Razi terduduk. Matanya tidak berkalih dari melihat Ajib yang terhinggut-hinggut menangis. Suhana isterinya pula pengsan tidak sedarkan diri. Dua orang kakak Aliya sedang memangku Suhana.
"Aliya.. maafkan abah. Abah terlupa nak ambik Aliya petang tu." Razi menghampiri Ajib. Tangan Ajib di genggam erat. Ajib menangis hiba.
"Ampunkan Aliya,bah. Aliya rindu semua. Kak long.. kak ngah..Aliya minta maaf." Tubuh Ajib melonglai lalu rebah ke riba Razi.
"Aliya?" Razi menggerakkan bahu Ajib. Belum puas rasanya dia bercakap dengan roh anaknya. Gelang kaki milik anaknya di genggam kuat. Razi menangis teresak-esak.
Adira dan Anisa turut mengalirkan air mata. Sedih dengan nasib yang menimpa adik bongsu mereka.
➰➰➰
Subuh-subuh lagi mereka berempat sudah terpacak di hadapan rumah Razi bersama cangkul di tangan. Nordin tersenyum melihat Ajib. Bibir Ajib membiru kerana terlampau sejuk. Kabus-kabus putih masih lagi menguasai kebun getah itu.
"Mana diorang ni,bang? Saya dah nak beku ni." Bisik Ajib pada Nordin.
Nordin tersenyum.
"Sabarlah..biar diorang tenangkan diri dulu. Ni saat yang susah nak di tanggung oleh keluarga ni. Kita kena tunggu ketua kampung juga ni."kata Nordin.
Pintu tingkap rumah terkuak sedikit.
"Jemput naik dulu. Pintu tak berkunci." Suhana menjemput ramah. Namun mata yang bengkak itu sukar untuk di sembunyikan. Nordin berasa sesikit kekok. Tidak dapat dia membayangkan apa yang bakal di hadapi oleh mereka nanti.
"Jemput minum.. kopi dengan cucur pisang je ada."pelawa Razi yang muncul dari dapur bersama seteko kopi.
Mereka berempat mengangguk serentak. Ajib terus menyambar cucur pisang yang masih panas di piring. Balik sahaja dari rumah Razi malam tadi dia memang tidak sempat untuk menjamah apa-apa pun. Kepalanya terasa begitu pening. Letak sahaja di bantal dirinya terus terlena hingga ke subuh.
"Kita tunggu ketua kampung dahulu. Tak lama lagi sampailah tu. Tadi saya ada jumpa dia kat surau." Ustaz Baharom bersuara memecah sunyi. Semua mengangguk kecuali Ajib yang terkunyap-kunyap mengunyah cucur.
Bunyi motorsikal memecah kesunyian mereka berempat. Ajib yang duduk di tepi tingkap bangun untuk melihat siapa yang datang.
"Ketua kampung dah datang.!" Razi muncul tiba-tiba dari dalam bilik.
"Ooo.." Ajib terangguk-angguk. Keningnya berkerut apabila mata Razi tidak berkalih dari melihat wajahnya.
"Kenapa,pakcik?" Soal Razi. Jarinya di sentuh ke pipi dan hidungnya. Razi tersenyum nipis.
"Tak ada apa-apa...cuma suka tengok kamu makan. Penuh pipi tu." Balas Razi. Bahu Ajib di usap lembut. Namun dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa dia terlalu rindukan anak bongsunya itu.
"Assalamualaikum!" Kepala ketua kampung terjenguk di muka pintu.
"Waalaikumsalam..jemput masuk. Makan dulu."pelawa Razi.
Ketua kampung tersenyum. Bersamanya dua orang pemuda yang dalam lingkungan dua puluhan.
"Tak mengapalah. Saya tak biasa makan awal pagi." Tolaknya. Razi mengangguk faham.
"Bang..boleh saya ikut?" Pinta Suhana. Razi memandang Ustaz Baharom untuk meminta izin.
"Saya takut puan tak kuat semangat." Balas Ustaz.
"Tapi dia anak saya,ustaz. Bagilah saya ikut.. tolonglah. Saya nak tengok sendiri." Air mata mula mengalir dari mata yang sudah membengkak itu.
Masing-masing terdiam. Suhana mengalih pandangannya pada Ketua Kampung. Serba salah orang tua itu di buatnya.
"Baiklah..tapi kalau jadi apa-apa jangan salahkan kami." Keluh ketua kampung.
Suhana sedikit tersentap dengan balasan ketua kampung. Oleh kerana dia terlalu ingin melihat keadaan Aliya maka perasaan terguris itu di ketepikan.
➰➰➰
"Bang Din." Ajib berhenti tiba-tiba.
Nordin berpaling dengan wajah yang sudah di hiasi titik peluh.
"Saya macam pernah ke tempat ni,Bang Din. Tapi saya tak tahu bila." Ajib melangkah lambat-lambat. Kepalanya meliar ke kiri kanan.
"Betul ke? Kau ada ingat apa-apa lagi tak?" Soal Nordin.
Mereka berdua berjalan sedikit perlahan dari yang lain.
"Saya ingat ada pondok kat dalam kebun ni. Tapi....tak ingat arah mana."berkerut-kerut keningnya cuba mengingati.
"Selawat banyak-banyak. Jom." Bahu Ajib di pautnya agar langkah mereka tidak terlalu jauh dari yang lain. Ajib masih lagi dengan kening berkerutnya.
"Bang Din!" Ajib berhenti tiba-tiba. Tubuhnya membeku.
"Kenapa?"
Ajib memgangkat tangannya lalu menunjuk ke arah sebuah pondok kayu. Pondok yang sudah bersemak dan berlumut. Berdirinya juga sudah tidak tegak lagi. Menunggu masa untuk tumbang ke bumi sahaja.
"Ajib!" Jerit Nordin pabila Ajib tiba-tiba berlari laju ke arah pondok itu.
Ketua kampung dan yang lain bergegas mengikut Ajib.
Tanah yang basah di korek laju dengan tangannya.
"Ajib!" Nordin terkejut. Ajib sepertinya kerasukan lagi.
"Jib!" Panggil Nordin lagi.
"Saya dah ingat Bang Din.! Ada kat sini benda tu.!" Semakin laju tangannya mencakar tanah.
"Biar saya guna cangkul." Razi juga semakin panasaran.
Ajib mengangguk dan memberi ruang.
KRAK!
Hanya sekali hanyun mata cangkul sepertinya terkena sesuatu. Razi berhenti. Di kuisnya perlahan-lahan mata cangkul ke tanah.
"Beg sekolah Aliya bang!" Jerit Suhana tiba-tiba.
Beg sekolah berwarna biru itu di tarik keluar. Suhana terjelopok ke tanah. Menangis sambil memegang beg sekolah Aliya.
"Tali beg putus." Semua mata kembali tertumpu kepada Ajib.
Nordin menelan air liur. Lain benar rupa Ajib ketika itu. Nampak lebih matang. Wajahnya berkerut-kerut berfikir.
"Ya..tali dah putus."ketua kampung mengambil beg di tangam Suhana dan membeleknya. Zip beg di buka. Semuanya masih seperti asal. Buku-buku dan kotak pensilnya tidak terusik. Cuma tali beg sahaja yang putus.
Ajib bangun melangkah ke belakang pondok. Dia mundar-mandir di situ beberapa kali.
"Saya ingat,Bang Din! Tapi...ergh!" Ajib menampar dahinya. Geram kerana imej yang tercipta di mindanya agak kabur. Sukar untuk di lihat.
"Sabar,Jib..pelan-pelan...cuba selawat." Bahu Ajib di usap lembut. Nordin juga di landa kehairanan. Bagaimana Ajib boleh mengetahui semuanya sedangkan Ajib tiada di tempat kejadian?
"Gelang! Gelang kaki tu!" Ajib berteriak kuat. Tangannya pantas di seluk ke dalam poket seluarnya. Gelang kaki itu di amati betul-betul.
"Gelang kaki ada Aliya sepasang."celah Razi tiba-tiba. Hatinya juga semakin takut dan bercampur baur setelah penemuan beg sekolah anaknya. Tidak dapat di gambarkan bagaimana keadaan mayat anaknya nanti. Siapa yang sanggup menjadi binatang membunuh anaknya? Hatinya bengkak. Menunggu masa untuk meletup.
"Saya ingat tapi...tak jelas. Saya kena heret. Tak tahu arah mana.!" Ibu jarinya di cubit berkali-kali.
Nordin faham benar dengan kelakuan itu. Itu tandanya Ajib sedang buntu. Tabiat Ajib yang sudah terpahat dalam otaknya.
"Kita cari dahulu di sekitar pondok ni. Mana tahu kita jumpa petunjuk lain."cadang ketua kampung. Ketua kampung yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati mula bersuara.
"Mari. Kita cari sebelah sini. Kamu dua orang ke sana. Razi,kau dengan Suhana pergi cari ke kanan. Ingat.! Jumpa apa-apa terus panggil kami. Jangan ambil tindakan sendiri. Ini dah jadi kes polis.. faham?!" Pesan ketua kampung. Semua mengangguk setuju.
YOU ARE READING
Mata Kera
HorrorKata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Tiada yang mustahil. Tak begitu? Menjadi persoalannya... Siapa yang mulakannya?? Siapa?? Siapa?? Yang...