Liqa' Mahabbah.
Liqa' = perjumpaan/pertemuan
Mahabbah= kasih sayang. Spread the love gittew.
Total= perjumpaan kasih sayang.
A
salamualaikum.
Yeaps kanak kanak riang. Lupa aku nak habaq kat hampa semua. La ni or tahun ni aku masuk kelas agama. Aku tak dan nak terjah kelas sains ka akaun ka. Yang aku mampu terobos pintu ke hati awak ja. Eh silap. Pintu kelas agama.
Aku ade dua subjek tambahan agama. Adab balaghah dengan manhaj ulum islami. Tak silap aku lah. Nama pun panjang sangat. Susah nau nak hapal.
Toksah lah tanya amende adab balaghah ke manhaj ke ape ke. Susah nak habaq. Kadang aku sendiri taktau ape dok aku belajaq dari ostad ostajah aku ni.
Bila dah habis exam mid year. Maka, akan ade liqa' mahabbah ni. Ade certain sekolah panggil hari tautan kasih ibu bapa dan guru. Ade jugak hari menyambung silaturrahim yang bagai telur di hujung tanduk. Dan macam macam lagi.
Tapi yang biasa aku dengar, hari diskusi jelah.
Nak dijadikan cerita. Harini sekolah aku mengadakan hari penuh emosional itu. Why emotional?
Mentor kelas aku cakap. Biasanya harini setiap kelas kene sediakan tissue banyak banyak sebab takut mak bapak buat drama sampai jadi waterfall sekolah. Tak diiktiraf punya waterfall.
Mentor merangkap guru sains moden aku bilang lagi, dia cakap ni bukan saja saja. Sebab pernah jadilah dia habaq kat kami semua. Habis drama pukul 7 slot akasia pun takleh lawan drama mak pak ni. So kene standby tissue awal awal .
Lain pula jadinya pada aku dan parents aku. Tissue tu en kalau boleh nak je aku lap keringat keringat aku yang mencurah curah bagai derasnya air di longkang belakang rumah kamu tu. Lama gila babeng aku tunggu turn aku sampaiii yaRabb.
Adik aku yang ikut mak aku pun siap cakap lagi;
"kak, diorang ni amek report card ke buat report polis? Lamanya"
Aku nggak bisa jawab apa apa sih kerana depan aku ade makcik dengan anak dia yakni kelasmet aku. Aku nampak makcik ni ade potensi nak berhujah or berdebat dengan guru kelas aku jap lagi. So aku diam jelah en. Kang aku jawab mau kene hempuk dengan tas tangan berjenama nya tu.
Bila sampai turn aku. Aku taktau weh. Sebab aku kat tandas. Alah biasalah gegerls kan. Awning tudung sangat memainkan peranan penting. Lagi cun tandas pulak sebelah kelas. Hm dah macam kawan dengan setan je hari hari pi tandaih.
Pastu adinda aku panggil lah cakap turn parents aku dah sampai. Duduk je sebelah ibu. Secara tetiba ;
"oh kamu ke izzati?"
Ya rabb, selama ni ustazah aku sendiri tak ingat aku ke? Bapak ah sedih. Takpe lah sazah simpan jelah A saya untuk subjek sazah tu. Mulanya aku nak merajuk centu lah en, tapi bila aku pikir yang ustazah ni punya merajuk lagi maha hebat, okay aku simpan merajuk aku tu lain kali jelah.
Borak punya borak. 3 minit berlalu. Aku teka jelah 3 minit.
Tiba tiba bidadari surga iaitu ibu aku keluarkan satu soalan maut bak soalan munkar nakir version mak mak.
"Saya ade sedikit tak puas hati lah ustazah"
"Ye puan, ape tu puan?"
"Dia ni, asyik tido je dalam kelas . Balik sekolah je mengadu ngantuk kat sekolah. Saya rasa saya tak letak ubat tido dalam sarapan dia"
Ceh, ayat last tu aku tipu je.
Ustazah aku mulalah assume macam macam. Dari pemakanan sampailah dia tanya aku selalu makan fast food ke? Konfem lah aku geleng laju laju. Nak je aku cakap
"Sazah saya makan kismis doa siap ade free sticker tu dengan kurma yusuf taiyoob je eh dekat rumah. "
Eh memang tipulah tu aku. Bulan romadon pun liat nak makan kurma. Last last sazah aku cakap ceni.
"mungkin kamu kurang keberkatan mak ayah atau guru guru kut. Ingat tak, keberkatan tu nombor satu kalau dalam menuntut ilmu. Kalau takde lah keberkatan ni, pi mana mana pun mesti ade je masalah muncul."
*I'm crying inside*
Weh terkesan sungguh sungguh weh. Makan dalam dia tu sampai ke hati sanubari ha.
Tetiba aku teringat cikgu ekonomi aku habaq. Masatu dia cakap pasal mak bapak.
"kalau ayah kamu tak dapat datang masa liqa' nanti,lepas kamu call dia cer kamu try jawab 'takpelah, kerja lebih penting dari anak sendiri kan? Takpelah kalau tak dapat datang' lepas tu konfem bapak or mak kamu pujuk kamu macam macam"
Ha lebih kurang centu lah dia habaq. Mak ayah mana yang tak sayang anak weh. Lain kes lah yang siap campak baby dari tingkat 20 tu ke, yang tinggal anak merata pastu kene gigit semut sampai meninggal tu. Tu aku taktau nak gelar depa tu baby ke bebi. Hm sampai sekarang konpius.
Maksudnya, berkat mak ayah tu penting. Cikgu pun. Tak kesah lah dia ustaz ke murabbi ke ustazah ke teacher ke madam ke mistress ke , eh ? Silap. Ha ape ape jelah . Jaga keberkatan kawan kawan. Mak ayah yang ade keje pun sanggup mengadap boss depa mintak keluar jap sebab nak rai anak anak depa. Tak kesah lah result tu. Tu belakang cerita. Walaupun aku rasa tu topik utama kalau hari diskusi. Hmm..
Kalau yang tak dapat datang, jangan kiciwa. Itu bukan bermaksud makpak hang tak mengaku hang anak lagi ke ape. Tapi mungkin mereka betul betul betul busy. Kita tak merasa hidup sebagai ibu bapa (ke dah ade yang jadi mak ayah?) macam mana rasanya nak carik duit kasi suap kita makan sampai jadi sihat sampai boleh baca wattpad sekarang ni ha. Hang tau? Tau? Nggak bukan?
Okay berbalik cita mak aku tadi. Ustazah aku dah habis mengadu pasal perilaku aku yang baik dan sopan ni dalam kelas, aku pun baliklah. Tapi slip sazah lupa nak potostet so, dia kata
"kamu taknak snap ke result kamu ni? Asyik snap muka sendiri je takpe pulak kan?"
Kerusi: eh?
Meja: eh?
Whiteboard: eh?
Slip result: eh?
Faiz roslan *suddenly appears*: tiberrrrr.Mak saya pula menyambung;
"snap jelah, ayah balik kerja nanti nak tengok. Ayah kau yang amek hantar kau pagi petang pi sekolah nak jugak tengok hasilnya"
Weh sumpah aku nak nanges masani. Why ibu why. Jangan buat sesi waterfall. Kami takdak supply tissue kat sini.
Last last aku snap lah gak. Result atas pagar aku ni takde lah boleh bawak bangga sangat. Tapi ade lah improvement dari up1 haritu. Alhamdulillah.
Balik je dari sekolah, ibu terus ajak pi shopping . Shopping kedai dua hinggit.
Nikmatnya ❤
YOU ARE READING
TIML
RandomTrash talk with the kiddo me, smh i was fifteen and dumb back then but dumber now Start : long time ago End : unlimited