Angin kencang meniup pokok menumbangkan yang rapuh,beberapa zink rumah Bomoh Sudam terbang ke laman rumah. Cendana berselubung selimut dalam ketakutan. Jubin dan Bomoh Sudam berdiri di muka pintu.
"Alam nampaknya marahkan sesuatu,Sudam." Kata Jubin tiba-tiba. Bomoh Sudam hanya mendiamkan diri. Leka memerhati keadaan di luar.
Bam!
Bomoh Sudam dan Jubin tersentak. Ada sesuatu yang jatuh terhempas di atas bumbung.
"Tolongg!!!" Raungan Cendana dari bilik tidur berselang seli dengan kilat yang memancar. Jubin berlari secepat mungkin. Pintu bilik Cendana di tendangnya.
"Tolong,Pakcik Jubin.!" Cendana sedang tergantung di alang rumah tanpa tali mengejutkan Jubin.
"Letong!" Jerkah Bomoh Sudam.
Letong menyeringai galak. Mata merahnya terbeliak ke arah Bomoh Sudam. Sesekali matanya melirik ke arah Cendana dan Jubin.
"Bunuh dia,Letong!" Suara Mira bergema di telinganya. Letong melepaskan Cendana. Gadis itu tertiarap di lantai. Jubin segera mendapatkannya.
"Lari,bawa Ana sekali! Hal ini antara aku dan kau saja,tak ada kena mengena dengan mereka berdua.!" Bomoh Sudam menghalang Letong dari menghampiri Jubin dan Cendana.
Letong ketawa sinis. Tubuhnya terbongkok-bongkok dengan kuku hitam panjang mencakar dinding. Junin mengheret Cendana keluar dari bilik itu. Sebaik saja mereka melangkah keluar pintu di kunci dari dalam. Jubin melangkah ke biliknya. Sebuah beg coklat di ambil lalu di berikan pada Cendana.
"Tunggu di luar. Nanti Pak Cik datang,ya." Tubuh Cendana di tolak ke pintu. Jubin berlari ke arah bilik Cendana di mana Bomoh Sudam dan Letong sedang bertarung. Raungan dari Letong mengejutkan Jubin.
Matikah dia? Menangkah Sudam? Persoalan demi persoalan timbul. Pintu bilik Cendana di ketuk berkali-kali. Namun tiada balasan. Jubin bingung. Susah hatinya. Nama Sudam di laung berkali-kali. Tiada sahutan. Lantas di rempuhnya pintu bilik itu. Ruangan bilik yang tadinya kemas elok sudah kucar kacir. Tiada bayangan Bomoh Sudam dan Letong. Jubin melingas ke serata bilik.
"Atok!"
Jeritan dari Cendana mengejutkan Jubin. Dia berlari keluar semula. Sampai saja di muka pintu,Cendana sudah terjelopok di beranda luar sambil memeluk beg. Nun di halaman rumah,Bomoh Sudam sedang mengelak serangan Letong. Lembaga itu begitu galak sekali menyerang dalam hujan. Bomoh Sudam hanya berbekalkan seutas tali hitam di tangannya. Setiap serangan Letong akan di elak sehabis mungkin. Bahaya jika dia terluka ketika itu. Dia tahu kelebihan Letong. Dia juga tahu kelemahan Letong. Cuma peluang untuknya menyerang belum muncul. Hujan lebat,angin kuat di tambah pula kilat yang tak henti-henti memancar,suasana pertarungan kelihatan sengit.
"Aku ora wedi karo tali kuwi.!" Letong tersenyum sinis. Matanya tak lepas dari melihat libasan-libasan tali hitam di tangan Bomoh Sudam.
"Apa yang kau mahu?!" Soal Bomoh Sudam bila Letong tiba-tiba berhenti menyerangnya.
"Aku diarahke kanggo mateni kuwe. Sempeyan bakal mati bengi iki.!"jawab Letong. Kuku hitam panjangnya di gawang ke wajahnya. Sesekali matanya melirik ke beranda rumah.
"Jadi tuan kau berdendam dengan aku? Hahahahaha....dia makhluk yang lemah Letong. Kalau dia kuat dia takkan guna mentera yang sama untuk santau aku.!" Bomoh Sudam ketawa sinis.
"Aku ora peduli.! Sempeyan bakal mati!" Letong meraung kuat lalu melompat ke arah Bomoh Sudam. Tubuh tua itu di tendang kuat hingga terpelanting menghentak beranda. Cendana dan Jubin berlari turun ke laman. Jubin berlari ingin mendapatkan Bomoh Sudam. Tapi dia dinlarang keras. Bomoh Sudam tidak mahu membabitkannya dalam hal ini.
YOU ARE READING
Mata Kera
HorrorKata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Tiada yang mustahil. Tak begitu? Menjadi persoalannya... Siapa yang mulakannya?? Siapa?? Siapa?? Yang...