"Salim,abang ipar kau tu tak ada kerja kosong ke?" Salim yang leka menggulung rokok daun terhenti olahnya. Dia menjuih bibir.
"Ada tu ada...tapi aku tak nak la kerja dengan dia. Duduk serumah pun dah cukup kena perli ni nak kerja pulak dengan dia. Bernanah telinga aku tau." Cuping telinganya di tarik-tarik.
Manaf tersenyum sinis.
"Habis tu yang kau dok melepak kat kedai aku tiap hari mata aku tak sakit ke? Mata aku ni kalau dia ada mulut memang dia dah menjerit dah bila nampak kau muncul. Hahahaha..." Manaf ketawa mengejek.
Salim merenung tajam wajah Manaf. Pemetik api dan bungkusan rokok daunnya di simpan ke dalam beg.
"Kalau tak suka aku datang bagi tahu awal-awal. Tak payah nak berbahasa basi dengan aku. Ok tak pe.! Aku takkan datang lagi kedai kau mulai esok. Aku pun sakit mata jugak tengok gigi jongang kau tu! Puih.!" Salim meludah ke tanah dan berlalu pergi.
"Amboi? Jongang ni la yang lagi berjaya daripada kau tau! Kau tu apa ada? Lemak je banyak. Blah la kau!" Tengking Manaf.
Salim menonggek punggungnya pada Manaf dan berlalu pergi dengan motornya.
"Tak guna punya lemak!" Maki Manaf lagi.
Tergeletik tubuhnya kegelian dengan gelagat Salim tadi.
Tolongggglah!
➰➰➰
Matahari terik terpacak di langit memanaskan tanah di bumi. Burung-burung mula mencari tempat teduh dari cahaya terang. Merehatkan kepak yang penat terbang. Nun di bawah pokok nangka Badrul tersandar kepenatan. Matanya sesekali menjeling ke pintu belakang kedai ibunya.
"Kalau aku yang jaga kedai mesti banyak orang. Apesal eh? Muka aku ni muka murah rezeki ke?" Tahi lalat di dagu di tonyoh-tonyoh.
"Hmh....mungkin kot..kalau la rezeki aku ada kat si Fazura tu.. awwww.." Badrul tersengeh-sengeh seorang diri. Menari bersama Fazura si artis sungguh indah.
"Anak bertuah! Hoi...masuk balik!" Ibunya sudahpun bercekak pinggang di hadapan pintu.
"Haduhhh....!" Ranting di tangan di baling kasar. Dengan rasa malasnya dia melangkah ke arah ibunya.
"Ni! Pergi ambik oder. Orang tengah banyak ni jangan nak mengelat.!" Pen dan buku nota kecil di letakkan di tapak tangannya. Badrul mencebik dan berlalu pergi.
Fatimah memerhati ke arah pokok nangka tadi.
"Kau jangan cuba-cuba nak kacau anak aku.. aku bakar kau nanti!" Matanya menjegil garang. Entah pada siapa yang dia marahkan. Tapi yang pasti matanya tepat ke arah pokok nangka yang tumbuh besar itu.
BAM!
Pintu di tutup rapat. Pokok nangka tidak semena-mena bergoyang seperti di goncang sesuatu.
➰➰➰
"Abang,susu Khaira dah habis la.." Khamisah muncul di muka pintu bilik. Salim yang baru hendak melelapkan mata merengus kasar.
Cis!Baru je bergaduh dengan Manaf. Gila ka apa nak pergi menyorong pipi kat situ.huh!
Salim pekakkan telinga. Wajah Khamisah mulai masam. Perut buncit suaminya di pandang geram.
"Abang dengar tak ni?!" Perut Salim di tampar kuat. Puas hati.
"Aduh! Sakitlah. Apa awak ni? Pergi beli sendirilah. Nah kunci.!" Marah Salim. Kunci di lemparkan ke paha isterinya.
"Pemalas! Buat lemak je pandai. Susah-susah sangat biar saya jadi lelaki awak jadi perempuan. Duduk rumah jaga anak. Biar saya berkerja. Diploma saya pun tak terguna lagi. Boleh juga dapat kerja bagus. Nak harap UPSR awak tu? Hmh..terima kasih je lah!" Khamisah berlalu setelah puas memberi kata nasihat.
Salim terkebil-kebil. Malu dan marah bercampur-baur. Akhirnya dia bangun dan merenung tingkap. Nafasnya di hela perlahan.
Salah aku juga..dulu mak suruh sekolah aku tak nak. Hemmh...sekarang ni?menyesal tak sudah. Nasib baik si misah tu penyabar. Tapi aku nak kerja apa...UPSR aku pun tak laku. Hmmh...
Bak kata pepatah..sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tiada guna. Begitulah yang di rasakan oleh Salim sekarang ini. Isterinya Khamisah memang pandai. Belajar hingga ke U. SPM pun banyak A. Tapi agak kurang cerdik dalam memilih suami. Akhirnya hidup susah dan makan hati dengan laki pemalas.
"Kroohhhh..kruhhh..krooohhhh...."Salim tidur ternganga di tepi tingkap.
➰➰➰
"Kau gelakkan aku,Doha? Tak pe. Aku doakan semoga kau jumpa King Kong tu sampai lari tak cukup tanah. Aminn.."
"Aminn." Malik turut menadah tangan mengaminkan doa Hafiz. Doha masih lagi cuba berlagak jantan. Tersenyum sinis.
Heh! King kong konon..ni king kampung Tanjung la! Celah gigi je!
"Orang beranilah katakan....hahahahah." Malik dan Hafiz bantai gelak sepuas hati. Tiada yang lebih faham perangai Doha selain dari mereka berdua. Dan bila masanya tiba nanti,mereka berdua akan menjadi orang pertama yang menolong.
Ya,tolong gelak.!
➰➰➰
Petang dengan angin yang lembut menampar tubuh. Melayukan mata yang termenung di kaki tangga. Memejamkan sementara mata yang penat. Badrul ternganga lena di pangkin bawah rumah. Fatimah pula sudah berdengkur di atas sofa. Tidak di pedulikan apron yang masih tergantung di tubuh. Penat yang terlampau penat.
Pelanggan melebihi jangkaan hari ini. Fatimah terpaksa memasak lauk yang sama hingga tiga kali hari ini. Nasib baik Tokey Ah Kiat sanggup menghantar bekalan ke kedainya tanpa banyak soal hari ini.
"Kalau hari-hari macam ni boleh kaya cepat ni. Mati pun cepat jugak." Badrul mengeluh dengan setengah mata terbuka.
➰➰➰
"Kak Dah kau dah bersalin kelmarin. Tak nak jenguk ke?" Zainab bertanya tanpa memandang wajah anaknya.
"Lah? Bukan lagi dua bulan ke mak?" Hafiz terkejut. Terbayang-bayang di matanya Dania yang gembira menyambut adik barunya.
"Seronoklah Dania..jangan-jangan dah tak ingat kat Fiz mak." Hafiz muncung seorang diri.
"Hafiz ni..tak baik tau fikir macam tu. Dania tu nak je dukung adik dia bawa ke sini nak tunjuk kat Hafiz tau." Balas Zainab.
Hafiz terkejut. Malu menerpa dirinya.
"Hafiz nak bawa apa kalau pergi ziarah orang bersalin mak?" Hafiz menggaru dagu.
Belakang ibunya di perhati lama. Zainab berpusing dengan pinggan berisi ikan goreng.
"Nanti tolong mak cabut serai dengan cari daun pandan. Boleh buat mandi Kak Dah kau. Rasanya sirih pun dah habis kot. Hari tu mak bagi sikit je. Nanti kita cari sirih sekali,ya."
"Boleh. Tapi...makan dululah mak. Orang lapar la.." Hafiz merengek manja. Umur sudah lapan belas tahun pun masih manja lagi. Adat anak bongsu katanya.
➰➰➰
Kedai runcit Manaf kembali riuh setelah petang menjelma. Anak-anak pulang sekolah kafa berpusu-pusu menyerbu peti ais. Aiskrim satu malaysia menjadi pilihan. Isteri Manaf memang pandai mencuri hati kanak-kanak. Pelbagai jenis perisa ada. Dan yang paling terbaru hasil dari melihat fesbook ialah aiskrim chocky-chocky susu. Sungguh menjadi kegilaan hinggakan ada ibu-ibu yang sanggup menempah dahulu sebelum datang ketika mengambil anak pulang sekolah."Ros...esok aku oder lagi sepuluh ringgit tau. Kebetulan anak saudara aku dari johor nak datang. Aiskrim kau sedap sangat Ros." Puji seorang pelanggannya.
Rosmah tersenyum sambil mencatit di buku 'aiskrim gempak' nya. Malam nanti dia akan mencari lagi resepi baharu untuk di letakkan dalam petis ais kedainya.
"Haih...senangnya nak buat duit di kampung." Rosmah tersenyum gembira melihat peti aisnya kosong.
"Rezeki...rezeki.."
YOU ARE READING
Mata Kera
HorrorKata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Tiada yang mustahil. Tak begitu? Menjadi persoalannya... Siapa yang mulakannya?? Siapa?? Siapa?? Yang...