Bab 1

15.5K 698 28
                                    

Kesesakkan lalu lintas membuatkan Putra Qalif bosan di dalam kereta. Dia menongkat dagunya di tepi tingkap kereta.

" Hmm bosannya lahai. Kenapa jem sangat jalan hari ni entah ? " ngomel Qalif di dalam hati.

Pemandunya Pak Azfi masih setia menunggu di dalam kesesakkan jalan raya. Seketika kereta mula berhenti di hadapan lampu isyarat yang berwarna merah. Qalif makin mencuka. Qalif mengubah posisi mencapai coklat di dalam poket seluarnya lalu makan. Qalif menongkat dagu semula seperti tadi.

Seketika satu kereta Avanza berhenti mengejut di sebelah keretanya. Qalif ketawa berdekah - dekah. Ehh? Kenapa Qalif ketawa? Mana tak nya dia tak ketawa sebab dalam kereta tu dekat seat penumpang , ada sorang budak perempuan ni tersembam ke hadapan. Lawak siot 😂

Seketika budak perempuan itu membetulkan posisinya dengan mata yang terpejam.

" Eh patut lah. Budak tu tidur rupanya. Tu yang tersembam sampai ke depan tapi bila pandang lama - lama comel pulak aku nampak. " desis hati Qalif.

Pak Azfi hanya membiarkan saja reaksi Putra Qalif.

Part of Airien Aulia.

Tengah - tengah sedap membuta tiba - tiba...

Bukkkkk !

Airien tersembam ke hadapan ! Sakit dahi nya yang terhantuk pada belakang seat hadapan. Airien membetulkan posisinya dengan mata yang masih terpejam.

Beberapa saat Airien membuka matanya sambil menggosok perlahan dahinya. Aduh sakit lahaiii.

" Hah Airien tu lah tidur mati lagi. Kan dah terhantuk. " bebel ibunya Puan Hafizah.

" Mana ada tidur mati. Tu hah baba yang break mengejut kan ? " balas Airien.

" Hahaha sorry - sorry salah baba " mengaku Encik Azlan.

" Apa - apa aje lah. Ni hah dah nak sampai rumah baru kita. " kata ibu lagi.

Seketika Airien mencebik. Hmmm bencinya nak kena pindah rumah, pindah sekolah bagai. Ni semua sebab baba kena tukar tempat kerja.

Airien Aulia Binti Ahmad Azlan nama diberi. Puteri dalam keluarga Encik Azlan satu - satunya. Encik Azlan dan Puan Hafizah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Seorang puteri dan seorang putera. Anak lelaki adalah abang kepada Airien Aulia iaitu Fill Khalili. Airien Aulia berusia 17 tahun manakala abangnya berusia 20 tahun. Kini hanya tinggal Airien Aulia yang masih stay dengan ibu dan baba nya. Ke mana perginya Fill Khalili? Fill Khalili menyambung pelajarannya di luar negara. Walaupun baba dan ibunya tak lah sekaya mana, namun berkat tajaan kerajaan abang kesayangannya dapat menyambut belajar ke luar negara dalam bidang kedoktoran.

Abang Fill lah idola bagi Airien 💞

" Hah esok dah start sekolah. So malam ni tidur awal. Tak payah kemas barang - barang lagi. Biar ibu ngan baba aje yang kemas. " kata baba.

Airien hanya diam. Malas hendak menjawab.

------------------

Putra Qalif berjalan masuk ke dalam rumah mewahnya. Di ruang tamu utama dia ditegur oleh seseorang.

" Putra? " tegur Puan Sri Rafalinda.

Langkah Putra terhenti.

" Kenapa Putra tinggalkan Melissa dekat mall? " tanya Rafalinda.

" Hmm dia tu mengada sangat lah mummy. Putra rimas tau tak . Dah lah Putra nak naik nak rest. " kata Putra Qalif lalu beredar meninggalkan mummynya begitu saja.

" Putra Qalif ! Mummy belum habis cakap lagi! " bebel Rafalinda.

Putra Qalif Bin Tan Sri Fazli nama diberi. Anak tunggal satu - satunya. Dilahirkan di dalam keluarga yang serba mewah. Mempunyai sifat nakal dan juga cool man 😏
Selalu dikongkong oleh mummynya walaupun dia dah berumur 17 tahun. Hmmm entah lah mungkin sebab dia satu - satunya anak dalam keluarga tu kot. Tak kesah lah.

Love You Mr. Chocolate Where stories live. Discover now