Wisata Alam Kalibiru.
Maryam membuntuti langkah Hafez. Titi gantung di hadapannya dipandang sepi.
"Cepatlah." Hafez menghulur tangan. Maryam hanya pandang tangan itu. Tidak menyahut. Kakinya melangkah perlahan ke atas titian gantung itu. Hafez sambung melangkah.
Apabila mereka berada di tengah-tengah titi, Hafez berpaling dan mengambil gambar Maryam yang mukanya masam mencuka. Sengih nipis muncul di wajah Hafez. Maryam yang perasan akan perubahan wajah lelaki itu berasa sedikit lega.
"Awak tak takut tinggi ke?" Maryam saja buka topik.
"Tak."
"Apa yang awak takut?"
"Almost nothing."
Maryam pandang belakang tubuh Hafez.
"Tak mungkin tak ada."
Hafez berhenti melangkah dan menoleh ke belakang. Maryam hampir terlanggar tubuh lelaki itu apabila lelaki itu berhenti secara mengejut. Wajah mereka menghala ke arah satu sama lain.
Sudah hilang wajah tegang. Maryam seakan-akan mahu tersenyum. Tapi cepat-cepat dia menyorokkannya.
"Kucing. Aku geli kucing," beritahu Hafez.
Langkah diteruskan.
"Saya ada dua ekor kucing," kata Maryam.
"Seriously? The poops?"
"Dia orang ada pasir. Toilet trained. Nak risau apa."
"The smell."
"Clump. Tak ada bau."
"Fur?"
"Sikat. Vacuum."
"Food?"
"Dry and wet. Sometimes makan ikan dengan nasi. Like everyday sebenarnya ikan dengan nasi." Tubuh lelaki itu masih membelakanginya. Maryam rasa seronok pula bercerita pasal kucingnya.
"Names?"
"Puss, Mocoon."
"How you came out with Mocoon?"
"Baka Maine Coon."
"Nice."
Maryam toleh jam lagi. Hafez tiba di penghujung titi.
"Jangan risau. I'll be there on 1.30 pm," kata Hafez memandang ke arah Maryam yang masih di atas titi gantung. Maryam senyum nipis.
"Jalan la cepat." Hafez kembali ke dirinya yang suka mengarah. Dengan straight facenya. Senyum pun idok!
Belum sampai kaki Maryam ke pondok yang teguh, Hafez menggoncang tali titi dari tepi. Jantung Maryam macam nak gugur!
"Hei!" jerit Maryam. Orang lain di belakang turut sama berkerut dahi. Siapa tak takut mati?
Hafez ketawa berdekah.
BEBERAPA keping gambar dibelek Maryam. Terima kasih pada Hafez, gambar yang diambil sangat cantik! Betullah orang kata, iPhone 7 punya gambar, no joke doh!
"Gambar-gambar ni saya send dekat WhatsApp saya, eh?" minta Maryam. Memandang Hafez yang sedang memandu menuju ke hotel Maryam.
"No way." Hafez rampas kembali telefon bimbitnya. Atau lebih tepat, telefon bimbit Mikael. Heh.
"Helo, tu semua gambar saya. Saya tak minta gambar awak pun."
"My phone, my rule."
"Handphone Mikael." Maryam mencebik dan membuang pandang ke luar tangkap. Hafez ketap gigi. Eh budak ni kalau aku tumbuk sekali terus terkeluar dari jip ni karang. Biadab nak mampus.
YOU ARE READING
SPLIT
Ficción General♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURI...