Sudah sebulan Dato Sabri di jaga Brahim. Sebulan itu jugalah sebuah kereta proton saga itu memerhati tingkah laku Brahim. Shahrul hanya menunggu masa untuk memberitahu penemuan Dato Sabri pada Elina. Tapi terbit rasa bersalah pula bila melihat senyuman gembira keluarga berkenaan. Jadi bagaimana harus dia lakukan? Dia turut buntu sebenarnya. Shahrul menghidupkan enjin kereta lalu meninggalkan tempat persembunyiannya. Baginya hidup lelaki bernama Brahim itu hanya sama saja setiap hari. Awal pagi dia menghantar anak ke sekolah,kemudian terus ke kebun pisangnya,kemudian pulang terus mengambil anaknya di sekolah. Jarang hendak melihat dia keluar ke mana-mana. Masa yang terluang di gunakan untuk mengurut tubuh ayahnya. Kalau keluar pun hanya ke pasar. Shahrul sudah hafal benar rutin harian Brahim. Tiada apa yang pelik,cuma kehidupan kampung yang membahgiakan. Lebih baik dia pulang ke kota. Dia lebih diperlukan di sana.
"Hello,Elina. Aku dah jumpa dia."
⚘⚘⚘
Sebuah kereta Mercedes hitam berhenti betul-betul di hadapan Brahim. Dia tidak gentar. Hanya berdiri kaku menanti apa yang di mahukan orang di dalam kereta itu.
Bam! Pintu kereta di hempas kuat.
"Laki aku mana?!" Jerkah Elina.
Brahim tersenyum sinis. Sudah menduga hal ini akan terjadi. Dia tidak terkejut pun. Dia juga tahu ada orang yang sedang mengintai mereka selama ini. Cuma dia malas untuk ambil tahu.
"Ayah aku tak ada di sini."jawab Brahim.
"Tipu! Aku tahu kau sorokkan Dato. Bagi balik laki aku.!" Tinggi suara Elina.
"Dia tak ada di sini, kalau tak puas hati boleh naik periksa sendiri di dalam rumah." Brahim melangkah ke pangkin di bawah pokok mempelam. Duduk di situ memerhati Elina yang seperti cacing kepanasan.
"Hey,kau bagi balik laki aku! Aku tak da masa nak main-main dengan kau,aku nak laki aku balik! Aku boleh dakwa korang culik laki aku. Aku boleh report polis!"
"Reportlah. Silakan. Kita tengok siapa yang salah sebenarnya."selamba saja muka Brahim. Menambah sakit hati Elina.
"Kurang ajar kau,ya..dah datang rumah aku culik laki aku. Harta laki aku kau ambil. Tak tahu malu!" Hambur Elina. Dia sudah kematian kata-kata di jawab Brahim.
"Pergilah balik,Datin. Tak ada apa yang Datin boleh dapat dari saya. Ayah saya memang tak ada di sini. Saya dah cakap kalau tak percaya boleh cek sendiri. Tapi Datin lebih memilih untuk memekak di sini. Saya tak kisah Datin nak naik rumah saya. Silakan." Tangannya di halakan ke tangga rumahnya.
"Tak ingin aku nak pijak rumah buruk kau. Aku nak ingatkan kau,kau dah cari fasal dengan aku,kau akan terima akibatnya nanti. Aku akan pastikan keluarga kau tak senang hidup!"
Elina meninggalkan kawasan rumah Brahim dengan menggunung amarah. Dan Brahim hanya tersenyum sebaik saja kereta Mercedes itu hilang dari pandangannya.
⚘⚘⚘
"Kang janin sing arep aku?"
Mira tidak menyahut. Dibiarkan saja Letong yang sedang menderam marah.
"Endi rabi limang wulan?!" Suara Letong meninggi. Sungguh dia sedang lapar kini.
"Kau mesti tunggu lagi dua bulan. Kandungan dia baru berusia tiga bulan."jawab Mira. Sedikit pun tidak gentar dengan renungan mata merah milik Letong. Baginya khadam itu bukanlah apa-apa pun.
"Apik. Aku bakal ngenteni rong wulan maneh. Yen aku ora bisa njaluk jabang bayi,sampeyan bakal nampa akibat!" Letong memberi amaran. Dia terpaksa menunggu lagi dua bulan mendapat apa yang di idamnya.
"Buat kerja kau sampai habis baru aku beri apa yang kau mahu."Mira menambah lagi kemenyan ke dalam dupa. Asap semakin pekat bertebaran di sekitarnya. Mira menyedut sedalam mungkin asap kemenyan itu. Di hembusnya bersama mentera yang di berikan oleh Bomoh Sudam dahulu.
"Sampeyan ora bakal wareg,wong? Sampeyan rakus!" Letung mencemuh geram.
Tali hitam di libas ke tanah. Betul-betul di hadapan Letong.
" Huh,Tali iki ora kuwatir kaya Sudam." Letong mencebik. Dia sudah hilang rasa takutnya pada tali sebatan itu. Baginya Mira tidak setanding Bomoh Sudam. Baru sedikit ilmunya sudah mahu berlagak hebat.
"Aku nak kau awasi kerja Sudam. Maklumkan pada aku kalau dia di serang sesiapa. Pergi!" Tali hitam di hayun pada tubuh Letong. Khadamnya itu semakin kurang ajar dengannya. Entah apa yang telah menghasutnya untuk mula menjawab pada Mira.
⚘⚘⚘
Keadaan jalan yang licin berserta hujan lebat agak berbahaya untuk memandu laju. Tapi tidak bagi Pak Nasir dan Dato Sabri. Mereka terpaksa meredah semua itu untuk sampai ke destinasi secepat mungkin. Sebuah Proton Waja sedang galak mengekori kereta mereka. Sebaik sahaja keluar dari hospital tadi,Dato Sabri tiba-tiba saja di hampiri oleh tiga orang lelaki lalu mengheretnya ke tempat letak kereta. Perbuatan itu terhenti bila Pak Nasir datang bersama beberapa orang penjaga hospital. Ingatkan mereka sudah selamat,tak di sangka kereta mereka di himpit oleh Proton Waja yang di naiki oleh tiga lelaki tadi. Hujan pula mulai turun dengan lebatnya bilakejadian kejar mengejar itu mula berlaku.
"Nasir,lori!"
Ponnn!!!!
"Allahu Akhbar!" Laung Pak Nasir. Lori yang muncul di hadapan membelok ke tepi tiba-tiba. Kereta Pak Nasir terus meluncur laju.
"Allahu Akhbar...Allahu Akhbar...Allahu Akhbar.." tak putus-putus bibir tua itu menyebut kalimah suci. Apa-apa saja boleh terjadi dalam keadaan itu.
"Jaga,Nasir!"jeritan dari Dato Sabri mengejutkan Pak Nasir. Kereta mereka melanggar penghadang jalan lalu terhumban ke dalam gaung.
BOMMM!! BOMM!
Indra memberhentikan kereta di tepi jalan. Letupan tadi datang dari kereta yang di naiki oleh Pak Nasir dan Dato Sabri. Dia meneruskan perjalanannya ke rumah Elina.
"Hmmh...tak ada upah la kita nanti.." Wahab menggumam seorang diri. Hanya Gulsan yang masih lagi ternganga sambil mata tidak lepas dari melihat kepulan asap hitam yang mula muncul dari gaung.
⚘⚘⚘
"Innalillahi wainna ilaihi rajiun..."Brahim mengurut mukanya sebaik saja panggilan di matikan. Ada air mata yang bergenang ketika kaki mula melangkah ke arah tangga rumah. Akhirnya dia terduduk di hadapan pintu.
"Ya Allah...ampunilah dosa ayah dan Pak Langku,Ya Allah.." air mata yang menitis di seka pantas. Takkan di biarkan menitis ke dagu. Dia bangun menuju ke dapur. Tiada kelibat isterinya.
"Allah.."baru teringat isterinya ke rumah Kak Zainab. Brahim meninggalkan nota di atas meja makan. Dia perlu bergegas ke rumah Nordin dan seterusnya ke rumah Pak Nasir.
⚘⚘⚘
"Apa?!!" Melengking suara Elina di hadapan tiga kepala yang tertunduk.
"Mungkin jalan licin,Ma." Firdaus cuba menenangkan ibunya.
"Aku kata bawa laki aku hidup-hidup,bukan biar rentung macam ni. Korang memang tak boleh nak di harap!" Jerkah Elina. Jelingannya beralih dari seorang ke seorang di hadapannya hinggalah ke wajah anaknya. Firdaus mengangkat bahu sambil mencebik bibir.
"Buat apa mama nak simpan orang tua tu,Ma? Lagi bagus apa kalau dia mati. Kita pun tak perlu susah payah nak sara dia.?" Firdaus terasa seperti di persalahkan atas apa yang berlaku.
"Buat apa nak simpan kau kata? Ha,itulah! Otak tak pandai nak fikir. Kau tahu tak yang harta laki aku tu berlambak lagi yang dia tak bagi kat aku?" Matanya menjegil ke arah Firdaus. Punah semua rancangannya di sebabkan hal ini. Dan sekarang dia terpaksa berpura-pura sedih akibat kematian Dato Sabri.
YOU ARE READING
Mata Kera
رعبKata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Tiada yang mustahil. Tak begitu? Menjadi persoalannya... Siapa yang mulakannya?? Siapa?? Siapa?? Yang...