Garisan

374 7 1
                                    

Selesai membeli John Britain di kedai mamak hujung taman, aku melabuhkan punggung di kerusi keras di tepi sungai. Cilake betul harga Dunhill naik sampai RM17. Ini menindas namanya! Mengenangkan balik beberapa hal-hal sundal yang Malaysia sedang hadapi sekarang, entah macam mana, fikiran aku terbang ke suatu ruang vacum tanpa penghujung. Ya, ruang kegemaran aku.

Minggu lepas aku melalui beberapa peristiwa yang bagi aku, adalah satu lumrah alam yang manusia sering alami. Aku pasti, bukan aku sahaja yang merasakan perkara ini. Pasti ramai lagi haiwan bernama manusia yang pernah melaluinya.

Kau tahu, nilai sesuatu benda itu berbeza pada beberapa ketika. Misalnya ketika kau mencuba mendapatkan, ianya akan menjadi sangat bernilai dan kau akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Begitu juga ketika kau sudah kehilangannya, pada ketika kau sudah dapatkan benda tersebut, nilainya akan jatuh merudum dan akan kembali meroket naik semasa kau hilang kembali. Sebab itu, ramai yang tak sedar betapa bernilainya sesuatu itu dalam hidupnya, sehinggalah dia kehilangan benda itu dan tidak semua bernasib baik untuk mendapatkan peluang kedua bagi memiliki sesuatu yang telah hilang itu.

Sesuai dengan kegeniusan yang aku miliki, aku sebenarnya sering mengaitkan hidup ini dengan kira-kira. Dengan beberapa kiraan yang tepat, kita akan dapat result yang kita inginkan. Ah, sebelum terlupa, John Britain ni rasa dia macam anjing. Jangan sampai aku rebel dengan lukis kepala punai atas kertas undi nanti. Jangan!

Ada beberapa ketika, hidup kita sebenarnya sama seperti garisan tangen. Kau tahu apa itu garisan tangen? Tak? OK, pergi google sekarang!

Garisan tangen ini adalah antara perkara yang sering kita alami. Begini, kita sebenarnya sering ketemu dengan seseorang pada satu masa tetapi akhirnya makin menjauh. Itu adalah sifat garisan tangen. Dan aku percaya, itu adalah lumrah yang kita selalui lalui.

Tidak lupa juga, garisan selari. Dimana di satu-satu keadaan, kita sering berhampiran, sering sehaluan, namun tidak pernah bertemu. Sebab tertakdirkan, hidup kita tidak pernah akan ada koneksi. Ini adalah garisan kegemaran aku. Sekurang-kurangnya, yang selari itu tidak datang dan meninggalkan memori.

Pernah tak kau alami situasi dimana kau dengan sesuatu itu hampir ketemu. Hampir yang sangat hampir. Tapi, akhirnya bilamana sudah menghampiri untuk bertemu, malah kau akan terpisah jauh dan makin jauh. Ya, itulah garisan asimtot. Kadang-kadang, dalam hidup ini, beberapa takdir itu sebenarnya tersangat indah. Bergantung kepada bagaimana kita mencernakan dan menghadamkan setiap satu yang berlaku. Memang palat amat. Tapi lagi palat kalau kau berhenti dari melangkah. Kau langkah je kehadapan, walaupun kau seorang. Sebab di akhirnya nanti, kau tetap seorang.

Tadi, adalah beberapa perkara yang aku fikirkan saat aku terbang kedalam ruang vacum kegemaran aku itu. Dan sebelum aku mendarat semula ke realiti hidup yang sangat tidak menyebelahi aku ini, aku sempat pahatkan satu nota garis antara realiti dan fantasi.

"Kau tak boleh melakar hidup kau sebagaimana kau melukis atau menulis. Itu bukan cara hidup itu berkerja. Kau hanya perlu hidup dan lalui kehidupan kau dan hidup kau akan terlukis dan tertulis dengan sendirinya."

Dan masih John Britain ini rasa macam anjing walaupun dah dekat setengah kotak aku hisap.

BABI!

Ini Bukan Cerita Biasa BiasaWhere stories live. Discover now