Sehari sebelum jamuan raya caca merba.
"Wei korang nak makan nasi ape ni? Nanti senang aku order kat Cik Norzie belakang rumah aku tu" Izzah laung satu kelas.
"Nasi minyak ade tak? " aku tanye.
"Haah, nak gak la pekena satu nasi minyak SYAMIREP couple wahahahha." tak ingat dunia tul Hadura gelak.
"Kepala hotak kau!" Syamira menyampuk. Buku teks subjek apetah dihempas atas meja kayu uzur.
Tau takut orang nak makan nasi minyak dia ngan Arep. Ish sweet couple of 2017 betul la depa ni.
"Eh nasi minyak sape ni? Sape yang nak kahwin? " Si groom tanye. Aka Arep. Hadoi ape la lurus tiang letrik sangat zauj si Syamira ni.
"Eleleh buat taktau lak kau ni. Kang aku bagi tau mau naya aku"
Faris Ali pulak jadi batu api terbako terbako."Okeyhlah gais semua muka macam senyum kambing bila dengar nasi minyak... "
"SYAMIREPP!! " jerit aku kuat kuat serupa siren bomba nak padamkan api asmara Syamirep. Wahh.
"Hei Izzati kau ni tak pernah kene tampar ngan aku lagi en?!"
Syamira marah serupa Hulk hijo plus merah muka dia."Ok dah syamirep bride..dan jati ku" Izzah leraikan gaduh manja geli kami.
Syamira tarik muka seribu kedutan dan pigmentasi di wajah. Cehh padahal suka la tu.
"Weh korang kita makan nasi minyak ok. Full stop." Izzah bagi kata putus. Keputusan mahkamah habis macam tu je? Really? Aku nak village fried rice!
Hadura yang dari tadi mencatat minit minit mesyuarat serupa robot ber spec pepel angguk angguk tanda habis perbincangan. Aku still lagi dengan pendirian aku village fried rice.
Tapi takpelah, takde rejeki. Reen la ni dok pujuk aku guna mandrem tah mana dapat, Syamira ajar kut yang dia guna nak pikat si Arep. Ok gurau Syam.
Tapi tak silap aku sebelum ni, Cikgu Tumi ade pesan something kat aku ngan Izzah.
"Izzah, Izzati, nanti jangan lupa beli buah buah macam tembikai ke ape ke nak buat jamuan nanti. Kang takde tak berseri majlis tu"
Ha macam tu la lebih kurang. Tah ape yang berseri nya kat buah tu sampai kalau takde macam rumah hantu ke jamuannya? Ok whatever. Not RM 50 sekeping cikgu hulur kat Izzah. Dia hulur kat aku. Eii cis betul budak ni pemalas tahap dewa rafflesia gergasi.
"Poket aku penuh gak, ade cutie tembikai." heh, tolong la beg dompet hang tembikai tu dah lunyai dah. Duit tak rupa duit dah kat dalam tu. So aku la pegang duit tu.
Ok back to musyawarah yang dah tamat tadi.
"Ok sape kat sini boleh beli buah?" aku soal sambil angkat tangan tinggi.
"Put your hands up, put your hands up!" Maryam dengan bangganya menyanyi lagu oldskul tu.
Eiii si Meryam ni, kang ade yang tangan aku up kat pipi pulak nanti.
Aku tanye Aqief, Izzat, Faris Ali, Faris Nas, ha almost budak luar lelaki kitorang tanye. Nak mintak budak seghama mau habis jamuan tak berbuah lagi.
"Rumah aku takdek kedai buah lah" poker face Faris Nas muncul. Kalini dia tak mengusap usap janggut cenonet nya.
"Rumah aku jauh gila kot nak pergi. Memang taklah! " Faris Ali pulak macam telan michrophone ni kenapa?
"Ok ok. Lain? Takde sape ke? tembikai je kot. Bukan buah strawberi ke raspberry ke ape bagai "
"Aku.. Aku tak tahu lagi lah" Izzat jawab. Suara dah lah macam squidward. Cakap suka tak habis pulak tu.
"Aqief?" aku tanye budak kamus bergerak tu.
Penat aku hulur duit 50 hingget tu. Semua tanak ambik macam tu duit haromm. Bukan aku kerja kat Zouk pun. Nak takut ambik pehal dowh. [confession Izzati]
"Ha weh, aku.. " Izzat macam ade muka sinar harapan jadi petani moden nak sambung hujah.
"tak boleh lah"
Brrrrrr. Ade yang kene pelangkung ni kang dengan rockmelon pak mail jual kat pasar besar tu.
"Aqief, kau sorang jela harapan kitorang, kitorang semua busy dengan photobooth belakang tu, kau lah eh belikan. Tembikai je kot. "
Ayat nak bodek+penipu keluar dengan lancar seperti sudah fasih menipu keluar dari mulut Izzah. Memang fasih pun. Bersastera lagi tu. Kau ape tahu.
"Ha yelah yelah! Tapi aku tak sure lagi aku beli tembikai ke tak, berat kot! Kau nak bape bijik? " keluar muka hodoh dia.
Dan kami semua terlupa akan sifat kejantanan Aqief sudah berkurangan siket siket disebabkan duduk berhadapan dengan si kpopers tegar lagi tak insaf insaf, Syufian. Fergh. Takleh tahan kelembutan tu. Kalah aku. Hari hari ade dance class ngan Aqief la tu. Dah mahir dah aku tengok.
"tiga bijik banyak tak? "
"berat la siot! Nak aku mati awal ke dowh!?"
Haah. Eh eh
"ala kau kan pergi dance class eh eh gym, mesti la biceps kau sekuat sotong di lautan"
"Eii kau ni, perli aku lah tu. Tengoklah aku beli ape. Nanti esok aku bawak"
Ha mengalah gak. Penat betul layan orang hampir dua alam ni. Fuhh.
Tiba tiba Izzat muncul dengan muka eisntein habis,
"Ala qief, kalau kau lemah tak berdaya sangat, why not kau call je Lazada tanye 'hello ade watermelon online tak? Siap potong punya? Nak delivery ke sekolah tau' ha kan bijak kat situ"
Bongokss nya lah fatwa kau bagi ni Izzat oi. Seriusss lah nak call lazada? Watermelon kot. Aishhshii.. Oke banyak nau carut kat sini. Taubat sebentar bersama lazada.
Oke kat situ je lah kot cite tembikai tu.
Pastu esoknya jamuan,
Tak tahu la aku nak nangehh berduyun duyun ke nak gelak sampai nak tumbuk Syamira ke, tapi,
"Aku pesan tembikai, kenapa yang kau bawak epal ngan oren? Lima bijik lima bijik pulak tu. Ingat sorang makan segigit ape? Bite challenge?"
Kesian Aqief pagi pagi raya dah kene bebel ngan aku. Dah boleh lah pasang lagu background 'anak derhaka tak kenang budi'
Adeke lagu tu?"Aku tak larat la Izzati oiiiiii"
Hmm ok tak larat tak larat. Muka pun macam nak nanges dah. Ok la aku stop. Kang menangeh anak orang aku tanak jadi ibu tumpangan segera kene pujuk anak orang tu.
Izzat yang semalam bagi idea bernas tu tak datang harini. Baru aku nak suruh dia call Lazada betul betul. Takut la tuuu. (taklah dia memang pemalas tahap dewa bunga tehi ayam)
So kitorang end up makan oren ngan epal Aqief for jamuan and agak tasty super delicious yummy tummy erkkkk alhamdulillah kenyang. Ok lah puji ni Aqief. Aku appreciate la eh buah oren epal kau.
A/N: sori la cerita pasal tembikai je tu pun sampai 1000++ words. Nanti try kurangkan and sedapkan dengan tambah bawang goreng kriuk kriuk.
Btw gambar scenery tu pagi pagi lepas aku dapat tahu yang Aqief bawak epal and oren. So aku bersyukur sebab still aku dapat snap gamba scenery lawa lawa even ade warna oren siket. Cam triggered je nampak oren sekarang. Kahkah.
YOU ARE READING
TIML
RandomTrash talk with the kiddo me, smh i was fifteen and dumb back then but dumber now Start : long time ago End : unlimited