju ke blok disebelah kantin, menaiki anak tangga menuju ke setiap makmal bertemankan lampu picit.
Satu makmal ke satu makmal dia pergi sebelum memutuskan untuk kembali ke bilik stor. Dia menuruni anak tangga ditingkat dua itu menuju ke bawah. Beberapa saat kemudian, dia berhenti terkejut melihat Mikhail yang sedang memandangnya. Maira tersenyum, gembira kerana Mikhail sudah sedarkan diri. Dia menuruni satu anak tangga untuk bercakap dengan Mikhail. Langkahnya terhenti setelah mendengar Mikhail menjerit dan terjatuh.
"Mikhail!!!" Jerit Maira sambil menuruni anak tangga. Risau menyelubungi dirinya dan terus dia meminta maaf. Menyedari itu salahnya sebelum mengajak Mikhail kembali ke bilik stor. Melihat wajah Mikhail yang penuh tanda soal itu membawa satu definisi.
"Nanti Maira ceritakan segalanya" ujarnya sebelum tersenyum.
YOU ARE READING
Rahsia
RandomMaira seorang gadis berperwatakan introvert dan Mikhail seorang jejaka berperwatakan extrovert bertemu atas satu sebab yang sama menyebabkan hidup kedua-dua insan ini berubah sejak hari pertama.Tetapi tanpa mereka sedari, mereka mempunyai tanggungj...