Aku rasa, salah satu perkara yang paling menyedihkan dalam hidup ni adalah bilamana dua manusia, mula saling mengenali satu sama lain. Mereka akan mengenali setiap satu perkara antara mereka; perkara yang ditakutkan, rahsia, hal-hal kegemaran mereka, apa yang mereka suka, apa yang mereka benci. Boleh dikatakan, semuanya.
Dan apabila mereka kembali menjadi strangers.
Seolah seseorang tu sekadar manusia-manusia yang kau jumpa tepi jalan dimana kau langsung tak kenal mereka, walhal, kau tahu segalanya tentang mereka.
Ya, bagi aku, itu amat menyedihkan.
Sebenarnya, baru-baru ini, aku berkenalan dengan seseorang. Memang perkenalan dengan seseorang yang kita langsung tak pernah kenal, adalah sesuatu yang biasa. Apa yang menjadikannya luar biasa? Adalah apa yang dirasa semasa perkenalan tersebut.
Sejujurnya, sejak kali pertama aku berkenalan dengan dia, aku tahu yang kami ini adalah sesuatu. Macam mana aku tahu? Aku tak perlukan cara untuk tahu semua itu sebab aku rasakan rasa tu. Jadi, apabila aku merasakan sesuatu yang aku tak pernah rasa, dengan cara itu lah aku tahu yang aku dan dia, adalah sesuatu.
Mungkin kamu semua akan menganggap yang aku ni sekadar syok sendiri atau mungkin juga kamu semua akan anggap yang aku ni perasan. Bitch please.
Cara kami bercakap, cara kami ketawa antara satu sama lain, ianya lain daripada apa yang aku selalu lalui dengan orang lain. Pada beberapa ketika, kadang-kadang aku sedar yang aku takkan pernah jumpa seseorang yang aku percaya, sepertimana aku percayakan dia sekarang ini.
Aku tahu, ramai manusia dalam dunia ni yang seumur hidup dia, cuba untuk mencari dan merasakan sepertimana yang aku rasakan sekarang ini, dan untung bagi aku, sebab aku dah jumpa apa yang orang lain sedang sibuk mencari.
Cuma kali ini, nasib tak menyebelahi aku.
Begini, satu perkara yang kita perlu tahu, tak bermakna apabila kita cintakan seseorang, orang tu pun perlu cintakan kita. Tak bermakna bila kita mahu bersama seseorang itu, orang tu pun perlu ada kemahuan yang sama.
Hidup ini sentiasa ada pilihan, dan seseorang tu, tidak akan menjadi salah sekiranya memilih sesuatu itu mengikut apa yang dia sendiri mahukan.
Jadi, untuk kali ini, aku adalah bukan pilihan dia. Tak apa.
.