Here we go. Bismillah.
Makcik di atas merujuk kepada orang yang suruh saya update pasal Izzat. Ha ramai Izzat dalam kamus dewan hidup saya. Sangat banyak. Sedangkan nama saya saja sudah dekat bener dengan nama izzat sendiri.
*Izzat version 1*
Izzat yang pertama ialah jiran saya. Exactly ex jiran. Hari hari anak imam ajis panggil izzat keluar nak main bola. Rumah izzat depan rumah izzati. Ha baguslah.
"Aaaaasalammualaikummmmm izzzaaaaaaaattt"
Kau ulang lah banyak kali, seperti kawan kawan izzat memanggil nya. Kemudian muncul mamat separa hitam separa mocha keluar terpacul depan pintu rumah yang berwarna putih. Rambutnya diselak selak keatas dan kebawah tanda ke-macho-annya terserlah. Dengan jersey tahape hape dan shorts yang tutup kepala lutut. Mula mula jiran depan rumah izzat agak terpana, tetapi jirannya mengatakan 'eh zina mata zina mata' maka dia bantutkan harapannya untuk ade crush dengan izzat. Bila jiran depan rumah izzat dah pindah, dia singgah balik sebab nak makan dekat gerai pak aji area rumah izzat. Maka kelihatan izzat sudah tinggi menjulang seperti boleh sangkut jalur gemilang dan muka seperti izzue islam bertona gelap sedikit. Oh dem, nafsu ex jiran depan rumah izzat tergugat kembali. Kehkeh.
*Izzat version 2*
Ini adelah Izzat Hanif. Ni pula budak smk izzati. Orangnya seperti nerd yang bisu. Jarang benar cakap. Macam nak jadi mulut dia saja.
Izzat Hanif takdelah hensem mana. Masa form one, izzati pakai kasut sekolah yang koyak koyak tu means yang takdek tali tulah. Yang macam budak tabika pakai tu. Pada pikiran izzati, kasut itu sangat mudah dipakai dari kasut tali. Menyusahkan. Bila sampai smk, semua kutuk izzati sebab katanya izzati ni tak up to date sebab pakai kasut takdek tali. Ape izzati kesah? Tapi lain pula izzat, walaupun cam harem tanak cakap, kasut izzat hanif bertali. Ala mana pointnya. Pointnya ialah, izzati ni tak swag macam izzat hanif. (Pikir aku nak kejar swag ke?)
Certain juga mengatakan, kami ini kember, twin gittew. Dan ofkos izzati kakak. Sebab dia macam queen control. (hello remote control tv pun adik aku yang control)
Tapi, izzati dan izzat menafikannya. Izzat hanif mukanya putih sedangkan izzati macam kene simbah kopi. Izzat balik naik basikal sedangkan izzati balik naik van. Ape kesahihannya? Maka salah fakta kawan saya itu.*Izzat version 3*
Ni bukan sapa sapa. Saya sendiri. Izzati jadi Izzat. Pale banana cucumber dia. Jangan tukar jantina saya. Saya bukan khunsa. Tapi sebenarnya saya agak hensem la juga *wink*
Wujudlah ustaz di sekolah rendah saya panggil saya 'Ijat'. Ha euwkk euwkks kan? Ye. Mula mula saya begitu juga. Lama lama saya buat pekak bila ustaz tu dok panggil panggil saya begitu. Maka nama ini menjadi virus dan tular ke satu kelas je. Bukan sekolah. Semua dok panggil saya ijat ijat ijat. Memang ghase tangan gatal nak tampar tapi apakan daya sayang kawan punya pasal.
*Izzat version 4*
Ha ni sekarang punya izzat. Yang makcik tu suruh cerita izzat hok ni lah. Izzat classmate masa form 2 dengan sekarang. Batch saya dalam sekolah banyak nama start huruf 'Iz'.
Izzati
Izzah
Izzaidah
Izzat
Izzatun
Cg Izar.
Ha ramai lagi.Tapi izzat yang ni ha ramai lah mula start ship aku ngan dia (mana boleh harom harom harom) sebab dia duduk belakang aku. Pastu ape lagi? Tu je kot. Ala biasalah tu je boleh naik nama. Pastu kalau ade 'lofattah' depa buatkan jadi 'Izzattey' ha tak kena en? Tulah takde jodoh. Dah kata dah. Tapi biasa orang yang di ship ship kan ni akan malu nak cakap sesama sendiri. Tapi apa aku kesah, aku tanya dia macam nak carik gaduh. Macam biasa. Still jaga batas. Tapi macam biasalah. Takde nak segan segan dan tak awkward macam orang yang kene ship tu. Sweet lagi si Syamira dengan Arep.
'Syamirep'. I told u syam.Ok habis cerita pasal izzat. Khatam alhamdulillah.
ijacunnss habis dahhh wiii
YOU ARE READING
TIML
RandomTrash talk with the kiddo me, smh i was fifteen and dumb back then but dumber now Start : long time ago End : unlimited