Part 3

147 18 4
                                    


Mikhail membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya berdenyut dan pandangannya kabur.

"Uughh..." Tangan kanannya memegang lembut kepalanya. Matanya berpinar menyebabkan dia menggelengkan kepalanya buat seketika. Pening yang menguasai kepalanya semakin hilang.

"Aku kat mana ini?" Mikhail memerhati sekelilingnya, gelap. Tidak boleh dia mengenal pasti dimana dia berada.

"Apa dah jadi?" Mikhail cuba berdiri tetapi gagal, dia kembali terduduk. Anggota badannya terasa sakit. Dia cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku. Dia pasti dia berada disekolah dan dia menunggu kehadiran emaknya. Dia pulang dengan Maira dan tiba-tiba...

"Maira!" Suara Mikhail cemas setelah mengingati kembali perkara yang telah berlaku. Dia menguatkan dirinya untuk bangkit dan mencari Maira walaupun dia sendiri tidak mengetahui dimana dia berada. Mereka dalam bahaya, bunyi jam itu yang memberi amaran tetapi malang tidak berbau, mereka tidak sempat melarikan diri.

Mikhail tidak mengingati apa yang telah berlaku setelah Maira menolaknya. Ingatannya seperti ditutup dan dikunci oleh sesuatu.
Mikhail meraba-raba persekitarannya, mencari suis lampu didinding yang sejuk itu.

"Dah jumpa"  Mikhail menekan suis yang dirasakan untuk menerangi ruang yang gelap itu. Bilik Stor yang dipenuhi dengan meja dan kerusi sekolah yang sudah tidak digunakan lagi tersusun rapi dihujung penjuru. Patutla dia tidak terlanggar apa-apa.

Dia memerhati bilik stor itu dan mendapati hanya dirinya sahaja yang berada disitu. Mesti mereka dipisahkan sewaktu dia tidak sedarkan diri. Dia kemudian mendekati pintu yang berwarna coklat dan memulas tombol pintu perlahan-lahan. Risau sekiranya orang jahat tadi berada diluar.

*

Hujan lebat yang membasahi muka bumi turut sama membasahi Mikhail yang tidak tentu arah.

"Aku kat mana ni?" Bisik hatinya geram dan risau.

Dia tidak pernah melihat sekolah lama dimana dia berdiri. Keluar sahaja daripada bilik stor itu dia mendapati dia berada didalam sekolah yang kusam, gelap dan menyeramkan. Akar-akar nipis pokok yang menjalar didinding-dinding sekolah menyebabkan sekolah itu seperti sekolah terbiar yang keras.

Dengan bertemankan angin hujan yang dingin, Mikhail memeluk tubuh badannya yang menggigil sambil tangannya mengusap bajunya untuk menghangatkan dirinya.

"Maira! ..." Jerit Mikhail untuk ke sekian kalinya, suaranya bergema disekolah itu. Dia menaiki anak tangga perlahan-lahan, menuju ke tingkat 2 kerana tidak menjumpai Maira ditingkat 1.

"Maira!!! Maira dekat mana?! Kalau dengar, tolongla beri respon!!!" Jerit Mikhail lagi sambil matanya melilau ke dalam kelas yang gelap itu. Bunyi sesuatu jatuh bergema disekolah itu, Mikhail mengalihkan pandangan ke arah bunyi itu datang dan pantas bergegas ke sana, kantin sekolah.

Sampai sahaja dikantin, Mikhail terus membuka lampu. Pelik, lampu tak ada yang rosak atau berkelip beberapa kali. Jauh beza dengan pandangan kali pertamanya.

Angin dingin hujan membuatkan Mikhail menggigil sekali lagi. Badannya kesejukan setelah meredah hujan sebentar tadi. Dia tidak memikirkan dirinya kerana dia risau akan keadaan Maira. Diperhatikan kawasan kantin yang sunyi itu. Daun-daun kering yang berterbangan diatas lantai dan meja makan berada di merata tempat.

"Maira?" Matanya meliar mencari empunya bunyi tadi tetapi tidak menjumpai apa-apa. Kawasan kantin itu kosong, tiada barang berat yang boleh memhasilkan bunyi tadi atau dia tersalah dengar. Berhalusinasi ? Tak mungkin.

"Maira?" Mikhail memanggil sekali lagi sebelum menaiki anak tangga yang berada disebelah kantin kerana tidak mendapat apa-apa respon. Menuju ke makmal barangkali kerana blok tadi hanya ada kelas sahaja.

Mikhail melangkah takungan air yang penuh dihadapan tangga yang gelap itu. Suis tangga didinding ditekan tetapi tidak hidup, ditekan berkali-kali tetapi mendapat keputusan yang sama juga. Mikhail mengeluh. Tidak mahu membuang masa, dia membuka langkahnya dengan berhati-hati.

Bertemankan cahaya petir yang mula sambar menyambar, dia menaiki anak tangga satu persatu. Langkahnya terhenti ditangga ke tujuh. Begitu juga jantungnya setelah melihat seseorang berdiri dibahagian atas tangga sedang melihatnya dengan pandangan yang gelap. Cahaya petir yang menyambar pada waktu itu memperlihatkan senyuman makhluk yang sedang menuruni satu anak tangga menuju ke arahnya.

Tindakan refleks pantas berfungsi. Mikhail menjerit terkejut dan ketakutan, menjauhkan diri daripada makhluk itu sehinggakan dirinya terjatuh daripada tangga. Badannya berguling-guling sebelum mendarat dilantai yang basah itu.

"Aarghh" Mikhail memegang dahinya yang jatuh dahulu sebelum diikuti badannya. Berkerut dahinya menahan sakit. Kulitnya calar terseret tangga yang kasar itu menyebabkan kesan warna merah kelihatan dibeberapa anggota badannya.

"Mikhail!" Jerit suara yang dicari selama ini. Mikhail memandang empunya suara. Maira yang sedang menuruni anak tangga bergegas ke arah Mikhail yang berusaha untuk duduk secara perlahan-lahan.

"Minta maaf, Maira buat Mikhail terkejut. Mikhail ok tak ini?" Jelas riak kerisauan diwajah Maira.

"Ok dan ko" balas Mikhail sambil berdiri, masih memegang dahinya.

"Maira, Mikhail ingatkan kita terpisah. Daripada tadi Mikhail cari Maira tak jumpa-jumpa pun. Maira ok tak ini?" Soalan yang sama diajukan kembali.

"Maira ok, Maira cari bahan-bahan terpakai yang kita boleh gunakan dekat sekolah ini. Lagipun kita dah terperangkap dekat sini, tak boleh keluar. Maira dah cuba cari jalan keluar, tetap tak jumpa." Maira membuka payung lipat yang dijumpai di bilik guru dan bergerak menuju ke tapak perhimpunan. Maira berhenti seketika lalu memandang Mikhail.

"Jom, kita balik ke bilik stor. Sini sejuk, nanti Mikhail jatuh sakit pula." Ajak Maira sambil melihat riak wajah Mikhail yang berubah-rubah daripada tadi.

"Nanti Maira ceritakan segalanya." Maira tersenyum menyebabkan Mikhail tergamam.

"Ok, tapi jalan perlahan-lahan ye. Maklumlah, terjatuh nampak Maira yang cantik ini. Adoi adoi adoi... " Mikhail berjalan menghampiri Maira sambil mengusap lembut peha kanannya. Tangan kiri Maira menutup mulutnya, menahan daripada tergelak. Mereka lalu bergerak ke bilik stor, meredah hujan dengan menggunakan jalan pintas.

Mikhail pula tertanya-tanya setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Maira. Dia perlu tahu kebenaran dan dia mesti beritahu kebenaran yang disimpan sekian lama. Mungkin inilah masanya.

RahsiaWhere stories live. Discover now