Makanan Setan.

975 76 1
                                    

Keadaan semakin pelik sejak akhir-akhir ini bagi Mummy Kelly. Anak-anak ayamnya di buru rasa takut. Seorang demi seorang mati dalam keadaan yang mengerikan. Setiap kali ada anak ayam yang hamil,ianya akan mati di bunuh tanpa sempat Mummy Kelly menggugurkan kandungan itu. Mira pula semakin menjadi permintaan kelas atasan. Itu sedikit sebanyak menguntungkannya dari kematian beberapa anak ayamnya. Namun yang membimbangkan ketika ini ialah cara kematian mereka. Semua dalam keadaan perut terobek dan hilang janin.

"Hmmh.." kerusinya di goyang perlahan. Hendak di laporkan pada polis dia takut bisnesnya lingkup. Semua mayat itu di serahkan pada Akmal untuk di buang ke gaung. Sungguh dia berterima kasih pada lelaki itu. Akmal akan ada pada saat dia perlukan bantuan. Akmal jugalah yang membawa Mira padanya.

"Mummy!"

Pintu biliknya di tolak deras. Hana muncul dengan wajah yang pucat lalu terjelopok di hadapan pintu.

"Kenapa ni?"

"Gia! Dia dah mati! Gia dah mati!" Hana meraung dalam pelukan Mummy Kelly.

"What?!" Terkejut besar dirinya. Baru tadi dia berfikir mengenai hal ini dan ianya berlaku lagi.

"Mummy..!!" Giliran Sofi pula yang muncul.

"Mummy,Gia,Mummy!! Cepat!" Mak Nyah itu tidak tentu arah di muka pintu.

Mummy Kelly segera bangun mengikuti langkah Sofi ke bilik Gia. Bilik tempat Gia di bunuh berbau hanyir. Tubuh Gia yang terlentang di atas katil dengan perut yang terdedah,terdapat lubang sebesar tapak tangan di tengah-tengah perutnya. Tidak sanggup Mummy Kelly melihat lama wajah Gia yang ternganga dan terbeliak besar itu.

Nombor talifon Akmal di dail pantas. Tidak lama menunggu panggilan terus di sambut.

"Mal,anak i mati lagi lah. Kali ni Gia pula."

"Ok..macam biasalah."panggilan di matikan.

Mummy Kelly mengeluh lagi.

"Yang lain pergi bilik masing-masing. Hana,kau tidur bilik Sofi je malam ni."arah Mummy Kelly.

"Come,Babe."Sofi meraih tubuh Hana ke dalam pelukannya.

Mummy Kelly beralih sekali lagi ke arah bilik Gia. Terkejut dia melihat Mira terpacak di hujung kaki Gia bersama senyuman sinisnya.

"Mira?!"

Mira pantas menoleh. Keningnya di jongket ke arah Mummy Kelly. Dengan lenggoknya dia berjalan melintasi Mummy Kelly. Sedikit pun tiada riak sedih atau terkejut di wajahnya. Mummy Kelly di serbu seram sejuk. Bulu romanya menegak tiba-tiba. Dia berpaling semula ke arah Mira namun tiada lagi Mira di situ. Mummy Kelly bingung sendiri.

"She's crazy."katanya perlahan. Bilik Gia di kunci rapat.

⚘⚘⚘

Semak yang meninggi di redah penuh berani. Beg plastik di tangannya di genggam erat enggan terlepas. Berhati-hati dia melangkah enggan ketahuan oleh yang lain. Sebaik sahaja tiba pada tempat yang di tetapkan dia mengeluarkan semua barang-barang dari plastik tadi. Bekas kemenya, paku, segumpal rambut dan  sebekas kecil kuku yang di kumpul selama tiga bulan. Semuanya di susun kemas. Dan terakhir sekali sebungkus plastik hitam yang terisi benda lembik di dalamnya. Mira bersila sambil memandang sekelilingnya.

"Sisih petang kowe teka,
Aku ndonga sempeyan karo janin seger,
Mangan getih sing peteng manis,
Paduka mugi karsaa paring kawruh dhumateng kawula,
Menehi kula.
Menehi!"

Ayat itu di ulang berkali-kali hingga di merasakan ada angin yang menerpa ke arahnya. Mira tersenyum. Ada sesuatu yang sedang bertinggung di hadapannya. Plastik hitam berisi janin milik Gia di lempar ke arah lembaga itu.

"Herrrr!" Jari telunjuk hitam dengan kuku yang meruncing panjang dan tajam menarik perlahan-lahan plastik tadi lalu mengoyakkannya serta merta.

Mira tersenyum melihat gelagat belaannya.

"Aku ada kerja untuk kau selepas ini. Makan puas-puas." Seketul kemenyan di ramas kuat lalu jatuh ke atas bara memerah. Asap tebal menerpa ke arah lembaga yang sedang melahap janin. Plastik yang sudah kosong di campak kembali ke arah Mira. Tangannya menepuk tanah.

"Nanti aku bawakan lagi. Lakukan dahulu kerja yang aku suruh tu.!" Jerkah Mira. Lembaga di hadapannya terundur kebelakang. Takut mendengar suara Mira yang meninggi. Dia tahu akibatnya melawan Mira.

"Aku pengin janin limanh sasi!" Garau suaranya.

Mira tersenyum.

"Boleh. Tapi kau mesti sabar. Kalau kau bersabar aku boleh carikan yang lebih enak. Sekarang pergi! Buat kerja kau!" Tali hitam di libas ke tanah.

"Aaaaaa!" Lembaga tadi terbang sepantas kilat bersama jeritan nyaring.

Mira tersenyum puas hati. Wajah Amin,Elina dan semua yang bersangkut paut dengannya muncul satu persatu. Dia terbayangkan leher Qhasidah sedang di rodok oleh belaannya. Mira tersenyum lagi. Kali ini semakin melebar dan mula terhinggut-hinggut lalu meletus tawanya. Dia ketawa berdekah-dekah sambil membayangkan nyawa orang yang di bencinya di renggut satu persatu.

⚘⚘⚘

Di rumah Dato Sabri,Elina tiba-tiba berasa tidak tenteram. Amin tidak lagi pulang ke rumah selepas kejadian di rumah Qhasidah. Dia tahu semua itu,dia yang mencadangkan agar rumah Qhasidah di bakar.

"Puan,ada panggilan."Satna muncul sambik menghulurkan talifon Elina.

"Hello?"

"Daus?! Hidup lagi kau. Mama ingat kau dah mampus. Baliklah..mama sunyi la.."panggilan yang tak di duga menerbitkan senyuman gembira di bibirnya. Anak bongsunya Firdaus muncul semula setelah empat tahun menghilang. Elina tersenyum gembira.

"Satna!" Panggilnya.

"Ya,Puan." Kelam kabut Satna berlari.

"Anak aku nak balik. Cepat kemas apa yang patut. Dan satu lagi...tolong kemas orang tua tu juga. Aku tak nak anak aku kata aku tak sayang suami."arah Elina. Satna terangguk-angguk.

"Angguk...angguk..faham ke tak?!" Suara Elina meninggi.

"Faham,Puan!"Satna menjawab kuat.

"Amboi?"

"Maaf,Puan. Saya terkejut." Satna menampar-nampar pipinya sendiri.

⚘⚘⚘

Mata KeraWhere stories live. Discover now