Datang.

1.2K 92 6
                                    

Hujan renyai-renyai membasahi tanah. Pokok-pokok yang tunduk layu mula memanggung kembali menadah air yang menimpa diri. Burung pipit meletakkan kepala di bawah hujung daun memandikan diri di dahan pokok. Semuanya mensyukuri hadirnya hujan di petang hari itu.

Nun di sebuah rumah, Doha termenung seorang diri. Terkebil-kebil kebosanan kerana rancangannya terpaksa di batalkan akibat hujan. Tangan yang bersilang di belakang kepala di kemaskan lagi.

"Humhh...." bibirnya memuncung panjang.

"Boshang nyew akuwww...!!!" Wajahnya di sembamkan ke bantal sambil menjerit kuat. Kakinya di kodek-kodek geram.

"Hergh! Hiargh! Yargh! Hah!" Dengan pantas dia melompat turun dari katil dan membuka silat. Di tepisnya kiri dan kanan seolah-olah menepis rasa boring yang menjelma menjadi seorang musuh. Bersungguh-sungguh lagaknya.

"Hoi,gila??!" Zahidah muncul dengan mata terbeliaknya.

"Tak nampak ke aku tengah bertarung ni?! Jangan kacau!" Jerkah Dhoha sambil menepis dan menendang kosong.

"Kau nak aku siram dengan clorox pulak ke,budak?" Kepala Dhoha di sekeh geram.

Terhenti silat adiknya. Kedua tapak tangannya di rapatkan dan di tiup hujung jari telunjuk.

"Kau nak apa masuk bilik aku?" Soal Dhoha.

"Bawak aku pergi pekan. Aku nak beli barang dapur. Minggu depan mak ayah nak balik dah. Aku nak kemas rumah cantik-cantik. Nak cat rumah semua bagi elok. Baru la semangat sikit mak ayah masuk nanti." Zahidah tersenyum manis.

Dhoha mencebik saja.

"Sekarang ke?"

"Yela...sekaranglah..." Zahidah menjulingkan mata.

"Tapi kan tengah hujan ni..demam la nanti.."rungut Dhoha.

"Elleh,kau bukan sekolah pun..Dah! Cepat siap! Aku tunggu kat bawah.!" Doha yang sedang muncung di jeling tajam.

"Hujan-hujan jugak nak shopping. Tak faham aku perempuan ni!" Rungut Doha.

➰➰➰

"Hab, aku peninglah. Kau boleh tolong bawak tak?" Amin menjeling cermin belakang.

"Boleh je..berhentilah." balas Wahab.

Selesai bertukar tempat Hilux putih itu bergerak lagi.

"Jauh lagi...lepas tu nak kena patah balik pulak. Penat la macam ni..."rungut  Vinu.

"Diamlah kau...bukan kau yang bawak kereta." Balas Amin. Kepalanya di sandarkan ke kerusi agar selesa. Mata di pejamkan. Sakit kepalanya semakin menjadi-jadi.

Amin yang sedang pejam matanya di jeling benci. Memang sikap Amin yang suka berlagak itu membuatkan dia bengkak hati. Tapi di sebalik itu Amin jenis yang tidak berkira jika ingin memberi. Itu membuatkan dia masih bertahan dengan Amin selama ini.

Vinu mengenali Amin melalui Indra. Ketika itu dia dalam kesempitan wang. Dan Amin menghulurkan wang tanpa bertanya untuk apa ia akan di belanjakan. Dan itu jugalah yang menjerat Vinu untuk tetap menjadi orang suruhan Amin selepas itu. Amin akan menyuruhnya mencari "ayam-ayam" baru untuk di bawa berfoya-foya. Vinu tidak kisah tentang itu. Sebagai perkerja kilang memang mudah untuk memancing gadis di situ. Walaupun Vinu berbangsa India,tapi kulitnya putih membuatkan banyak gadis di kilang menjelingnya ketika dia melintas.

Dan kemuncaknya apabila dia cuba mengayat Aliya. Gadis itu memang membencinya separuh mati. Aliya juga pernah menyumpahnya ketika dia ingin membayarkan ais krim Aliya. Itu membuatkan dirinya tercabar. Tambahan pula dia di malukan di hadapan pekerja kilang yang lain. Akhirnya kerana sifat tercabar dan bencinya menyebabkan mereka bertindak kejam.

Vinu memejamkan matanya. Wajah Aliya yang terbeliak ketika di jerut tali beg sekolah terbayang-bayang di ruang mata. Tangan gadis itu yang terkapai-kapai dan cuba mencakar wajahnya seolah-olah masih terasa lagi. Vinu membuka mata semula. Ngeri.!

➰➰➰

Bunyi motorsikal Brahim memecah sunyi di kebun pisang itu. Hari ini dia mendapat tempahan dari Kak Baiduri yang mahukan pisang tanduk untuk di buat kerepek pisang. Sebanyak yang mungkin kata Kak Baiduri.

Brahim mula mengeluarkan kereta sorong dari pondok kebunnya. Pisang-pisang yang di potong nanti akan di kumpulkan di tepi jalan supaya senang suami Kak Baiduri mengutipnya nanti. Kereta sorong di sorong ke bahagian pokok pisang yang paling hujung dahulu. Sudah kebiasaanya dia akan mula dari bahagian yang paling jauh dahulu. Sambil itu mulutnya membaca doa dan selawat sebelum memulakan kerjanya.

"Assalamualaikum!" Brahim di sergah dari belakang.

"Waalaikumsalam." Brahim sedikit terkejut dengan kunjungan tetamu itu.

"Kenapa? Tak sudi ke?"

"Ada apa datang sini?" Soal Brahim. Sabit di hayun ke batang pisang. Setandan pisang tanduk jatuh ke tanah. Sikit pun matanya tidak memandang ke arah lelaki di belakangnya itu.

"Kau bahgia nampaknya..baguslah. Aku cuma nak datang menziarah je. Dengar cerita kau dapat anak lelaki."

"Kalau ya pun,kenapa?" Balas Brahim.

"Sombong kau sekarang ni,ye?"

"Kenapa tiba-tiba muncul kat kebun aku kalau betul kau nak menziarah? Rumah aku kan ada? "Brahim mengutip tandan pisang lalu di muatkan ke dalam kereta sorong. Kereta di tolak ke pokok di sebelahnya pula.

"Aku nak tengok macam hidup kau dengan harta bapak aku. Tu je...bahgia kan duduk atas harta orang?"

SUPP!!

Sabit tajam di hayun pantas ke aras batang pisang. Tandan yang penuh jatuh ke tanah.

"Bapak kau tu bapak aku. Setahu aku...kau tu anak tiri je. Aku yang anak kandung. Apa tak cukup ke aku yang kandung ni mengalah semata-mata nak bagi penumpang macam kau hidup aman? Tak puas lagi? Mak kau macam mana? Seronok jadi janda berhias?" Sindir Brahim.

"Kau...." penumbuknya di angkat ke arah Brahim tapi terhenti bila Brahim menayangkan sabitnya.

"Sudahlah,Daus. Pergi balik. Buat penat je kau cari aku. Aku takkan serahkan apa yang arwah bapak dah bagi kat aku. Kau dengan mak kau dah dapat lebih dari yang sepatutnya. Apa lagi yang kau tak puas hati? Arwah mak aku satu sen pun tak merasa tau. Sedarlah diri sikit..kau..."

"Aku takkan berhenti selagi kau dan Qhasidah tak bercerai! Bapak kau dah porak perandakan keluarga aku. Sampai mak ayah aku bercerai.! Kau perampas tunang aku! Keturunan kau memang keturunan jahanam. Keturunan perosak.! Qhasidah tu pun pela.."

DUPP!

Terteleng kepala Daus di tumbuk Brahim.

"Kau jangan cuba-cuba nak hina keluarga aku,asal usul aku! Cuba kau selidik sikit keturunan kau tu! Jangan sesuka hati nak menuduh orang. Berambus kau! Sebelum aku hayun sabit ni kat batang tengkok kau baik kau berambus!" Jerkah Brahim. Turun naik dadanya menahan nafas marah.

"Heh." Dagu yang sengal di gosok perlahan.

"Aku takkan berhenti setakat ni,Brahim! Tuih!" Daus meludah. Penumbuknya di kepal kuat sambil melangkah pergi.

Brahim tersandar di pokok pisangnya.  Penat dengan kerenah adik tirinya. Entah apa yang di tamakkan lagi pun Brahim tidak tahu. Pada Allah dia mengadu dan berdoa.

➰➰➰

"Macam mana?"

"Macam mana apanya,mak? Nyaris saya nak di sabitnya tadi." Daus menghentak stereng.

"Tak guna betullah.! Tak pa..kita guna cara lain pulak. Mari balik." Arah Melati. Mercedes hitam bergerak meninggalkan kebun pisang Brahim.

➰➰➰

Mata KeraWhere stories live. Discover now