BAB 15

4.3K 151 30
                                    

Maryam berjalan perlahan keluar dari lapangan terbang. Tanpa sedar, ada seorang lelaki berlari ke arahnya dengan tergesa-gesa dan pantas bahu mereka bergeseran. Pasport terjatuh. Mata Maryam terpandang tepat pada tiket yang turut sama jatuh. AK 349.

Lelaki itu sempat menoleh. Mata mereka bertembung.

"Aryan." Terpacul keluar nama itu dari bibir Maryam.

Lelaki itu agak terkesima sebentar sebelum terus berlari dengan beg galasnya.

"Aryan..." Maryam seakan masih dalam mimpi. Lamunannya dihentikan sendiri dan dia cuba mengejar lelaki itu. Kali ini dia pasti itu Aryan! Dia bukan nampak melalui sisi atau bayangan lagi! Ini dah betul-betul depan dia!

"Aryan!" jerit Maryam. Tetapi lelaki itu langsung tidak mempedulikannya.

Lariannya terhenti apabila dia mula rasa pedih kembali pada lutut kanan. Telefon segera dikeluarkan. Nama Aryan dicari sebelum telefon melekap pada telinga kiri.

"Nombor yang anda dail..."

Talian dimatikan.

Dia dail sekali lagi.

"Nombor yang anda dail..."

Erh! Dada Maryam berombak kencang. Dia tak faham. Dia yakin dia tak salah orang.

HAFEZ bersandar di kerusi kapal terbang dengan senyuman di bibir. Telefon dikeluarkan dan dia mula memasang password dalam galeri. Sempat dia melihat kesemua gambar-gambar yang diambilnya.

"Encik, kita akan berlepas dalam beberapa minit, boleh switch off telefon?" beritahu pramugara itu.

Hafez jongket kening sebelah. Dengan mengeluh dia menukar mod kepada Silent. Telefon disimpan kembali ke dalam poket sweater hitam. Hood sweater ditarik ke kepala. Tangan memeluk tubuh. Matanya ditutup.

Kecohlah mamat ni, getus hati pramugara itu.

Tiba-tiba kelibat seorang lelaki yang baru masuk ke dalam perut kapal terbang kedengaran termengah-mengah nafasnya.

Hafez kembali buka mata.

Lelaki itu mengambil tempat di sisi Hafez sebelum meletakkan beg galasnya di atas.

"Sorry," kata lelaki itu. Risau jika dia mengganggu tidur Hafez.

"It's okay. Hafez." Hafez hulur tangan.

"Aryan," jawab Aryan.

MARYAM pantas berlari naik ke bilik hotelnya. Dia yakin lelaki tadi Aryan. Dan lelaki itu baru sahaja menaiki pesawat yang sama dengan Hafez. Bagasinya dikemas. Pantas tangannya mencapai telefon di dalam beg tangan.

"Hello?" Selepas beberapa deringan, baru telefon bersahut.

"Hello, baby." Meen kedengaran riang.

"Aku nak minta tolong kau," kata Maryam.

"Hei, hei. Apa hal ni?" Meen terkejut bila dengar suara Maryam yang mengah.

"Aku nak minta tolong kau pergi airport dalam 2 jam setengah lagi akan ada flight dari Jogja sampai. AK 349. I'm not sure kalau memang akan sampai dalam 2 jam setengah lagi, but please help me. AK 349. And please... Please... Please... Kalau kau nampak Aryan... Please..." Maryam renyuk baju yang sedang dia pegang. Air mata menitis. Belum sempat nak masuk dalam beg, baju dah kena renyuk.

"Hei... Apa jadi?" Meen runsing.

"Meen, kau kata kalau aku yakin orang yang aku nampak tu, Yan... Aku tak boleh lepaskan peluang untuk jumpa dia, kan? Now please help me," rayu Maryam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 31, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SPLITWhere stories live. Discover now