Pulang.

1.2K 95 4
                                    

Ajib cuma termenung di tempat duduk penumpang. Lori yang di pandu Nordin sesekali terhinggut-hinggut apabila melanggar lubang. Sesekali Nordin akan menjeling ke arah Ajib. Hairan.

"Jauh termenung? Ingat Lucy ke.." tergur Nordin. Ajib tersentak.

"Ish...Bang Din...Lucy tu tak pandang saya ni..malulah saya.." Ajib menjeling Nordin. Kembang kempis hidungnya menahan malu.

"Ye lah tu...kau nak balik rumah terus ke?" Soal Nordin.

"Balik teruslah,bang. Dah berapa hari tak balik rindu kat rumah." Balas Ajib.

"Aik? Tak rindu kat orang dalam rumah ke?" Sakat Nordin lagi.

"Samalah tu,Bang Din..suka nak menyakat orang. Seronok nak balik jumpa bini la tu.." Ajib mencebikkan bibirnya.

Nordin ketawa besar.

"Abang tak beritahu mak kau pun fasal kau kena rasuk apa semua tu. Abang bagi tahu kau kena jaga ikan. Tu yang kena tinggal kat Kedah tu. Maaflah,Jib. Tak sampai hati tengok muka mak kau." Beritahu Nordin dengan jujur.

Ajib tersenyum cuma.

"Tak palah,Bang Din..saya faham..saya pun risau juga macam mana nak cerita kat mak balik ni. Nasib baik abang dah buat cerita macam tu. Saya sambung je lah nanti. Heheheh"

"Kau dah ok betul ke,Jib? Risau jugak abang ni..di buatnya kau tersampuk hantu masa kat rumah nanti susah abang." Nordin menyakat lagi.

"Saya ok dah la..hmh!" Ajib menjeling geram.

"Alhamdulillah...hahahaha...Kita singgah makan dulu. Lapar perut ni."
Nordin membelok ke arah sebuah kedai makan di tepi jalan. Perutnya yang dari tadi minta di isi semakin menjadi-jadi lagunya sebaik sahaja kakinya menjejak tanah. Nordin beristirgfar. Perutnya di tepuk-tepuk.

"Lapar gila.."gumamnya perlahan.

➰➰➰

Restoran Che Nah semakin sesak menjelang tengahari. Pekerja-pekerja kilang tak kurang juga ibu bapa pelajar yang melepak sementara menunggu anak keluar pagar. Di celah-celah kesibukan itu dua orang pekerja kilang bangsa india sedang resah dan ketakutan. Beg pakaian di galas di belakang masing-masing.

PIN! PIN!

"Sudah sampai tu,jom!" Gulsan menepuk bahu Vinu.

Mereka berdua meloloskan diri kedalam Hilux putih milik Amin.

"Indra mana?" Soal Vinu.

"Indra ada kat Gopeng. Kita pergi Gopeng terus ke Siam. Tak selamat dah ni."jawab Amin.

"Jauh lagi tu. Tak beli apa-apa ke nak makan? Aku tak berani nak keluar dah ni." Berkerut-kerut kening Gulsan.

"Alah...polis takkan sempat carilah...paling-paling cepat pun seminggu. Time tu kita mana ada kat Malaysia ni dah.."Amin cuba menenangkan kawan-kawannya.

"Kenapa kau biarkan Indra pergi kelmarin? " soal Wahab.

Selesai memerhati polis di kebun getah kelmarin Indra telah di minta pengurusnya untuk ke Gopeng menghantar kertas projek. Hendak di bantah Indra jenis yang tidak takut. Jadi terpaksa di biarkan saja.

"Indra tu bijak..tak macam kau orang ni..pengecut.! Cepat sangat nak menggelabah. Sedangkan polis tak keluarkan apa-apa kenyataan lagi pun.huh!" Cebik Amin.

"Cakap senanglah...kau orang kaya..kami dua orang ni? Wahab tu ada anak bini." Balas Vinu.

"Berani buat berani tanggunglah weh.!" Suara Amin meninggi.

Wahab,Vinu dan Gulsan menjeling geram. Salah masing-masing juga kerana terlampau ikut nafsu.

➰➰➰

Brahim menongkat motorsikalnya di bawah rumah. Sayur dan ikan yang di beli di bawa naik ke atas.

"Assalamualaikum...."jenguk Brahim. Si kecil Luqman masih lagi tidur. Brahim tersenyum. Lucu melihat gaya anaknya tidur. Tertonggeng dengan ibu jari di dalam mulut.

"Abang dah balik? Dah tak dengar pun?" Qhasidah yang berkemban muncul dari dapur.

"Dah mandi tu yang tak dengar.." balas Brahim.

"Abang ada tengok berita? Ada mayat berulat dekat kedah. Budak sekolah,bang. Kena rogol lepas tu mayat dia orang campak dalam kebun getah. Kasihan tengok mak budak tu." Qhasidah siap menyarung bajunya duduk di meja makan. Tangannya ligat membuka plastik barang yang di beli Brahim tadi.

"Ada tengok malam tadi..tapi abang malas nak ambik tahu sangat. Harap-harap tak jadi kat kita." Kata Brahim. Apam balik yang di belinya tadi di sumbatkan ke dalam mulut.

"Eee...Nauzubillah,bang..Dah ingat nak hantar Dania pergi belajar silat. Boleh tak,bang?"

Terangkat kening Brahim mendengarnya.

"Betul ke ni.. nak ke Dania tu?. Dengan Luqman pun tak boleh jauh." Berkerut kening Brahim.

"Kita tanya dulu..lagi pun Dah risau la,bang. Keadaan sekarang bukan macam dulu. Kampung kita ni dah macam-macam penyakit yang datang. Hari tu kak Nab bagi tahu saya yang anak kak Sal kena tangkap polis sebab jual dadah. Risau saya,bang."

"Hmmh...kita tanya Dania dulu. Kalau dia nak nanti abang hantar ke rumah cikgu Marzuki belajar silat." Balas Brahim.

Qhasidah tersenyum gembira.

➰➰➰

Suasana sudah kembali sunyi ketika jam bergerak ke pukul dua belas malam. Masing-masing sudah memasang lampu di luar rumah sejak margrib tadi lagi. Sudah tiga bulan berlalu sejak peristiwa kali kedua mata kera muncul di rumah Cikgu Marzuki. Penduduk kampung masih lagi dalam langkah berjaga-jaga. Tambah-tambah lagi dengan cerita dari Fatimah dan Badrul. Semua penduduk kampung memilih untuk mempercayai itu adalah belaan Brahim dari bertanya terlebih dahulu.

Bagi Brahim mulut orang memang tidak boleh di tutup. Biarkanlah sebanyak mana dan semahu mana mereka hendak mengata keluarganya.Allah ada untuk menunjukkan kebenarannya suatu hari nanti. Dan di sebabkan cerita mata kera itu dia juga sudah tidak menjejakkan kaki ke kedai basah di pekan itu. Rela dia membawa motorsikalnya ke pasar lain. Setiap kali dia ke situ ada-ada saja jelingan dan pertanyaan tentang "belaannya" itu. Brahim rimas. Kadang-kadang dia akan menalifon Nordin bertanyakan tentang ikan yang baru di angkut ke lori. Dia suka berurusan dengan Nordin. Lelaki itu tidak banyak soal. Cukup selesa untuk berborak. Ajib pula kadang-kadang saja mencelah. Dia lebih banyak melayan talifon di tangan.

"Semua yang berlaku ada hikmahnya,Bang..percayalah.Nanti bila Allah tunjuk kebenaran tu baru mereka tahu." Kata-kata Nordin bermain-main di telinganya.

Dania sekarang lebih pendiam di sekolah. Berkawan hanya dengan Farid anak Mior sahaja. Hanya Farid yang mahu menegurnya. Dengan Farid jugalah dia berkayuh basikal untuk ke rumah Cikgu Marzuki. Mior juga seperti Nordin. Malas ambil pusing dengan khabar angin. Dia bukanlah jenis yang cepat percaya dengan kata-kata sahaja. Selagi benda itu tidak di depan matanya dia tidak akan percaya semua itu. Biarlah apa yang orang nak kata. Isterinya lain pula. Termakan hasutan Khatijah terus memulaukan Qhasidah tanpa sebab. Memang sudah kebiasaannya orang akan membenci seseorang itu hanya dengan khabar berita sahaja. Lebih mempercayai cerita yang tersebar dari berusaha untuk mencari sahihnya cerita. Mior juga sudah penat menasihatkan Malina agar berhenti ke rumah Khatijah,tapi dia pula yang di marahi oleh Malina. Pening kepalanya.

➰➰➰

Jemaah surau beransur pulang selepas menjamah jamuan. Namun ada juga yang masih lagi berborak disitu. Yang wanita sibuk mencuci pinggan mangkuk milik surau untuk di simpan semula. Anak-anak kecil berlari-lari di halaman surau dengan riang.

"Hantu king kong!!!! Aaaaaaaa....." jeritan seorang budak perempuan di tepi pagar surau mengejutkan semua di situ. Anak-anak yang seronok bermain tadi berlari-lari masuk ke surau. Kecuali seorang sahaja yang tegak berdiri di tepi pagar.

BUK!

Tubuh anak itu melonglai ke tanah. Pengsan.

"Mira!" Jeritan si ibu mengejutkan semua. Amira anak Khatijah yang sedang pengsan betul-betul di tepi pagar tempat makhluk berbulu itu berdiri.

Semua yang ada membeku di tempat masing-masing dan terkebil-kebil.

Mata KeraWhere stories live. Discover now