Terlopong Mikhail apabila mendengar penjelasan daripada Maira. Jawapan kepada persoalan yang bermain diminda telahpun terjawab. Sekolah... hutan? Biar betul! Patutlah nampak lain macam je sekolah ni. Sangat menyeramkan!Tak ada tempat lain ke nak letak tebusan. Dalam hutan jugak diaorang nak letak. Entah binatang buas apa yang tengah berkeliaran kat luar sana, tunggu makanan dihidangkan. Bila-bila masa saja kita orang akan kena terkam! Meremang bulu roma Mikhail sebelum dia teringat sesuatu.
"Ah! Maira, mana penculik-penculik tu? Tak nampak pun dari tadi" Mikhail meluahkan sifat tertanya-tanyanya. Maira hanya menggelengkan kepalanya sebelum kedua-dua bahunya diangkat tanda tidak tahu. Mikhail hanya mengeluh. Dipandang Maira yang kembali senyap itu.
"Maira ... Betul ke ... Rantai tu ..." Mikhail mengalihkan pandangannya ke tangan kanan Maira yang sedang memegang rantai peninggalan maknya. Maira mengangguk laju, matanya bersinar. Rantai itu seperti dia kenal, reka bentuk ... dan warna yang sama. Tak mungkin ...
Ah ... Dapat kat kedai yang sama kot. Tapi, rantai tu tolong cari aku, siap bercahaya lagi. Rantai jenis apa yang boleh buat macam tu? Tanya Maira pun ... Dia tidak tahu.
Hmm ... lantaklah. Ok, kalau Maira dah jelaskan daripada awal, aku pun kena bagitahu dia jugak. Walaupun cerita aku tak sepanjang cerita dia.
"Maira ... Mikhail ada nak bagitahu sesuatu ni, erm ... Tapi, jangan anggap Mikhail ni stalker. Sebenarnya, semenjak Mikhail masuk sekolah baru kita ni, Mak Mikhail pesan suruh jaga Maira. Tapi ... Mikhail tak tau puncanya apa. Itu sebab Mikhail nak teman Maira balik lagipun jalan yang kita lalu tu jalan yang sama." Laju Mikhail bercerita sebelum dia berhenti dan mula berfikir atas sebab apa maknya mengarahkan dia berbuat sebegitu.
Mata Maira membulat terkejut. Patutlah kadang-kadang dia perasan Mikhail memandang dirinya di sekolah. Maira kemudian mengangguk tanda memahami walaupun hatinya kuat ingin mengetahui asbab mak Mikhail suruh menjaganya.
Tak mungkin mak Mikhail mengetahui apa yang disembunyikan oleh ayah sehingga kini? Mereka tahu sesuatu? Apa yang disembunyikan sebenarnya? Maira pelik sebelum dia teringat kata-kata ayahnya.
"Belum tiba masanya tapi tak lama lagi ..." Serentak Maira dan Mikhail bersuara, memecah kesunyian dibilik stor itu. Mereka memandang antara satu sama lain dengan riak wajah terkejut.
Pada waktu yang sama, mak Mikhail dan ayah Maira mengucapkan suatu ayat yang jelas membuktikan bahawasanya mereka ....
"Perasaan ini .... Masanya sudah tiba!"
Tiba-tiba, bumi yang dipijak bergegar. Mikhail dan Maira terhuyung hayang didalam bilik stor itu.
"Apa dah jadi ni? Maira, Jom keluar!" Ujar Mikhail risau dengan situasi mereka sekarang ini. Ditarik lengan Maira pantas sebelum Maira terjatuh. Lantas, mereka keluar daripada bilik stor itu. Tetapi, langkah mereka terhenti apabila memandang situasi dihadapan mereka. Tangan kiri Maira pantas mengenggam lengan baju Mikhail, gerun setelah melihat apa yang terjadi dihadapan mata.
Pantas Mikhail membawa lari Maira sebelum apa-apa perkara buruk terjadi kepada mereka tetapi malang tidak berbau. Memang tidak berbau langsung!Mereka kini dikepung ... sekali lagi. Mikhail mengeluh, ramai sangat peminat ke apa selalu kena kepung ini?
Akar-akar, ranting-ranting dan kayu-kayu pokok banyak keluar daripada tanah yang merekah besar disekeliling mereka sebelum bercantum dan membentuk sesuatu seperti manusia. Gegaran bumi berhenti dengan serta merta setelah tiada lagi spesis sama yang keluar daripada tanah.
Pokok-pokok itu mendekati Mikhail dan Maira yang sedang berjaga-jaga ditengah-tengah kepungan. Mikhail berdiri dihadapan Maira, tangannya didepangkan. Cuba melindungi gadis kecil itu walaupun dia sendiri tidak pasti sekiranya dia mampu lindungi dirinya sekali. Pokok-pokok manusia itu berhenti sebelum mengangkat tangan rantingnya yang besar dan panjang itu.
"Mikhail !!!" Maira menggenggam baju belakang Mikhail tanpa dia sedari setelah melihat tangan-tangan ranting itu diturunkan dengan pantas ke arah mereka. Maira menundukkan wajahnya sebelum memejam mata. Mikhail pula, dengan spontan kedua-dua lengannya naik ke atas, melindungi wajahnya. Matanya ditutup rapat, menunggu tangan ranting itu menghempap mereka.
Prakkk
Bunyi sesuatu menyentuh tanah kedengaran.
Prakkk ...
Prakkk ...
Prakkk ...Satu persatu pokok manusia itu menurunkan tangan rantingnya.
"Aik? Tak rasa apa-apa pun." Pelik Mikhail. Diturunkan lengannya dengan berhati-hati, melirik ke arah pokok manusia dihadapannya itu. Jantungnya ibarat berhenti berdegup melihat pokok manusia disekelilingnya.
"Maira ... Maira ... Cuba tengok" bisik Mikhail perlahan, masih lagi dalam mode berjaga-jaga. Maira mengangkat mukanya, terkejut ke berapa kali pun dia tidak tahu setelah melihat sekelilingnya.
Kesemua pokok berbentuk manusia itu sedang tunduk dengan gaya lutut kanan dibawah dan kaki kanan diangkat untuk menampung. Manakala tangan kiri disilang dan diletak didada kanan. Badannya pula dibongkok sedikit ke depan. Ibarat tunduk hormat kepada ... Orang terhormatlah.
"Selamat datang kembali kepada Putera Mikhail dan Puteri Maira, kami sudah lama menunggu ketibaan ini. Ketibaan yang dinanti-nantikan untuk kebangkitan dibawah pemerintahan Putera Mikhail dan Puteri Maira. Masanya ... telah tiba" ujar salah satu pokok manusia yang sudah berdiri tegak memandang serius ke arah kami. Lagaknya seperti seorang ketua diantara yang lain. Seorang ke ? Nak panggil apa kayu-kayu ni? Ah, lantaklah. Bukan aku mahir tatabahasa pun. Maafkan anak muridmu wahai cikgu Dayah. Mikhail menggelengkan kepalanya sebelum menyedari sesuatu.
"Putera?"
"Puteri?"Serentak Mikhail dan Maira memandang antara satu sama lain. Satu aura berbeza mengelilingi mereka.
Masanya ... telah tiba? Tak mungkin ...
YOU ARE READING
Rahsia
RandomMaira seorang gadis berperwatakan introvert dan Mikhail seorang jejaka berperwatakan extrovert bertemu atas satu sebab yang sama menyebabkan hidup kedua-dua insan ini berubah sejak hari pertama.Tetapi tanpa mereka sedari, mereka mempunyai tanggungj...