so hi gaiszz. Lama sangat tak update. Sorry sebab banyak layan twitter dan meng-anak tiri-kan wattpad. Sorry guys sorrehh.
Okey aku dapat idea ni masa tengah solat isyak tadilah. Ha nampak sangat aku tak khusyuk ni. Lagipun aku pun risau dah berapa minggu dah wattpad aku terlantar dekat wad icu hospital orenland mintak disegarakan update. So masa tengah baca al fatihah tetiba ade mentol warna kuning datang menimpa kepalaku yang berbalut telekung. Pastu terteleng sikit kepala ketepi macam cramp kat leher. Maka timbul lah isu ini.
Trust issue sekarang ni makin menjadi jadi seiring dengan lajunya ekonomi malaysia yang kian memecut bak lajunya cendawan tumbuh dekat kolam ikan dengan bajet 2018 dan kecoh kat twitter harga minyak naik. Lol.
Aku takdek trust issue. Korang ade ke? Lets say, semua orang aku percaya. Tapi takdelah semua. Kadang kadang aku bagi kepercayaan dekat strangers yang aku baru kenal dua tiga hari je. Like bagitahu aku punya personal matters. Alah setakat makanan favourite dan nickname yang agak memalukan tu takdelah sampai nak bangkitkan trust issue kut?
Kalau nak rapatkan ukhuwah takkan lah taknak cakap pasal diri sendiri kan? Mestilah nak selitkan like, 'i dah berpunya, u tau tak boyfren i baru balik dari south america study medic and haritu dia tempah cincin engagement kitorang dekat kedai emas ahmad 999 tau. 24Karatss magic in the airrr .Lawa uolls. Iolls suka sangattt hikss' sorry tergedik pulak contohnya. Ha tak gitu ke?Tapi trust issue boleh menjadi membara bara. seperti api di campfire yang marak membakar marshmallow cicah chocolate fountain aummm dapnya okay cukup. Bila? Bila tiba saatnya orang yang sepatutnya kita kenal dia lama dan agak rapat membocorkan or mendapatkan kelebihan dengan kita punya kepercayaan.
Like,"Sorry weh aku datang lambat harini. Jangan tulis nama aku tau. Solat subuh pun aku solat pukul 7.30. Please wehhh. Kau kan bestfriend heaven and hell?"
"Takpe takpe aku lepaskan kau weh, pegilah mencari ilmu di sana. Lagipun aku memang kamcing gila gila babeng dengan kak aminah ketua exco kehadiran ponteng ni. Konfem dia percaya aku bulat bulat petak petak sebab aku memang cenggini ha ngan dia *thumbs up*"
See?
Jangan lah jadi camni ye kawan kawan. Tak patut. Orang memberi sepenuh kepercayaan yang hang pi belot kenapa? Treats people nicely so people will treats you nicely too. Penting nya trust issue dalam hubungan kawan kawan,pakwe makwe supaya makwe takde trust issue terhadap pakwenya kut kut si pakwe ade affair terlarang dengan bestfriend makwe dia. Aauchh. Or else. Dalam syarikat pun sama. Kene pilih orang yang betul betul boleh dipercayai. Lagi payah kalau dapat boss yang trust issue tahap langit ketujuh ke milkyway sana. Semua orang dia tak percaya. Nak pass kan frieskies si meoww dekat orang pun kene soal siasat dulu.
Jangan jadikan trust issue sebagai penghalang korang punya ambition. Mentang mentanglah pernah kene belot sekali sebab benda kecik je macam adik kau pergi habiskan lauk tengahari yang tinggal seconet padahal mak kau dah tinggalkan kepercayaan pada adik kau untuk share sama rata lauk tu ngan kau. Last last adik kau pulun semua. Dan sebab itu kau ade sifat trust issue yang teroxksz. erm teroks nya aku eja.
Ha pastu habis satu sekolah kau tak percaya. Nak mintak orang ajarkan, tapi tak percaya orang tu takut dia guna mazhab yang boleh bawa ke neraka jahanam padahal duduk sebelah sebelah je dalam kelas yang sama. Confirm lah mazhab sama. Pastu dah kau tak pahanm. Nak percaya internet? Lagilah kau anti. Ape yang kau tahu hanyalah jangan percaya orang lain. Jangan bagi peluang untuk mempercayai orang lain.
Hei, ade je makhluk yang sangat boleh dipercayai okayh. Even boleh dihitung dengan bulu penyapu, tapi still ade je. Kene pandai carik lah uolls.
Okay dah penat membebel.
Last last nak mintak satu je. DOAKAN KEJAYAAN UNTUK SESIAPA SAHAJA YANG AMBIK EXAM PT3 , SMA, SPM, STPM, STAM, PAT, OR ELSE, CEMERLANG FLYING COLOURSZZZ GEMPAK GEMPAK MACAM CONCERT ED SHEERAN OMAIGAWD JELES AI SAPE PEGI. HA TU JE.
SAY AAMINNN BERJEMAAH.
LOVE YOU GUYSSSSS. 🙆🙆🙆💗
jangan lupa vote sweetiee
YOU ARE READING
TIML
RandomTrash talk with the kiddo me, smh i was fifteen and dumb back then but dumber now Start : long time ago End : unlimited