Hai gaisssssss Asalamualaikum.
Yeap, ramai dah nak balik seghama sekarang ni ye dok? So takpelah, ade kesempatan baca. Kalau takde, vote saja kehkeh.
For me, tahun depan adelah sangat menjengkelkan. Maybe certain daripada anda akan bersorak gembira bak cacing kepanasan sebab tidak sabar menjadi ahli science stream, acc, sastera and so on. Tapi kenapa lah saya tidak ye anak anak.
1. Sekolah saya ade Dini. Awak tau tak Dini tu ape? Bukan nama orang tau.
Subjek Dini merupakan subjek fully arabic. Tiada bahasa melayu di-jawi-kan or else. So kitorang as first batch yang kene amik Dini ni ha, memang blank bila tetiba f1 kau dah kene jadi minah arab.
Form 1-3 ade tiga je subjek Dini. Its Usuluddin, Syariah and Lughatul Arabiah Muassirah (LAM). Sorilah bold kan, nak confess ni.
Untuk usuluddin anda akan belajar tauhid, hadis, akhlak, sirah dan tafsir dari bahasa arab. Yang ni paling payah sebab dia banyak guna bahasa arab quraan or klasik yang ade tersirat gitu. Kau bawaklah kamus oxford tebal yang pukul orang pun boleh koma tu, kalau tak jumpa makna payah weh payah. Kene jugak pergi library cari kitab hadis. Struggle itu penting. Mental koyak pun ape orang kisah.
Syariah pulak, dia feqah. Hafal hafal surah lazim beserta maksud bahasa arabnya dan feqah. Bagi saya, syariah ramai yang dapat score letopsz letopsz. Sebab dia lain dengan usul. Dia mudah sikit bahasa arabnya itu. Tak complicated tapi kene banyak sikit hapalannya. Memory kene besau sikit kat kepala tu. Tapi tajuk f3 dia ehem ehem dia boleh tahan mencabar daya ingatan otak ye anak anak. Pasal munakahat (perkahwinan) anda akan belajar dalam sikit like, nafkah buat isteri, talak, dan jenis jenis cerai and so on. Bab muamalat (perniagaan) ada lah part part yang macam ehem ehem takleh bawak bincang susah nau nak hapal. And percayalah, itu semua arab semata mata. Takde melayu melayu derrrr. Tapi bagusnya, kau dapat tahu yang apa hukum sesuatu perkara tu, and sape dah belajar part ni, ustaz aku kata takyah amek f4,f5. Boleh fly mesir ke azhar terus. Huhu.
LAM? macam biasa. Kene belajar buat karangan above 60 patah perkataan (hek eleh 60 je, kau tahu tak gelabah mak nenek cari kamus kahkah) tapi haritu, ustaz kata kene buat above 100. Latihan katanya. Pastu belajar vocab baru. Macam ape yang ade dekat klia. Satu klia kau akan tahu ape benda nya tu dalam bahasa arab. Best kan? Tapi yang lagi best lam ni, bila kau blank buat karangan, contohlah bagi tajuk solat jumaat. Pastu kau teringat, syariah ade tajuk tu. And then, kau taram la segala hukum hakam sunat solat jumaat, golongan mana yang kene pergi. Tup tup dah lebih 60. Hebat bukan? Maka lulus lah engkau dengan jayanya.
2. Katanya form 4 nnti, kitorang ade SMA Dini. Wat de fafa.
SMA tu ape pulak, ye kalau anda peminat stay qowiy my love, and tahulah ape itu sma. Yang Sijil Menengah Agama. Yang Izz Adlina dok amek tetiba kene pindah ke smk tapi dia still amek sebab dah separuh jalan (fans sqml detected) . Ni patutnya setiap f4 sabk ambik exam ni. Ade tafsir hadith, and so on (aku tak igt la pule ape subjectnya). Tapi tahun ni, last batch ambik. So aku imagine , batch aku lepas lah dari seksaan sma. Tapi, terlajak perahu boleh diundur, terlajak imagine apakan daya. Ustaz syariah aku kata tahun depan ade sma dini. Ha elok lah tu. Applause ramai ramai. Dan bukan tiga subjek itu sahaja, ditambah lagi bersubjek subjek. Ade yang kata kitorang akan belajar maths dlam bahasa arab. Wah wah. Math sekarang pun aku tak lepas. Konfem aku jadi bestfriend google translate je tahun depan.
Tapi tulah, bukan nak kata ape, nanti kat uni, belajar benda sama balik. (hek eleh kau masuk uni pun belum) yang lagi basic pulak tu. So betul lah ustaz kata, level bahasa arab kitorang dah boleh fly yaman, mesir, azhar, madinah mekah semua cuma tak lepas je lagi had umur nak masuk sana.
3. Act, aku tak tau aku nak amek ape tahun depan. Confuse gila terox.
Aku suka science. Tapi aku kurenggg dalam maths. Aku teringin nak belajar bio tapi at the same time, aku tanak malah tak berkeinginan nak discover addmaths. Ye ye aku tau, tak belajar tak tahu lagi en. Tapi aku tengok result maths aku pun cukup cukup makan je. Tapi science aku boleh lah jugak nak show off even sipi sipi je tu.
Aku try tanya budak acc. Ye sepertinya best. Ye aku nak try acc walaupun aku tau, biasanya acc aku tak seimbang. Lantak sana. Tapi. Parents mestilah kadang kadang nak anak amek science tulen. Nnti senang dapat kerja, gaji beso beso and so on. Tapi cane ek nak cakap yang benda ni rezeki allah kasi. Ade minat kat situ, insyaAllah allah mudahkan jalan untuk kita kan?
Pleaselah change our mindset yang boleh menjamin masa depan.
Ade usaha, doa, tawakkal alallah, semua jalan.
4. I'm so afraid to lost my frenzzzzzzzz
Ye ye aku pun nak pindah. Sape je tanak pindah. Yang aku tau ijacunnss je kahkah. Aku ade la hajat nak pindah jauh jauh dari selangoq ni. Nak pi kedah ke, kelantan ke, johorrrr ke. Baru baru ni pun aku ade isi form mrsm. Saje try luck. Kalau ade, insyaAllah aku consider dulu. Ibu aku on je nak hantar mana mana. Cuma adik adik saja risau, orang gaji paling rajin dah lari dari rumah, sekaligus mereka pula kene replace.
Haritu cikgu tanya, sape je tanak pindah, empat ketul tangan je angkat tangan. Ha nmpak tak berkobar kobar semua nak blah dari sekolah. Ade sanggup buat nilam habis satu buku nak cukupkan markah pindah sekolah. Aku sorang je tak isi malah tak beli pun buku nilam.
Ye, kami sangat rapat. Aku sangat takut untuk hilang harga kawan disitu. Ceh ceh. Kan before this, aku cakap diorang heartless. So senang nak bahan ke ape ke. Tapi kalau dengan orang lain? Allah saje yang tahu kan. Lagi pulak, tahun depan ade dua kelas dari sekolah lain masuk. Fergh fergh ramai ilerrr. Sebab sekolah ni ade sc stream. Certain tu takdak. Maka berhijrah lah mereka kesini. So kitorang nak campak mana? Yup, yang corot corot result nya hantar ke sekolah cawangan lain. Yang maybe takde sc stream. Aku tak kesah kene campak, asal ade acc sudah maybe? Ha berkobar kobar nak try acc ni. Ha moga moga tidak terjadilah kejadian sebegitu.
Aku harap sangat yang tahun depan aku dapat pedoman dan tunjuk ajar supaya buat choice yang tepat lagi on target. Semoga allah bimbing aku kejalan yang aku suka, parents suka, dan jalan yang akan menambah keimanan aku kepadaNya.
Ilmu itu luas.
Tolabal ilmu ila bilad as Sin.
"طلب العلم الى بلاد الصين"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina.
Merantau mencari ilmu Allah dan keberkatannya.
YOU ARE READING
TIML
RandomTrash talk with the kiddo me, smh i was fifteen and dumb back then but dumber now Start : long time ago End : unlimited