Tadi petang aku duduk rumah sensorang. Sambil dengar lagu dekat phone, aku belek-belek semula gambar aku yang dulu-dulu dengan bekas makwe aku dalam dropbox. Selain tu, aku cuba berborak dengan hati aku sebab aku nak tanya, dah settle ke belum kerja dia nak cantum balik serpih-serpih lepas kena hempas dulu-dulu. Kau nampak, betapa sunyinya aku, bukan tetakat aku cuba berborak dengan hati aku, tapi aku cuba jugak berborak dengan gambar-gambar yang aku belek-belek tadi. Tak sangka betul aku, makwe yang aku usap, aku belai lembut-lembut dulu, sanggup benam pisau empatbelas inci panjang dekat belakang aku. Mahunya aku tak naik angin? Terus aku cabut pisau tu, aku rodok tengkuk dia. Sudah menggelupur dia mintak nyawa depan aku.
Aku ingat lagi, lepas aku rodok tengkuk dia, aku cabut pisau tu balik dan cacak balik pisau tu ke belakang aku. Aku bukan apa, dari dulu lagi aku kumpul pisau banyak-banyak belakang aku. Sebab nanti-nanti bila orang tanya macam mana aku kuat bila kena tikam dari belakang dan oleh orang yang aku percaya, aku boleh pusingkan belakang aku dan bagitahu ke sesiapa yang bertanya tu, "aku ambil pisau itu sebagai pengalaman, dan luka itu sebagai balasan bagi dosa-dosa aku yang lepas".
Cilake inspirational betul ayat aku tu. Mahu menangis teresak-esak orang yang bertanya tu lepas aku jawabkan macam tu ke dia.
Baru aku teringat, dua hari lepas, korang ingat lagi tak makwe yang aku rodok tengkuk dia tu? Macam ni, lepas aku rodok tengkuk dia dulu, aku tak cabut nyawa dia terus. Aku simpan dia dalam peti sejuk saiz peti aiskrim yang macam dekat kedai runcit tu. Aku ni tak ada lah kejam sangat. Aku bagi di mati pelan-pelan. Biar sempat bertaubat. Kalau si Mona Fandey pun diberi tempoh sebelum kena gantung, apalah sangat dengan salah makwe ni kalau nak dihukum cabut nyawa terus. Jadi, dalam pada aku biarkan nyawa dia terbang pelan-pelan, aku taknak bazirkan daging segar yang dia ada. Aku ni bukan jenis membazir, jadi setiap hari aku potong daging dia sikit, buat lauk aku hari-hari. Tapi yang aku peliknya, dua hari lepas dia menggelupur lain macam dalam peti ais tu. Itu yang aku nak cerita tadi. Aku rasa mungkin dah sampai masa untuk nyawa dia kena rentap kot. Jadi aku pun tolonglah kurangkan kesakitan dia. Aku masak air banyak-banyak, lepas tu aku curah ke dalam peti ais tu. Dalam seminit sahaja, dia dah berhenti menggelupur. Tak tunggu apa lagi, berlari aku ke kedai hujung taman tu, beli rencah sup. Sampai rumah, terus aku campakkan semua ke dalam peti ais tu. Aku tambah gula, tambah garam. Balik dari kedai tadi, sempat jugak aku singgah rumah Mak Cik Suraya yang khabarnya berscandal dengan Man yang bawak lori besar tu, sempat jugaklah aku mintak daun sup sikit.
Petang tu, satu taman jugak aku belanja sup yang aku buat tu. Tapi aku diam-diam je bila jiran-jiran aku tanya aku buat sup apa. Nasib aku jugak, punyalah sedap sup tu, sampai jiran-jiran aku terlupa nak tanya aku pakai daging apa.
Tapi dah dua hari dah ni aku kehabsian stok daging aku. Aku dah mula berkira-kira nak look around dalam wechat ni nak mencari makwe baru. Jangan tanya kenapa aku guna wechat untuk cari makwe. Cuba korang bagitahu aku, pernah ke korang jumpa yang cerdik-cerdik dalam wechat tu? Itulah jawapan kenapa aku guna wechat untuk cari makwe.
Cuma kali ini aku nak buat lain sikit. Belakang aku dah penuh dengan pisau dan aku dah ketagih daging segar, jadinya, sebelum aku kena tikam, aku nak siap-siap rodok makwe aku dulu.
Korang rasa okay ke tak macam tu ke macam mana?
atau korang nak aku cari korang dekat look around?