Satu hari yang nyaman dan matahari pula hidup segan mati tak mahu je nak main hide and seek dengan awan.
Aku datang sekolah last day ni. Ye tau dah memang pelajar rajin +contoh+berwibawa+hensem+menawan+pandai+i love myself so muchh.
Seperti hari hari yang lain, minggu ni saja aku dah jaga koperasi sekolah atau nama timangan manjanya, koop. Aku guna koop jelah. Aku dah jaga lebih kurang seminggu je koop ni. Kecuali hari rabu sebab aku sendiri ponteng. Tu pun rasa bersalah (murid contoh biaslah)
Harini koop bukak lambat sikit sebab aku lambat ambik kunci dekat cikgu tipah. Itu nama sebenar ye bukan main letak je. Okay, bila aku bukak je pintu gerbang koop dengan mangga nya kalau baling dekat anjing pun, anjing boleh waras dari manusia. Besar gila mangga nya.
Ok part climaxxxx, bila bukak je pintu, makanan takde. Oh gosh *pengsan* eh tak *bangun balik* koop kitorang devide kepada dua part, makanan dan stationery+buku+baju sukan blabla.yang aku dok jaga ni part makanan lah. Yang ade sekarang hanyalah, ayam stick seringgit yang dah lemau dan keras (semalam punya) dan burger daging (semalam punya juga).
Aku dengan slave slave (stands for kengkawan) aku yang lain taktau nak buat ape. Biasanya, akan ade dua bakul roti yang segar dan fresh terhidang. Biasa nya lah. Tapi tak pulak harini. Supplier tak datang, or dia demam tersungkur kemudian terus lupa yang dia kene hantar roti harini.
Maka, aku dan para slave pun bingung. Oh yeah, mau buat apa yinii? So aku nak tau jugak ayam stick keras dan lemau seperti di pam guna pam basikal tu, masih elok atau tidak. Lagipun simpan dalam bekas tertutup. Roti pun aku decide nak try jugak elok ke tidak.
Jadinya, aku ambil sebatang stick, aku kasi dekat slave aku yang pertama. Ujian makanan. Merembeskan air liuq segar baru lepas membebel kepada seketul ayam stick stok semalam. Alhamdulillah, aku tak try, nnti yang sakit perut diorang, bukan aku. Hahaha. Takdelah, aku try jugak. Biar sakit sama sama, dan ke tandas berjemaah jugak. *flip ayam stick*
Burger pulak aku suruh slave yang kedua try. Burger aku kurang berminat, so aku kasi dia sorang je rasa. Lantaklah.
Hasilnya, dua dua makanan masih okay. So kami decide nak bukak dan merasmikan koop harini. Walaupun patutnya bukak setengah jam yang lalu.
Maka ramai lah makhluk makhluk yang kelaparan dan muka bak ikan piranha serta mempunyai ciri ciri sepertj makhluk kanibal yang makan orang tu. Nasib lah kami masih ade tangan lagi, hampir saja mereka ingat tangan kami itu, burger daging mcd.
Tiba tiba, cikgu tipah sampai.
Kelatak keletuk keletak keletuk
(bunyi heels cikgu tipah)"Eh sape kasi kebenaran kamu jual ni?" cikgu tipah bersuara.
"tapi ayam ngan burger ni elok lagi cikgu" aku cuba kelihatan tenang seperti baru habis baca doa dhuha.
"saya taknak ambil risiko. Tutup saje koop harini"
"owh okay" aku cover macho. Padahal aku rasa aku dah buat kerja paling bodoh harini—bukak koop.
Jadi kanak kanak yang lain semua membuat muka yang sedih seperti baru kematian kucing tersayang. Semua beredar seperti kartun pingu yang kelaparan.
Mulalah mereka mereka yang tak dapat beli itu menyoal kan kenapa kami bukak koop harini kalau takde benda yang boleh dimakan. Oh hello!! Air ade okay? (berkata para slave didalam hati)
Dan yang lagi memeritkan, makanan makanan tadi harus dibuang. Oh gosh i love foodies. Memang aku meratap tepi tong sampah tadi masa buang. Kesian tengok ayam ayam stick bergolek golek dan membuat jump street ke tong sampah. Nasib kitorang ade selamatkan a few makanan dalam plastic lain. Hehehe.
End up, koop tutup dan hati aku pun tertutup sama apabila melihat koop terkunci dengan mangga sebesar otak kecil si sotong kurita. Last last aku beserta kengkawan yang lain (dah upgrade sebab koop sudah tutup) lepaksss atau lebih tepat mereputttsss menanti saat saat malaikat maut menjemputs eh silap, menanti saat saat lonceng tanda last sekolah habis. Hihohi. Nasib lah tempat lepak kami ber-ekon.
Dan kini aku meniti hari hari dirumah atau lebih tepat, di dalam bilik dan lebih spesifik, di atas katil bersama sama rakan rakan katil ku (bantal, selimut, bantal lagi).
Alhamdulillah adik aku baru masuk tadi membawa khabar gembira. Katanya kartun yang tidak pernah dimamah usia, Barbie akan ditayangkan dari senin sampai khamis. Oh yeah. Indahnya hidup jadi muda sepertimu barbie. Jadi anak raja, jadi penyanyi, jadi rapunzel pun aku sanggup kalau dalam life hang barbie.
Adik aku dah mula listkan episod episod yang akan ditayangkan serta menari (menari ke?) tarian ballet barbie dihadapan aku. Dah macam lain je aku tengok dia. Tak pasti itu adik aku ataupun bukan. Hmmm.
YOU ARE READING
TIML
RandomTrash talk with the kiddo me, smh i was fifteen and dumb back then but dumber now Start : long time ago End : unlimited