tak sangka saya nak dekat exam dah. Pejam celik, pejam celik, pejam lama sikit (sebab ngantuk gile study barai dowh) lagi bape hari je hahaha what a bless year.
Haritu ade sorang jiran kelas (budak kelas sebelah) mintak some advise pasal nak lupakan kawan and move on hapelah itulah. Tah aku bukan prs, tapi aku tanak layan dia macam aku ni busy manjang, so aku layan la juga. At the same times, dia ni mengikut pemerhatian aku, selalu ade masalah dengan kawan, gaduh la merajuk melutut merangkak etc.
Act, sebenarnya bukan nak show off friendship goal ke mende, tapi since aku naik sekolah menengah, aku makin terrer carik kawan. Ha sounds like show off sangat ni.
Sekolah rendah aku boleh kata macam persamaan linear nya begini,
Primary school=(bullies+pijak kepala+gangguan mental yang boek namatey)
So start sekolah menengah, finally aku jumpa insan yang layak digelar truly sohabot. Bukan sorang, ramai sebenarnya. Terlalu ramai yang baik dengan aku dan sekali pun tak pernah ambik kesempatan atas layanan aku dekat diorang.
Aku selalu gurau kasaq gila babun dekat diorang, muka semua triggered cam nak sula aku pun ade, tapi at last semua gelak. Entah ape yang lawak aku langsung tak dapat catch up. Yang miracle in cell no7 nya, insan insan hingusan ini, tak pernah nak merajuk kaw kaw bila aku joke kasar gile. Diorang cam heartless namateyy.
"Weh kau memang nak kurus ke? Takyah lah bukan menjadi pun, makin lebaq sedepa je pipi hang aku tengok" ha contoh lah aku macam nak batalkan niat mereka nak diet, biasa kene ayat cenggini, konfem sentap sampai ke musytari.
Tapi mereka heartlesssss. Bertepuk tampar ngan aku adelah. Nak terasa? Tak tunjuk pun. Tapi nak kutuk belakang lain cerita lah. Aku cakap gigi jongang ke, ketiak masam macam bawang putih ke, diorang tak merajuk pun. Kagum gila tau tak. Tapi aku takdelah jujur gila dengan diorang macam menyebut nyebut perkara yang boleh putuskan silatur rahim antara kitorang. Mulut still lapik gais.
Tapi adelah sorang ni, yang aku selalu borak dengan dia pasal aku punya real life, macam mana aku punya life kat rumah, private part yang certain takde sape tahu, aku share dekat dia. Ni lagi lah, gurau kasaq nya, masya allah kalah kekasaran kulit muka kita ni ha. Jkjk. Tapi, satu je yang special about her.
Even aku rapat gila babeng dengan dia, dia still kasi ruang untuk private matters aku yang aku takperlu nak share pada sesiapa.Yang certain tu, 24 jam berkepit, silang tangan macam lesbo couple sama sama. Rehat takleh dengan orang lain, study takleh dengan orang lain, mesti ade dia sorang je. Alahai nyampah pulak aku jadinya. Tapi dia masya Allah, memahami gila. Aku rehat ngan orang lain tak kesah, aku cerita pasal crush aku kat orang lain instead of cerita kat dia, dia tak kesah jugak. Aku belanja kawan lain tapi tak belanja dia, pun dia tak pernah nak merajuk mogok melekat kat dinding. Tak pernah dowh. Banyak pulak tu aku buat kat dia camtu. Ya tohan, untung gila dapat dia ni tahu tak.
Satu hari tu, aku balik lambat, dia pun balik lambat jugak. Dia sanggup call mak dia nak balik lambat sebab nak temankan aku yang takde trans nak balik awal ni hihuhihu. Masatu kat kantin tau, entahlah kitorang borak macam macam sampailah satu part iaitu, travel. Jujur, aku ni memang terperap kat rumah, takdelah terperap sangat cam jeruk tu, tapi aku jarang travel. Pastu aku dengar dia cerita dia pergi sana sini semua ceruk tempat dia pergi. Aku as budak begini apelagi, jeles lah brader. Aku cakap ceni tau,
"Weh, bestnya kau pergi sana sini, Aku tour mesia pun tak habis lagi, langkawi tu, tak pernah lagi aku jejak. Yang paling worst lah aku kira, klia pun aku tak pernah pergi"
Hehe sedeyh kan. Ha biasalah, jangan nanges tau kanak kanak. Tau ape respond dia?
"Ha? Klia pun tak pernah jejak? Kesian gila weh. Weh, aku rase en-"
"rase ape dowh?"
"kau ngan aku kawan sampai tualah. Biar aku bawak kau pergi tempat yang kau tak pernah pegi. Kita tour sama sama. Takpe. Kita kawan sampai tua lah izzati. Insyallah. Sampai tua kerepot bongkok lima sekali pun"
Aku taktau kenapa masa dia cakap tu, muka dia ikhlas gila. Betul betul nak kawan dengan aku sampai kitorang tua gigi tinggal lima batang je. Aku emolah. Nanges keluar hingus kau. Hiho. Malu lah aku, sebelum ni, aku takpernah cite pasal benda yang macam boleh buat aku malu gile gila kat oranglain. Tapi, bila aku dah bagi tau dekat dia, rasa tenang sangat. Mula mula aku expect cam dia nak gelakkan ke apeke, tapi lain. Dia pujuk aku dalam keadaan dia nangis jugak tau.
"Dahlah weh, takyah nangis ddddoo (*tengah nanges*). Aku tanak tinggalkan kau la camnii, we grow old together okay? " tangan dia usap belakang aku yang tengah menangis terharu sambil tangan dia lagi sebelah lap air mata dia. Eii macam ape je en? Lantaklah dekat public pulak tu. Malu je pergi kantin nanges buat slot bersamamu. hahahaha.
Aku rasa tenang sebab aku dah lepaskan benda benda yang maybe orang lain akan gelak or simpati macam acah acah gitu, tapi bagi dia, benda ni aku ngan dia kene pikul sama sama. Aku rasa lah, kalau kitorang ade gaduh ke ape ke, lima minit camtu dah okay dah. Kadang kadang benda tak penting je pun. Dahlah berbakat jadi motivater aku. Aku bangga gila ade kawan cam dia. Dah macam fam sendiri pun ade. Datang rumah aku, siap tolong basuh pinggan lagi kau. Boleh buat menantu. Bila aku datang rumah dia masa dia alone dirumah, dia masak macam macam. Sedap pulak tu. Tengok anime sama sama, kdrama lah movie semua lah. Kadang kadang masa tengah syok layan movie, dia hulur side dish, kek lah,teh ais sedap gila, aiskrim lah as replace popcorn. Aku taktau aku banyak gila terhutang budi dengan dia. Mak dia, kakak dia, kalau aku kenal pakcik dia pun, maybe aku ade punya hutang satu kebaikan dekat family members dia.
Bagi aku, dia yang sebenarnya ajar aku apa tu nilai friendship goals penalty bagai tu. Aku berharap dekat Allah, yang kasih sayang dan persahabatan hablu minannas ni, dikekalkan. Kalau nak type semua pasal dia, memang takkan tertype. Mau cramp jari aku. Aku dedicate lagu ataih tu, kat depa semua. Yang pernah aku wink kat dia tu, special la tu (ceh gatai nau ni)
nah lanje siket. Dia tak suka tayang muka. Dp whatsapp pun gambar cicak kobeng ke tokek je. Nak kata malu jauh sekali. Hehe.
Ana sayang enti tahu?💜
YOU ARE READING
TIML
RandomTrash talk with the kiddo me, smh i was fifteen and dumb back then but dumber now Start : long time ago End : unlimited