◾ tarbiah nyata ◾

37 5 6
                                    

Hai. Asalamualaikum cikedis ku sekalian umat manusia yang bijaksana tapi pelupa!

idk lah kebelakangan ni saya seperti diserangi penyakit amnesia yang kejap ade kejap takde. So i guessed awak pun sama sebab kita kan makhluk tuhan yang sama ye dok?

Okay tajuk dah macam nak buat slot ceramah khutbah jumaat , so saya proceed jelah eh.

Bulan lepas yakni, satu haribulan nya, semua orang ade lesen nak pekena and pedajal semua orang.  tapi bukan nak kabo pasal cite tulah. Nak cerita liku liku bulan tu hehehe sila hadapkan jelah mata anda membaca nya 🎈

Kalau sekolah dia ade acara KAMIL, taulah en apebende aku nak cerita ni. Alah kamil ni macam satu acara yang mostly sekolah agama akan take over untuk hantar wakil masing2 untuk compete dengan sekolah lain. Acara dia cam biasalah en, dah nama pun sekulah agama so nasyid, marhaban, syarahan, debat, tajhiz jenazah ha semua adelah cite dia.

Meanwhile , semua orang busy nak cari peserta, aku pulak excited sebab sekolah jadi tuan rumah. Weheeee. Tak, tak berapa suka sebenarnya. Penat kene jadi minah dok tangkap gambo orang, dok pusing satu sekolah, terjah sana sini, kalau buat kat gaung pun aku kene terjun gamaknya, bagi mendapat shot yang lawa. Fuhh kenapa lah aku tak sumbangkan bakat aku ni kat sukan sekolah pun aku taktau.

Pastu ketiak dah berlecak semua, KAMIL pun tamat dengan jayanya. Sekolah aku dapat lah no2 ha kalau tak silap lah. Eh tapi tak habis centu cincai cincai je. Sape yang johan kene wakil zon pule ke peringkat negeri.

Bila aku dapat tau location untk negeri nya kat mana, aku eksaited gile ah sebab sekolah tu dahlah baru, besau, lawa pulak tu, bau pun, bau baru siap. Ha aku taktaulah pulak ade bau baru siap but who cares?

And then aku dengan sorang geng redaksi lain pun cakaplah kat cikgu kitorang, nanti nak pi sana, kami berdua nak join jika ade kekosongan. Kalau dah sendat padat, takpelah, kami redooo dengan ketentuan ilahi.

Okay tup tup, setelah berjuang hingga titisan peluh dan keringat terakhir, dapat juga kami ke sana. Takyah cakaplah betapa banyak nya dugaan serta liku liku ke simpang ke shortcut nak pi sana. Susah wei. Kejap jadi, kejap tak jadi, camera buat hal lah bagai. Rasa nak fedap tapi hati ni nak jugak pegi sana. Sebab vibes sekolah sana, serious weh lain kalau hang hayati.

Maka aku dan dua insan redaksi lain gagahkan diri menyelit ikut tido dekat penginapan sekolah tu, bas pun kami tibai je duduk mana mana ha lantak pilah, asal dapat gak merasa sampai sekulah itu. Yang orang kata bumi tarbiyah tu.

Masuk je sekolah tu, disambut dengan hakak hakak...eh, akhawat yang bertudung labuh nya masya allah, tudung kitorang labuh juga, tapi takdek lah labuh centu dik non oi! and kaler tudung mereka ade warna putih suci, pink soft dan sebagainya.

Muka bakal zauj pulak, eh silapppp, para akhi akhi pule aduh suci nya muka cam disambut bidadara surga yang kurindukan itu. Macam mas fahri hohohoho. Semuanya berkopiah macam kene gam kat kepala guna stapler gun or glue gun. Tak lekang langsung. Mereka ni pulak kesana kemari bawak tafsir quraan yang kecik tu . Allahu aku rasa iblis sangat bila dikalangan diorang yang para malaikat ni hohohihoho.

okay settle semua penginapan ha bagai semua. Pukul 3 petang centu kitorang dah start pegi premis tempat pertandingan dijalankan. Fuhh klise teruks ayat.

Sekolahnya sumpah lawa wehhh, macam pegi mahkamah syariah or masjid cuma ade banyak bilik or kelas likeeee lawanya dia punya tempat tuuu. Architecture dia tu hhohoho nanges aku nengoknya. Asrama pun masya allah, normally kitorang panggil dorm, tapi diorang panggil bilik! sebab ape? Satu bilik 6 orang je macam dalam uitm tuuuu! Kenapa uitm? Sebab aku dah pernah lah hanto moksu aku ha, kalau nak dicomparekan, sekolah tu memang diorang menang lah. Facility perfek!

Okay habis puji pujian

Then, aku kene tangkap gambo kawan aku sorang ni, syarahan bahasa arab isyhcrml ha peserta wakil sekolah ana. Ha takyah cakap minah ni laju gila macam turbo weh highspeed bahasa arab! Kalah syeikh tiruan!

Alangkah sedihnya, kelas yang jadi premis tu atas sekali weh. Serious aku kene handle like 3 /2 tempat centu. Satu tempat bawah sekali, satu tingkat 2, satu lagi ha atas sekali. Menangis aku nak naik tangga. Nasib aku tahan je sebab ade sekolah lain jugak hoho. Dengan pertolongan sahabot sahabot guwe, seperti BeigBer alhamdulillah, lancar je semuanya hihu.

tapi apabila terkenangkan sekolah lawa ni, i sanggup redah je. Dengan ukiran every tingkat tu macam masjid, rasa tenang je tengok. Tengok budak budak nya yang setiap kali lalu senyum, bagi salam muahahahahh. I love the vibes tho!

Start event malam, ade acara nasyid. fuhh memang setiap kali kamil, nasyid lah paling ditunggu tunggu. Macam ade harta karun  kene campak dari pentas pulak semua orang dok kalut nak tengok nasyid. Nasib baik sedap dan aumm serta mengasyikkan.

As usual, malam aku pakai baju kurung lah nak nampak suci dan anggun pada antum antunna yang ade di sana. Tudung,  tudung labuh sekolah jugeee. No choice lah dik. And masa geng aku dengan bataknya lalu susur gajah dari hostel ke sekolah, aku nampak ex ex sekolah situ yang jujur aku kenal HAHAHAHA hasil stalk dengan jayanya di laman perkongsian gambar di setiap ceruk dunia.

Aku agak terpaku sebab aku dengan geng baru je nak lalu acah acah, 'hey ketepiii kamu semua, kami ade masalah dunia dan akhirat yang perlu kami settlekan' ha centulah.  Tapi Allah lebih bijak merancang. Susur gajah tu dah boleh tukar nama jadi susur semut jelah. Semut je yang muat lalu.

Susur semut itu penuh dengan manusia membeli makanan kiri kanan susur tu. Ha ice kepal lah teh ais dhaka lah air warna warni jalur gemilang semua ade. Takleh blah stall yang ade jual laksa penuh and aku sedih sebab tak dapat merasa.

Pastu tetiba. Aku dengar salah seorang insan dari kalangan ex ex tu, dia caruuuuutttt kuat gila wehhhh! Sumpah terkejut dengar masatu. Tapi aku en cool, so watlek watpis redah je dengan muka macho beserta ayu sebab pakai baju kurung. Kang ade pulak ornag panggil dua alam naya je.

Aku agak terkejut sebab aku ingat sekolah ini pelajar nya maksum sungguh. Yeaps, certain dari mereka tak kenal pun orang femes kat sekolah mereka. Tapi certain pulak, setiap batch ade aweknya tersendiri. Dia depends kat orang jugak. Mula mula aku takleh brain sebab aku adore gila ya amat dengan bumi tarbiyah ni. Maahad tahfiz kalau nak diikutkan.

Tapi sapelah ana untuk judge antum antunna semua. Biarlah depa tanggung sendiri pahala dosa depa. Bukan kita pun yang nak tolong depa jawab kat munkar nakir nanti kan? Tapi tegur jugalah. Okay sweetie? ✨

Malam nasyid tu,  ana bangga dengan sekolah ana, sebab laki pompuan punya nasyid perform boekkkk gilaaa! Ana rasa nak nangess sambil makan ais kepal milo kat tepi susur gajah tu. And luckily dengan izin Allah, dua dua group johan lagi. Maka mereka road to kebangsaan pule. Ha lantaklah depa. Suara semanis madu ni susah juga. Nasiblah suara ana ni lebih manis dijadikan jeruk madu sahaja. Hehehe

Esoknya, bila nak balik, ana betul betul abadikan diri ana dengan maahad tu. Entah bila lagi nak pi kan? So ana snap gambo banyak banyak sampai dslr habis battery and last tu ana dengan teammates ana pekena ais kepal. Nikmat tak terkata lepas berhempas pulas naik tangga cam nak mendaki kejayaan ni. Penat yamaattt. Tapi ana bahagia pun dah cukup. Terima kasih bumi tarbiyah! Sunggu ana terkesan dengan bi'ah kalian! (terkesan jelah, meresap tu taktau lagi)

Oh ya lupe, bfr this kan ade cakap tudung akhawat depa ade warna putih, pink soft lah en?

Untuk tudung warna putih tu, depa belum khatam hafaz quraan lagi. Kira ontheway lah. Bagi yang warna pink tu, means dah tamat hafaz 30 juz quraan. Masya allahhh mereka semua hafizahhh serikandi syurga!  Ade lah dua tiga ketui membe ana sekolah sana. Terkejut lah ana semuanya dah tibai tudung pink! Moga ana mengikuti jejak langkah depa lah hendaknya.

Bagi yang lelaki pulek, beza pada kopiah mereka. Kalau kopiah flat rata je cam rumah flat, tu belum tamat lagilah. Yang kopiah dia ade efek bumbung minangkabau and tajam sikit, ha tu bakal zauj ana. Eh ehe ehehhe tu dah hafiz 30 juz dah. Tepuk dada tanya iman. Iman kat mana?

Asalamualaikum k ciao! Barakallahu fik!










TIML Where stories live. Discover now