Hujung Nyawa.

997 91 37
                                    

Azan Zohor mula berkumandang menyelit di celah-celah bisingnya kota raya lalu menyentak hati mana-mana hamba yang masih taat pada perintahNya. Lalu bersegeralah hamba-hamba yang taat meninggalkan kerjanya menuju ke tempat solat masing-masing.

Nun di sebuah perumahan terbengkalai,Mira terlentang berlumuran darah. Kaki kirinya sudah membengkak dan mula menanah di setiap jari kaki. Dia meraung penuh kesakitan. Semuanya sudah berakhir. Dia telah di tewaskan dengan teruk sekali malam tadi. Semua yang di 'campak' pada Amin,Vinu,Firdaus,Wahab,Gulsan dan Indra telah kembali padanya semula. Serangan bertubi-tubi dari setiap pihak tidak terlawan olehnya. Usus kering sudah habis di kunyah. Semuanya sudah di gunakannya untuk melawan Lebai Kholid dan Ustaz Bahrain. Letong yang di suruh mencari Karissa pula telah di 'bunuh' oleh Pak Husni. Muntah darah Mira di buatnya. Tubuhnya tercampak lalu menghentak dinding konkrit.

"Arghhhh!!" Dia meraung seorang diri. Sakit kepala mula menyucuk-nyucuk. Kalah teruk tapi dendam tetap menyala.

"Uhuk,uhuk,uwekkk!" Tersembur darah dari mulutnya. Dadanya di cengkam kuat. Rasa seperti di tikam berkali-kali di bahgian dadanya. Mira mengerekot dalam sakit. Buku limanya di genggam kuat. Terasa sakit sekali hingga air mata mula mengalir.

🌷🌷🌷

"Adik saya macam mana,Ustaz? Dia masih hidupkah?" Qhasidah di landa kerisauan bila Faroq yang tadi rancak melawan tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

"Wallahhua'lam,Kak." Ustaz Bahrain menundukkan pandangan.

Nafas leganya terhembus lembut. Semuanya sudah tamat. Terima kasih di kirimkan pada hamba Allah yang telah sama-sama membantunya melawan Mira tadi. Semuanya berjalan lancar. Sekarang mereka hanya perlu mencari di mana Mira berada sahaja.

🌷🌷🌷

Elina berjalan meninggalkan tanah perkuburan sambil di papah oleh Satna. Kubur milik suami dan madunya di toleh buat kali terakhir. Hatinya terasa lapang setelah meluangkan masa di situ. Semua yang ingin di ucapkan di luahkan tadi. Banyak dosanya pada mereka berdua. Kini dia hanya ingin mengembalikan apa yang bukan miliknya. Semuanya di serahkan seikhlas hati. Dalam setiap sujudnya dia berdoa agar dia sempat memperbaiki kesalahannya dahulu.

🌷🌷🌷

"Kak Dah! Tolong aku,Kak! Kak....!" Mira meraung-raung dengan tubuh berlumuran darah dan penuh luka.

Qhasidah berusaha melepaskan diri dari ikatan tali di tubuhnya. Air mata mengalir melihat derita adiknya.

"Lepaskan aku! Jangan buat adik aku macam tu! Tolonglah...Mira...!" Qhasidah merayu yang pada siapa pun dia tidak tahu. Hanya dia dan Mira sahaja yang berada di situ. Tubuh Mira tiba-tiba tertiarap bagai di pijak seseorang.

"Aaaa! Sakit,sakit,sakit!"Mira meraung sambil menepuk-nepuk lantai. Tubuhnya bagai di sepak seseorang. Tersentak-sentak lalu terdorong ke belakang.

"Berhenti! Tolong jangan buat adik aku macam tu...tolonglah..." Qhasidah merayu sambil melingas ke sekeliling. Dia tidak tahu pada siapa dia merayu.

"Ya Allah....ampunkanlah dosa adikku,Ya Allah..aku mohon padamu,Ya Allah...ampunkanlah adikku..." Qhasidah menangis dan menangis. Sakit Mira,sakitnya juga.

"Kak Dah tolong aku,Kak Dah...tolong aku..."perlahan-lahan tubuh Mira menghilang dalam gelap.

Qhasidah melaung nama Mira berkali-kali. Adiknya telah lesap di depan matanya sendiri.

"Miraa!!" Tubuhnya tersentak dengan mata terbeliak.

"Dah!" Brahim menepuk pipi Qhasidah. Dari tadi dia berusaha mengejutkan Qhasidah yang meracau tak henti-henti. Qhasidah terkebil-kebil memerhati kawasan sekeliling. Baru dia sedar yang tadi hanyalah mimpi. Wajahnya yang basah dengan peluh di raup segera. Matanya jatih pada wajah risau suaminya.

"Mira,bang."hanya itu yang mampu di lafazkan sebelum terhambur tangisannya.

"Sabar,Dah...banyak-banyak istirgfar..."pujuk Brahim.

🌷🌷🌷

"Winter! Winter come back!!" Seorang budak lelaki cina sedang berlari mengejar seekor anjing bebulu putihnya yang terlepas dari kandang.

"Winter,No!" Dia tidak jadi melangkah apabila anjingnya memasuki kawasan perumahan terbiar di hujung lorong.

"Oscar!" Namanya di panggil seseorang.

"Winter's in that house,Dad." Jarinya menunjuk ke arah rumah kosong terbabit.

"Apahal ni,Chan?" Jalil menongkat motornya di luar pagar. Hairan pula dia melihat dua beranak itu berdiri menghadap perumahan kosong di tepi rumahnya.

"Anjing aku masuk dalam tu. Tali terlepas la,Jalil." Chan menunjuk tali di tangan anaknya. Jalil mengangguk faham.

Raf! Raf! Raf!

Bunyi salakan Winter bergema dalam ruangan kosong. Chan dan Jalil berpandangan sesama sendiri.

"Something's wrong,Dad. I can feel it." Oscar melangkah terlebih dahulu. Rasa bimbangnya pada Winter tidak dapat di bendung lagi. Bimbang Winter di cekik oleh Mat gian di dalam rumah itu.

"Oscar wait." Chan menahan bahu anaknya. Jalil juga berhenti melangkah. Hidung masing-masing sudah kembang kempis terhidu bau busuk.

"Aku rasa ada benda tak elok dalam tu. Baik kita talifon polis,Chan." Kata Jalil.

"Oscar balik call polis dulu. Daddy and Uncle Jalil cari Winter."arah Chan pada anaknya. Oscar mengangguk dan segera berlari pulang.

"Allahu Akhbar..."

"Oh Lord..."

Kedua-duanya terkejut besar.

🌷🌷🌷

Kawasan perumahan yang terbiar dahulunya kini di penuhi orang awam dan pasukan polis. Penemuan mayat wanita yang sudah berulat menjadi berita utama malam itu. Ada yang mengatakan bahawa mayat itu milik penagih dadah yang selalu ke situ untuk melepas gian. Ada juga yang kata ianya milik orang indon yang mati bunuh diri.

Tapi yang pasti...mayat berulat itu ialah Mira. Dendamnya sampai mati. Matinya dalam keadaan yang sungguh menyedihkan. Seorang diri. Tersiksa dan terbiar. Sungguh menyedihkan. Segalanya sudah berakhir baginya. Dendamnya hingga ke hujung nyawa. Setiap insan sudah di tulis bagaimana cara kematiannya. Dan Mira? Matinya dalam syirik.

🌷🌷🌷

"Ini Mira Cendana. Anak Mira yang Jubin selamatkan." Ustaz Bahrain menunjuk ke arah Cendana.

Qhasidah ternganga. Terkejut besar dirinya. Air matanya mengalir tanpa di minta. Wajah Cendana seiras benar dengan wajah Mira. Lantas tubuh Cendana di rangkulnya lalu di peluk erat. Tangisannya sudah tidak dapat di tahan lagi. Brahim tersenyum bersama Damia dan Luqman. Amanah ini akan mereka jaga sebaiknya.


Mata KeraWhere stories live. Discover now