Terlepas (Part 2 )

1K 87 1
                                    

Wajah suaminya yang keletihan di tenung lama. Selimut di tarik ke paras dada. Dia merebahkan diri semula. Pagi esok dia akan suarakannya.

"Bismillah..." mata di pejamkan.

➰➰➰

Hilux putih kembali bergerak menuju ke sempadan. Kali ini Indra yang memandunya. Indra dan Amin kelihatan lebih tenang berbanding yang lain. Vinu dan Gulsanlah yang paling bimbang. Kerana semua idea untuk membunuh Aliya datangnya dari Gulsan dan Vinu. Indra masih lagi selamba apabila bertembung dengan kereta polis.

"Jangan tunjuk sangat pengecut tu..tak pasal-pasal mati katak nanti." Kata Indra sambil menjeling Vinu melalui cermin belakang.

"Cakap senanglah!" Balas Vinu.

"Aku pun ikut sama terlibat,kan? Tapi aku taklah bodoh sangat sampai jadi pengecut macam kau.!" Bidas Indra lagi.

"Kau jangan nak cari pasal dengan aku boleh?!" Serentak itu Vinu menumbuk kerusi pemandu.

"Wow! Wow! Apa hal ni?! Dalam kereta pun nak gaduh ke,hah?!" Marah Amin. Dia yang dari tadi memerhati mula bersuara.

"Sabarlah sikit..sampai Thai nanti kita buat hal masing-masing. Jangan berjumpa langsung kalau dah benci sangat! Puas?!" Jerkah Amin.

Indra melemparkan senyuman sinisnya. Vinu pula merengus marah merenung keluar.

"Tak payah nak takut sangat la...baru dua hari..polis malaysia ni lembab sikit. Sebulan pun belum tentu dapat cari bukti." Sambung Amin lagi sekasar menenangkan Vinu.

Wahab dan Gulsan hanya mendiamkan diri. Malas untuk menyambung.

➰➰➰

"Sampai hati diorang buat anak kita macam tu bang. Apa salah Aliya,bang? " Suhana teresak-esak menangis di bucu katil. Sudah tiga hari mayat anaknya di temui. Jasad anaknya masih lagi dalam tempoh bedah siasat. Begitu terseksanya jenazah itu.

Seisi keluarga gempar dan bersedih. Sekolah arwah juga turut mengadakan bacaan Yasin kepadanya. Ada juga sahabat karib yang datang menziarah keluarga arwah. Semuanya pulang dengan mata bengkak kerana menangis.

"Saya harap akak dan abang tabah dengan ujian ini."

"Semoga Allah menunjukkan kebenarannya pada kita,kak."

"Allah tu adil,kak. Nanti kita akan tahu juga siapa punya angkara semua tu."

"Saya doakan semoga mak cik dan pak cik sekeluarga tabah dan kuat untuk mengharungi dugaan ini."

"Bersabarlah Ana..Allah itu Maha Adil!"

Kata-kata yang paling selalu di tuturkan pada mereka ketika di ziarahi oleh tetamu. Mata Suhana sudah bengkak akibat terlalu banyak menangis. Selera makannya juga mati. Dia lebih banyak termenung dari berzikir. Suhana semakin berubah.

Razi pula semakin mendekatkan diri dengan Tuhannya. Setiap kali sujud terakhir solatnya dia akan menangis. Begitu juga dua orang anak perempuannya. Semuanya begitu terpukul dengan kematian Aliya.

"Saya takkan tenang selagi saya tak tahu kebenarannya,bang! Kalau polis tak boleh nak bantu saya akan buat cara saya.!"

Razi tersentak. Terkejut mendengar suara isterinya yang muncul tiba-tiba.

"Biarlah polis lakukan kerja mereka,Ana. Kita berdoa pada Allah saja. Semoga Allah tunjukkan kita kebenarannya."balas Razi.

Suhana yang sedang berbaring mengiring ke arahnya mencebik dah membelakanginya.

"Saya takkan biarkan diorang terlepas begitu saja,bang!" Tegas Suhana lagi.

Razi hanya mendiamkan diri. Dia faham keadaan isterinya ketika ini. Bahkan seluruh rumah begitu terasa. Sunyi sekali tiada usikan dari Aliya. Tapi terbit juga raa bimbang pada isterinya. Takut-takut isterinya hilang pertimbangan dan menjerumuskan diri pada syirik.

"Astargfirullahal a'zim..." Razi segera mengucap. Andaian-andaian buruk yang bermain di kepalanya di tepis segera.

➰➰➰

Langit semakin gelap tatkala Hilux putih semakin menghampiri sempadan thailand. Masing-masing tertidur kecuali Gulsan yang memandu.

"Min!" Bahu Amin di goncang lembut.

Gulsan memarkir kereta di bahi jalan.

"Oi,Min! Aku nak terkencing ni. Jangan tinggalkan aku pulak!"

Amin yang sedang mamai mengangguk beberapa kali sebelum terlentok kembali.

〰〰〰

DUMM!!

Bunyi kilat mengejutkan Amin dan yang lain. Amin memandang ke sekelilingnya. Gelap gelita. Lampu hadapan di pasang tinggi.

"San?" Panggilnya. Di kerling jam tangan sekilas. Tiga empat puluh lima minit petang. Tapi suasana luar yang gelap membuatkan ianya seperti sudah pun mencapai malam.

"Lamanya dia kencing?" Amin cuba menjenguk keluar kereta. Kereta lain yang melintasi kebanyakannya memasang lampu tinggi. Amin turun menjenguk ke celah semak.

"San?!" Panggilnya.

Tiada sahutan. Dia mengorak langkah sedikit dalam.

"San?! Gulsan?!" Panggilnya lagi. Tetap tiada balasan.

"Ada tak weh?" Wahab dan Indra muncul dari belakang.

"Tak da pun. Takkan la masuk sampai ke dalam hutan?" Wahab berkerut kening.

"Ish,takkanlah. Selalunya Gulsan takkan pergi jauh. Dia bawak talifon tak?" Soal Indra.

Wahab berlari ke kereta. Talifon bimbit Gulsan yang berada di atas dashboard di angkat tinggi.

"Adui....talifon pun tak bawa. Susahlah macam ni.!" Marah Amin.

"San?!" Laung Indra pula.

Masih tiada sahutan.

"Kenapa,weh?" Vinu pula muncul bersama Wahab.

"Gulsan hilang pulak. Kata nak kencing. Lama gila!"Jawab Amin.

"Macam ni lah. Kau dua orang tunggu dalam kereta. Talifon tu jangan nak silent pulak. Aku dengan Indra pergi cari dia jap. Kalau dalam setengah jam kami tak muncul kau call aku tau." Arah Amin.

Vinu dan Wahab mengangguk cuma.

"Baik-baik,weh. Nak hujan ni. Bahaya."kata Vinu.

Indra tersenyum kecil.

"Penakut tak habis-habislah kau!" Tempelaknya sebelum melangkah pergi.

Vinu menjeling cuma. Malas mahu bertekak. Lebih baik masuk dalam kereta sambung tidur semula.




Mata KeraWhere stories live. Discover now