Asalamualaikum guys. Lama ceq tak tulis kat sini. 8 hari dah. Ceq dah habis trial pititiga. Trial dini pun. Lega ceq takyah tido lambat lagi.
Ok mari kita start 'aku-kau'.
Memandangkan kita dah bukak topik selepas exam, marilah sama sama membaca sedikit tentang 'what happen after exam' in my version.
*2014*
Masa ni taksilap darjah enam. Ha memang tak silap pun. Zaman noob-noob gitu. Muka pun tak pakai safi ke garnier lagi. Apetah lagi loreal. Sengkek jadinya. So darjah enam en? Ape lagi, upsr lah cerita dia.
Tapi masa aku sekolah rendah, aku ni taklah hot atau pun pemes macam sate kajang hj samuri tu, cuma aku ibarat kuman yang orang taktahu pun kewujudan aku ni. Senang cerita, aku alone.
Pernah aku ade sorang dua kawan. Tak sampai setahun, cari kawan lain. Aku ni type yang kuat cakap dulu. So aku husnudzon, maybe dia rimas kut air liur aku tempias macam waterfall kat muka dia. So aku lepaskan je. Kadang-kadang jeles lah jugak. Jealous itu mesti. Sape je yang tak kecewa patah seribu bila nampak bestfriend kau rapat ngan orang lain kan? So, setelah beberapa tahun aku kene game macam tu, (sebenarnya, takdelah kene game sangat hhiho) aku ambil inisiatif untuk berkawan dengan semua orang. Aku terima lah dia nak rapat sampai nampak macam kembar siam ke, nak cakap pun macam dua tiga meter ke, aku terima. Lama-lama aku dah biasa.
Tapi, ade sorang minah ni dulu, adelah en. Biasa lah kids nowadays. Dia rapat ngan aku start aku dapat jadi top ten dalam batch. Aku mula-mula takdelah pelik sangat. Sebab, sebelum aku dapat perform akedemik sangat, dia pulau tiomankan aku. Kutuk aku depan, belakang,sisi, sudut, semualah. Asal ade aku je mula lah naik tanduk dia. Pergi bisik kat telinga orang la apela. Sakit la hati kan? Pikir budak darjah-darjah takde perasaan ke?
Lepas je exam up2 taksilap, aku dapat lah rezeki lebih sikit. Maybe berkat dia kutuk aku tu, bertambah einstein otak aku jadinya. So aku dapat lah top ten dalam batch. Top ten je. Macam nama aiskrim la pulak kawan-kawan. Start masa tu, dia mula nak cakap cakap ngan aku. Aku balik lambat, dia pun. Dia ajak aku borak. Dia mintak aku ajar macam macam. Aku kan baik dulu plus lurus bendul cam tiang letrik, ikutkan je ape dia nak. Aku kan alone, so bila ade orang nak borak ngan aku ni, tak ke aku rase happy. So aku fulfill semua request dia. Belanja makan kat koop semua lah.
Aku gembira kawan dengan dia. Lama jugak dia try jadi kawan fake aku. Aku ikhlas gila gila kawan dengan dia. Satu hari, dia betray aku. Dia buat aku sampai masuk disiplin punya bilik. Kes pertama aku, buat nama aku tercemar macam kene blacklist tak boleh beli kereta. Cikgu semua dah tak percaya aku dah. Tapi, aku maafkan dia. Aku tak paham kenapa hati aku sesuci lebaran sangat masa dulu. Dia pun dah mintak maaf. So aku pun move on move in and move like jagger. Aku teruskan hidup aku macam biasa. As budak yang nak upsr. Aku kene study hard gila kaw kaw.
Trial upsr
Aku ngan dia sama sama kene chicken pox masa nak dekat upsr. Masa tu lagi sikit sangat dah nak upsr. Aku gelabah lah. Mula mula aku tak tahu pun dia senasib dengan aku, so aku datang sekolah macam biasa. Dia pun tegur aku lagi masatu. Tapi just 'hai hai' and then blah hilang dari radar.Aku cuti lama nak recover dari chicken pox yang masa tu dah tahap kritikal. Naik sampai ke muka, kulit kepala and so on. Aku kalau boleh nak datang sekolah. Tapi muka classmates cam geli sangat tengok aku, so aku absent berhari hari. Taim upsr sebenar baru aku comeback. Ceh macam kpop siket. Tapi masa aku 'comeback' tu, parut still adelah. Cuma dah kering. Kalau parut basah lagi, aku kene kuarantin. And aku taknak pun. Tak dapat feel nak jawab kat dewan. So aku still dapat jawab kat dewan la masatu. Bersyukur gila gila weh.
Yang budak tu pulak, dapat jugak jawab dekat dewan. Tapi masatu dia pelik siket. Tak tegur aku langsung. Aku mula mula tak kesah lah, pegi lantaklah dia, aku pun nak upsr straight a. Ha zaman noob punya pemikiran memang pentingkan diri sendiri.
Back to budak tu, dia lama lama makin menjadi-jadi. Tak tegur itu takpe, ni nak jeling jeling aku. Aku pun kerek kuasa dua lah kat dia. Pastu perangai lama dia datang balik. Makin teruk. Sampailah result upsr keluar.Dia senyum. Aku senyum la balik. Aku borak borak dengan Izzah,Fatini, Aina ha semualah. Tapi dengan dia aku jadi awkward. We used to be a bestfriend but, keadaan berubah. Jujur, sampai sekarang aku taktau ape masalah dia masatu. And aku taknak lah ungkit. Nanti lagi teruk jadinya. Masa result keluar, alhamdulillah. Menangis ayah, nama anak dia kene panggil naik atas pentas. Dia terus datang dengan muka gembira habis duduk sebelah aku. Aku pun senyum kat dia. Aku harap lama lah dia duduk sebelah aku ni, sebab aku nak tanya pasal benda tu, tapi dia terus blah lepas cakap congrats dengan peluk. Camtu je. Ok takpe.
Masuk sekolah menengah yang aku dapat second intake tu, muka dia lain macam gila. Tak senyum, tak tegur, pandang pun macam nak terkeluar bijik mata. Aku buat muka comel karang takut ade yang tergoda, so aku pendam je. Aku ingatkan benda ni dah habis, belum rupanya.
Tapi lama lama kitorang dah ok sebab masing masing kepala otak tak senget macam dulu. Semua pikir dah kedepan. Tak geli geli nak jeling -jeling pastu nak ngumpat-ngumpat. So perkara sayyi'at dah dilupuskan. Aku dengan dia dah ok. Tegur mesra gila, cakap dah banyak. Cuma kitorang tak rapat lah. Kelas pun lain lain. Alhamdulillah lah jugak, aku takleh imagine kalau sama kelas dengan dia, sebab taktau nak cakap ape, react ape. Awkward still ade bro. Cuma dah sikit. Ha tu jelah kot cerita 'what happen after exam' version aku.
So moral of the story is(adeke moralnya agagag) ; tak kisah lah hang siapa, ingat asal usul hang. Hang berjaya sebab siapa? Kalau takde orang yang hang dok melekat 24 jam tu, adeke hang jadi camni sekarang? Pikir pikirkanlah(biar suspen siket la lol)
A/N: jikalau wattpader wattpaders semua ade ig. Silalah comment username anda. Saya berkenan mahu follow dan menjadi pengikut setia anda. Marilah. Sementara saya bersama-sama mood saya. 😊👌
YOU ARE READING
TIML
RandomTrash talk with the kiddo me, smh i was fifteen and dumb back then but dumber now Start : long time ago End : unlimited