Mikael melipat sedikit lengan baju Melayu hingga ke paras siku. Rambutnya ditolak ke belakang menggunakan tangan kanannya yang sudah dilumur sedikit gel rambut. Bibirnya yang kelihatan basah disentuh sedikit untuk memastikan ia betul-betul lembap. Haruman daripada Hugo Boss sudah cukup membuatkan tubuhnya wangi.
Usai bersiap, segera Mikael keluar dari biliknya. Kunci kereta dan jam tangan yang diletakkan di atas meja makan dicapai sebelum jam itu disarung ke pergelangan tangan kanannya. Yep. Kidal.
Tali kasut diikat kemas. Sebelum keluar dari rumahnya, Mikael memastikan betul-betul sama ada pintu sudah berkunci atau tidak. Tangan kiri lelaki itu diseluk masuk ke dalam poket seluar sleknya. Matanya tidak lari dari nombor lif yang dari tadi bertukar.
Beberapa minit kemudian, pintu lif terbuka. Mikael melangkah masuk ke dalam ruang empat segi sempit itu. Jam di pergelangan tangan dibaca. Hmmm. Macam lambat aje.
Dari tingkat 21, turun ke tingkat 15. Lif berhenti dan pintu itu terbuka.
Maryam masuk ke dalam lif dengan nafas yang termengah-mengah. Pantas dia mengambil tempat di hadapan Mikael. Wanita itu hanya memegang clutch bag. Mikael dari belakang memerhatikan dari atas sampai bawah pakaian wanita itu.
Apabila lif sampai ke lobi, mereka berdua bergegas menuju ke kereta masing-masing untuk menghidupkan enjin kereta. Maryam tidak menunggu lama untuk enjinnya panas. Keretanya pantas bergerak keluar dari kawasan parking.
Kereta Mikael hanya bersebelahan dengan Maryam. Lelaki itu hanya memandang kelibat kereta Maryam yang kian hilang dari pandangan.
"YAM! Kau kat mana?" Meen di hujung talian sudah menjerit hampir ke frequency yang maksimum.
"Aku dekat simpang ni. Dalam lima minit lagi aku sampai."
"Ish, kau ni! Dah nak akad dah ni. Suruh tidur rumah Myna tak nak. Kan dah lambat," bebel Meen.
"Seriously? Time ni juga kau nak membebel kat aku? Aku tak ada masa la nak dengar bebelan kau. Aku overslept la lepas subuh tadi," rengus Maryam.
"Sebab itu la aku bebel kat kau. Semalam boleh aje kan kalau kau tidur rumah Myna? Sebab kau balik semalam pun pukul 3 pagi kut. Aku tahu kau mesti letih punya."
"Eh, kau ni bebel kat aku macam kau punya wedding pula. Sabarlah! Kejap lagi aku sampai. Myna tak bising pun, kau pula yang lebih dah kenapa?"
"Sebab Myna tu dah nervous petala ketujuh belas lapan puluh. Aku tengok muka bermekap pun nampak dah pucat. Baik kau datang cepat! Banyak dulang nak angkat ni hakak, oi!"
"Ya! Aku dah nak sampai ni. Kau ni kalau aku berlanggar dengan kereta orang, memang aku suruh kau yang bayar. Tak reti hormat orang tengah drive betul!" Talian terus dimatikan. Meen mencebik. Aku debik minah ni karang, mau bertabur gigi.
Usai memarkir kereta, Maryam segera keluar dari perut kereta. Kain yang sedikit meleret ditarik ke atas sedikit sehingga menampakkan buku lalinya. Kasut yang tinggi langsung tidak mendatangkan masalah kepadanya untuk berlari-lari anak menuju ke arah kereta putih milik Meen.
"Haaa! Sampai pun!" Meen menepuk belakang tubuh Maryam.
"Ish, kau ni. Luntur mekap aku kau debik."
"Kau tolong angkat cincin dengan kasut, eh?" pinta Meen.
"Yalah. Myna mana?"
"Dengan mak dia. Orang tengah nervous mesti la nak berkepit dengan mak."
"Pihak lelaki dah sampai ke belum?"
"Belum."
"Lepas tu kau gesa aku macam aku ni lambat satu abad, kan!" Tangan Maryam pantas menarik hidung Meen. Lantas wanita itu menyeringai kesakitan.
YOU ARE READING
SPLIT
General Fiction♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURI...