Petang.

3.5K 135 24
                                    

Bangun pagi pada pukul sembilan memang memeningkan kepala. Tapi bagi Suraya itu adalah rutin hariannya. Malam harinya terganggu dengan tangisan si kecil Aqila yang mahukan susu. Suraya terpaksa bangun memandangkan Aqila hanya minum susu badan.

Matahari sudah terpacak tegak menandakan tengah hari yang membahang panas. Aqila bermain bersama-sama Khaira,anak kepada kakak iparnya. Bergelak ketawa dan berlari ke sana-sini. Suraya tidak menghiraukannya. Hatinya gembira dengan bunyi bising itu. Bahagia apabila melihat si kecilnya riang.

➰➰➰

Malam itu hujan lebat turun dengan begitu garang. Atap terasa bagai di hempas batu yang besar. Suraya sesekali merenung ke luar tingkap bila bunyi kilat menyambar sesuatu. Bimbang jika pokok-pokok yang di tanam di sekeliling rumah tumbang di panah kilat. Suaminya masih belum pulang lagi dari menghantar bekalan Tokey Ah Kiat. Suraya duduk menghadap tingkap. Angin kuat menyerbu tiba-tiba membuatkan bumbung dapur terangkat dan menghempas kuat. Bergegar rumah seketika. Suraya memeluk erat anaknya. Kakak ipar bersama suami dan anaknya masing-masing terlena di ruang tamu. Tidak menyedari apa yang berlaku. Mungkin tidur mati agaknya.

TOK TOK TOK!
TOK TOK TOK!

Pintu rumah di ketuk bertalu-talu. Suraya lekas bangun ingin membuka pintu.

"Abang ke tu?" Soalnya.

"Astargfirullahalazim...!! Abang la ni..cepat la bukak pintu. Hujan lebat ni.!" Suaminya menjerit di luar.

"Eh? Lori mana?" Suraya menyoal kerana melihat tempat meletak lori mereka kosong.

"Ooh...abang suruh Ajib pakai. Rumah dia kan jauh sikit. Esok dia datang ambil abang."

"Emm..ingatkan rosak." Suraya mengunci pintu rapat-rapat.

"Tak rosak pun....awak masak apa? Saya lapar ni." Suaminya melangkah ke dapur.

Suraya ikut sama.

"Abang mandi dulu nanti saya panaskan lauk." Tubuh suaminya di tolak masuk ke dalam bilik air.

"Yelah. Yelah..."

➰➰➰➰

"Bumbung dapur tu terangkat malam tadi. Nasib baik tak tercabut. Hujan lebat,angin kuat..heee...takut saya malam tadi,bang. Kilat pulak tu. Saya kerja dok menilik kot tingkap je. Kot-kot terkena pokok durian tepi rumah. Takut patah kena rumah je." Bihun goreng di cedok dan di hulurkan kepada suaminya.

"Nanti abang tengokkan bumbung tu. Barang dah lama tak tukar..meragamlah dia. Dah tak kuat." Sambung Salim. Adik iparnya.

"Memanglah dah tak kuat..sebab yang berkerjanya aku sorang..yang nak makannya banyak..gaji aku pun cukup-cukup je nak belanja rumah. Yang kau tak tolong tengokkan tu kenapa?"

Salim terkebil-kebil di perli abang iparnya. Suraya mengangkat kening ke arah Salim. Adiknya memang pemalas. Dah ada anak pun masih tak reti fikir.

"Ala Abang Din..saya gemok la..mana sesuai nak panjat-panjat ni..nanti tak pasal-pasal roboh terus." Salim menyuap Bihun goreng dengan lahap.

Suraya mencebik geram.

"Kalau dah tau diri tu berat...pergilah cari kerja.. ada jugak faedahnya.. ni tak...menambahkan lemak lagi adalah...aku bukan suruh kau panjat..aku suruh kau cari kerja..dapat gaji bagi sikit kat aku..nanti aku tambah untuk baiki bumbung ni.." Nordin mengangkat pinggannya yang sudah kosong ke sinki. Dia membasuhnya sendiri. Memang sudah menjadi kebiasaan baginya untuk mencuci pinggan makannya sendiri. Didikan ibu dan ayahnya di ikuti hingga ke tua.

"Abang dah nak pergi?" Suraya menyoal sebaik sahaja melihat Nordin mula mencapai topi Nikenya.

Nordin hanya mengangguk.

PIN!! PIN!! PIN!!

"Haa...sampai pun Ajib. Abang pergi dulu." Nordin menyarung kasut butnya di muka pintu.

"Kau Lem, basuh pinggan tu. Jangan makan je pandai! Orang dah masak tu bersyukur sikit.!Pergi cari kerja. Buat anak pandai. Nak bagi makan tak pandai. Assalamualaikum!" Sempat Nordin menjerkah Salim di muka pintu.

Salim terdiam malu. Wajah kakaknya di pandang tidak puas hati.

"Laki kau tu kak...ada masanya nanti tu.." Salim menjeling kakaknya.

"Ha..memang ada masanya. Masa dia hilang sabar dengan kau. Bila nak kerja? Dah dekat setahun dah kau tak kerja. Rumah aku ni bukan pusat kebajikan tau. Aku peduli apa kau adik aku ke...laki si Misah ke...pergi cari kerja.!" Suraya menutup bihun goreng dengan tudung saji.

Salim ternganga. Tidak menyangka kakaknya akan berkata begitu.

"Pinggan basuh sendiri. Tak da orang gaji tau dalam rumah ni!" Suraya bergerak ke mesin basuh. Baju-baju yang sudah di keringkan di masukkan ke dalam bakul untuk di sidai di luar rumah.

"Huh.!" Pinggan di tolak kasar. Salim menjeling geram.

Kau tunggu je lah..ada masanya nanti kau rasa macam mana aku rasa!

Salim mengepal penumbuknya. Pinggan bekas makan di bawa ke sinki dan di cuci ala kadar.

➰➰➰➰

"Kau ada nampak Hafiz tak?" Doha yang enak mengunyah karipap terhenti kunyahannya. Berkerut kening berfikir.

"Tak da pulak. Kenapa?"

"Dah dua hari tak datang kelas mengaji. Demam teruk kena sakat aku dengar cerita." Terangguk-angguk dagunya bercerita.

"Eh? Biar betul..tak kan anak Pak Imam lemah semangat kot..kalau kita ni tak kata la...ilmu di dada pun ada sehelai muka surat je." Doha menghirup air kopi pekatnya. Matanya tak lekang dari menatap wajah Malik di hadapannya.

"Kau ingat anak Imam tu kuat semangat semua? Dia pun manusia jugak...apa la kau ni.." Malik menjeling geram.

"Petang nanti kita pergi melawat dia nak?" Doha tiba-tiba menyuarakan hasratnya. Malik yang baru sahaja mencicip air kopi terhenti sirupannya.

"Haa....macam tu lah kawan..ok boleh. Petang ni pun aku tak ada game. Boleh la tu. Bawa pisang pun cukup la kot?" Malik kembali menghirup kopinya.

"Boleh sangat..nanti kau bawak pisang..aku bawak roti." Doha sudah terbayang kedai runcit ibunya yang akan di serbu selepas ini.

Malik mengangguk. Dia bangun mencapai kunci motornya.

"Weh? Nak gerak dah ke? Kopi tak habis lagi pun?" Doha hairan.

Malik tersengeh-sengeh sambil menghidupkan motonya.

"Kau lupa ke? Aku mana oder apa pun..tu air kopi kau...hahahahahaha!!!" Malik menjerit dan terus meninggalkan Doha yang ternganga.

"Celaka kau!!" Sumpah Doha seorang diri.

Patutlah sedap sangat minum.. bahlol punya Malik.!!!

Semua orang di dalam kedai itu tersenyum memandang Doha.

"Tengok apa?!!! " jerkah Doha.

"Tengok hang la kena bodoh dengan kawan... hahahahahha" sahutan dari seorang pengunjung kedai di sambut ketawa beramai-ramai darinyang lain.

Doha capai surat khabar di atas meja dan merenyuk sepuas hati.

Tak guna korang semua!

Mata KeraWhere stories live. Discover now