Lepas.

925 75 19
                                    

Bunyi tangisan Karissa masih kedengaran di dalam bilik rumah Flat itu. Baru sebentar tadi Delilah di heret oleh Mira. Tidak lama kemudian terdengar raungan Delilah berserta ketawa besar Mira. Menggeletar tubuhnya dalam ketakutan. Ya,bila-bila masa saja dia akan menjadi santapan peliharaan Mira. Karissa menangis tersedu-sedu. Matanya meliar ke segenap ruang dan akhirnya jatuh pada sesuatu yang sedang bersinar. Meja solek yang elok berdiri tadi telah terkena tendangan Delilah ketika dia meronta. Kepit kuku yang terlindung di bawah rambut palsu di kuis dengan hujung kaki. Sedaya upaya dia berusah akhirnya berjaya. Kepit kuku tadi di genggam kemas. Perlahan-lahan dia membuka pengasah kuku lalu di sagat pada tali di tangannya.

DUM!

Bunyi pintu di hempas mengejutkan Karissa. Kepit kuku tadi di genggam kemas.

"Hmmh...duduk rumah elok-elok ya..aku nak pergi Spa. Semak aku tengok muka serabut kau tu!" Kepala Karissa di tujal kuat. Mira berlalu pergi setelah menghempas pintu.

"Hah..."nafas lega terhembus kuat. Cepat-cepat dia menyambung kerjanya tadi. Dia mahu keluar dari sini. Dia tidak mahu jadi lauk kepada peliharaan Mira.

Tap.!

Karissa membeku. Tali yang mengikat tangannya sudah terputus. Lama dia membeku. Cuba memasang telinga andai ada bunyi dari luar bilik. Setelah memastikan Mira betul-betul tiada,Karissa bertindak secepat mungkin. Ikatan di kakinya di buka sepantas mungkin. Setiap masa begitu berharga kini. Setelah semuanya terlerai dia terhencot-hencot menuju ke pintu. Tombol pintu di pulas perlahan.

Laju dia melangkah ke pintu utama,namun hampa. Pintu telah di kunci dari luar. Tidak berputus asa dia menuju ke pintu dapur. balkoni tempat mereka selalu menyidai baju penuh dengan daun-daun kering.

"Nak jadi apa pun jadilah. Aku dah tak peduli." Karissa segera memanjat kerusi. Tanpa berfikir panjang dia terus terjun ke bawah.

DUSH!

Tubuhnya jatuh betul-betul dalam tong sampah paling besar milik Flat Arbi. bersusah payah dia memanjat keluar dari tong sampah lalu menjerit kuat.

"Tolong...!" Jeritnya pada penjaga yang sedang berlari ke arahnya.

"Tolong aku.!"

"Cik! Cik nak bunuh diri ke?!"

"Tolonggg..." tubuhnya melonglai ke jalan tar. Lututnya terasa lemah. Dirinya mula di kerumuni oleh penduduk Flat.

"Panggil ambulans. Dia cedera ni.!" Laung seorang pemuda.

''tolong aku..'' karissa mencapai tangan pemuda berbaju putih di sisinya. air matanya mengalir tanpa di pinta. sesunguhnya dia begitu bersyukur dapat melangkah keluar dari neraka ciptaan Mira.

@@@

awan mendung mula berlarak mebawa muatan yang semakin hitam warnanya,pokok hujan sudah memunculkan diri. qhasidah memerhati ke langit sambil mengangkat pants jemuran di ampaian. pada damia sudah di arahkan untuk mengangkat ikan masin yang di jemurnya pagi tadi. hatinya sedang teringatkan brahim yang belum pulang. katanya sudah dalam perjalanan pulang,namun belum juga muncul. kalau di ikutkan rumah Nordin tidaklah jauh mana pun. hanya selang dua kampung sahaja. andaian- andaian buruk yang mula menerjah segera di tepisnya.

''ibu,ada panggilan.'' damia datang bersama talifon bimbit di tangan.

''siapa?''langut qhasidah pada anaknya. damia menggeleg tidak tahu.

''entah. tak ada nama.''

''helo, assalamualaikum.'' sapa qhasidah. anehnya tidak kedengaran pun suara orang yang menalifonya. hanya dengusan nafas sahaja yang kedengaran. qhasidah berkerut dahi. tiba dia teringatkan pesan arwah ibunya dahulu. jika ada orang yang menalifon kita tapi tidak berbicara, tandanya ada yang menghantar santau. baik di bacakan ayatul kursi padanya.

Mata KeraWhere stories live. Discover now