Everyday got tido

41 9 0
                                    

Asalamualaikum semua. Sorry tiada update almost a week sebab saya busy trial. Tapi esok adelah jumaat dan esok adelah geografi dan psv. So wat lek wat pis watpadd lu.

Well, a little story pasal recent exam trial ni. Memandangkan ianya trial, maka ramai lah penghuni penghuni surga di sekolah saya mula struggle hard serupa esok adelah exam yang sebenerrrnya. Termasuklah saya.

Definisi struggle hard dikalangan most of my classmate adelah;

;tela'ah buku ke kitab 24/7 non- stop. Kalau ko stop means,ko tak pandai.Pastu makan bersama buku, tidur bersama buku dan mengambil oksigen bersama buku. Kalau yang kurang adab tu, di dalam toilet bersama buku. Buku here, buku there, buku everyyywhereee. Semua dah jadi sedara einstein nampak pegang buku ni. Fergh tak tahan beta aura aura begini.

Orang yang segolong ini juga, selalunya akan tido lambat. Kalau tido pukul 10 tu bak kau tido pukul 8. So untuk kelihatan kau study dan revision kesemuanya, waktu ideal adelah around 1.30-3.00. Tapi walaupun begitu, aku tumpas pada pukul 12.30. Aku tak mampu. Tapi aku still tido pukul 1.30-2.00 sebab busy baca story korang. Hikhok.
Maka orang begini pada esoknya harinya akan kelihatan lemah dan lesu serta ade warna hitam di bawah mata mereka. Maka apabila ditanya; apakah yang membuatmu hendak beradu pada pagi buta ni kelasmet ku?
Maka jawablah dia;  weh kau tak tahu semalam aku study lama gila tido pukul 3.30 tapi still lagi tak masuk otak n then aku bla bla bla menunjukkan keperitan mereka.

Biasanya orang sebeginilah result mereka letopsz kuasa lima. Kalau boleh, result mereka itu ade api kasi terbako-bako biar gempak siket. Aku pula pagi-pagi riang gembira tiada sesal kerana tido awal dan study langsung tak masuk otak. Maka aku antara insan hyperactive pada waktu pagi. Tapi kenapa seru trial sampai. Aku lama lama menjangkit dengan wabak tanpa ubat itu. Aku study non stop. Aku revision even di mall. Aku bersama sama membawa buku ke hulu ke hilir. Rehat pun tak. So aku rasa dah jadi einstein habis. Macam rambut aku dah tegak. Mak aku pun dah risau nampak aku non stop belajar macam kene rasuk jin rajin study. Tapi satu je. Aku berharap sangat lah ape aku buat ni nampak hasilnya.

Masa tengah exam takyah cakap berapa kali aku tertido masa jawab. Bukan dah habis exam, masa jawab tu aku tertido. Dan masa juga, elok berjogging di depan aku dengan muka senyum, tinggalkan aku yang tertido tanpa air liuq basi di kertas. Mujur.

Entahlah. Tapi aku takde lah teruk sangat study. Tapi aku tido macam banyak sangat. Nampak kertas je menguap. Soaalan kelima dah kuyu mata aku. Aku try besarkan mata. Aku minum air, bagi kurangkan ngantuk, tapi tak jadi. Aku macam telan dos tidur yang kuat dan padu. Serta dijamin tido. At last aku kejar semua masa yang ade nak siapkan. Tanda aku tido yang lena, aku mimpi. Ye dan setiap kali aku tido masa exam, aku mimpi. Macam macam genre. Paling takleh blah tu, i had a dream( nyanyi selena gomez siket) about my spec. Spec aku punya kaca tercabut. Pastu semua kelasmet aku gelak sebab aku boleh masukkan jari dalam spec aku sebab takde lense. Erghh aku rase aku gelak kut masa mimpi tu. Entah entah syamira nampak aku gelak. Tak ke creepy masa tido. Ahaha.

Tapi alhamdulillah masa math aku takde lah tido. Tu mintak bala namanya. Nasib baik aku sempat jawab semua. Kalau tak, nangis berlagu lagu nasyid sepohon kayu aku rasenya. Tapi yang lain semua aku tido. SEMUA KOT. Sejarah je tak. Sebab aku sibuk buat cerita pasal syamira ngan arep. Aku syok sangat dan tidak tidur. Yeyeh. Kejayaan pada diri ini.

A/N : Semoga yang ade trial buat lek lok jangan tidoq je nanti buat peta kat paper. Tiba tiba terbuat pelan rumah crush korang. Lol

TIML Where stories live. Discover now