Kupu-Kupu

65 3 1
                                    

Dua hari lepas, mengenangkan badan aku yang aku rasa makin berisi atau dalam kata lain, gemuk, aku nekad untuk mula bersenam. Dalam pada nak kuruskan badan, aku dah nekad nak mulakan gaya hidup yang sihat. Jadi kisahnya begini, semasa aku sedang berlari-lari anak di trek yang ada tu, aku rasa seperti ada sesuatu yang hinggap dekat bahu aku.

Kupu-kupu.

Aku berhenti dan merenung ke mata kupu-kupu yang selamat mendarat di bahu aku tu. Mata dia menyeramkan. Seolah ada kesakitan yang dia cuba pendamkan tapi tak terpendam oleh mata yang sukar untuk menipu.

Ada dekat seminit aku merenung mata kupu-kupu itu. Entah macam mana, kupu-kupu tersebut bertukar menjadi seorang perempuan cantik yang memakai sweater tebal. Padahal semua orang tahu yang sekarang ni musim panas. Gila betul perempuan ni pakai sweater tebal dekat negara yang betul-betul terletak di garisan khatulistiwa ni.

"Kau tenung aku macam tu kenapa?" Soal perempuan tersebut sambil menyapu-nyapu habuk di pakaiannya walaupun tak ada langsung kesan habuk atau kotoran dekat pakaian dia tu.

"A.....aku tak tahu kau ni siapa? Da....tang dari mana?" tergagap-gagap aku menyoal perempuan tu kerana masih terkejut dan tak percaya dengan apa yang aku lihat depan mata aku sekarang ni.

Pelik. Macam mana seekor kupu-kupu boleh bertukar menjadi seorang perempuan yang cantik dalam sekelip mata dan yang bertambah pelik, siap pakai sweater tebal. Tak kena betul gayanya. Dia punya tak kena tu sama macam kau pergi holiday berdua dengan pakwe kau, tapi kau cakap kau dgn dia tidur bilik asing-asing. Tak kena, kan?

"Tuhan hantar aku. Kau doa dekat Dia nangis-nangis semalam, kan? Heh." Perempuan tu buat bunyi menjengkelkan seakan protes pada pertanyaan aku tadi.

"Kau? Aku doa mintak Tuhan bagi aku kekuatan. Bukan bagi aku perempuan." Aku teringat dengan apa yang aku buat malam tadi. Berdoa, merayu pada Tuhan. Minta Dia bagi aku kekuatan untuk hadap semua perkara-perkara celaka yang jadi dalam hidup aku sekarang ni. Minta untuk semua masalah dalam hidup aku, hilang.

"Aku Malaikat utusan Dia."

"Amboi. Sejak bila malaikat turun sini pakai sweater? Baru turun lepak Genting ke? Genting pun dah tak sejuk sekarang." Perli aku pada perempuan tu.

"Aku sorokkan ni." Sambil bukak sweater yang dia pakai, perempuan tu tunjuk pada aku sepasang kepak yang terletak elok dibelakangnya. "Dah aku nak selamatkan kau dan bagi kau kekuatan untuk teruskan hidup kau ni." Perempuan tu cakap begitu dekat aku lepas dia tunjuk kepak dekat belakang dia tu.

----------------------------------------------

"Haa kau lompat lah cepat. Nanti aku tangkap." Arah perempuan tu dekat aku yang tengah berdiri betul-betul dekat atas batu yang bawahnya adalah gaung.

Aku masih tergamam dan memikirkan baik-baik apa yang perempuan tu cakap. "Kau akan tenang. Kau akan rasa masalah kau hilang. Kau akan mula yakin dengan diri kau. Kau percayalah cakap aku." Bersungguh-sungguh dia cuba yakinkan aku.

Sebenarnya sejak dia tunjuk kepak dia tu aku memang dah yakin pada dia. Aku lupa nak bagitahu sebenarnya dalam sweater dia tu, dia tak pakai apa-apa. Jadi, masa dia bukak sweater untuk tunjuk kepak dia dekat aku tu, emm... AH! Sudah. Aku percaya pada dia. Aku yakin yang doa aku dah dijawab. Tapi aku tak tahu pulak sepantas ni doa aku dijawab. Lagipun, perempuan tu cantik kot.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku lompat.

Masa seolah berhenti time aku lompat tu. Seolah dalam cerita Matrix, semuanya jadi perlahan. Dari jauh ternampak jelas muka perempuan tu yang tengah ketawakan aku.

Sah! Aku yakin aku kena tipu. Cilake betul perempuan tu tipu aku.

Inilah lelaki. Automatik akan jadi bodoh bila jumpa perempuan cantik. Aku pun tak terkecuali.

Dan ketika aku menggeletek serupa ikan atas darat tak jumpa air, lepas badan aku terhempas ke tanah, perempuan tu turun ke bawah dan datang rapat dekat aku.

"Masalah dunia kau dah hilang sekarang. Janganlah takut. Kau mati sekali je. Tapi kau hidup dua kali." Bisik perempuan tu dekat aku.

Entah sihir apa yang dia gunakan, aku mula tenang dan mata aku mula tertutup sedikit demi sedikit.

Lalu hilang.

Ini Bukan Cerita Biasa BiasaWhere stories live. Discover now