Lelaki itu berdiri menghadap cermin yang memberi pantulan tubuhnya. Bibir itu perlahan-lahan mengukir senyuman sinis. Hujung bibir yang berdarah dikesat dengan belakang tangan.
Rambut yang sudah serabai dibiarkan begitu sahaja. T-shirtnya ditanggalkan. Lantas tubuhnya ditelentangkan di atas katil. Siling bilik diperhatikan dengan pandangan kosong. Nafasnya masih belum teratur dek mengah berlari.
Matanya dipejam sebentar. Mengingatkan apa yang terjadi sebentar tadi.
Imbas kembali...
"LONG time no see, bro." Muaz sengih hujung bibir. Sekumpulan lelaki di belakangnya masing-masing memegang batang besbol dan kayu. Tak tercicir juga dengan parang dan kapak. Ni bukan budak yang bajet-bajet punk, skinhead, gothic dan sebagainya, eh. Ni bukan samseng Chow Kit tau. Bukan!
Pandangan Mikael masih belum jelas siapa yang berdiri di celah lorong betul-betul di bawah lampu jalan berwarna kuning. Wajah lelaki itu masih belum dapat dikenal pasti apabila hood sweater menutup kepala lelaki itu. Ditambah lagi dengan gelap malam.
"Kau siapa?" Mikael yang sedang melepak dengan kaki terjuntai di atas tong sampah segi empat besar belakang restoran terus menjejakkan kakinya ke atas lantai dan bergerak ke hadapan sedikit. Mengharap dengan selangkah dia ke hadapan, dia mampu untuk melihat dengan lebih jelas wajah lelaki itu.
Muaz sengih sinis.
"Takkan dah lupa aku?" Kolar T-shirt yang tinggi menutup sedikit mulutnya.
Mikael kerut dahi.
"Kau?" Penumbuknya sudah dikepal.
"Pergh. Lama betul nak tunggu kau ingat aku, kan?" Muaz ketawa.
"Rindu aku tak?" tambah Muaz.
Muaz terus beri isyarat kepada yang lain untuk memulakan serangan apabila Mikael sudah meludah ke kiri. Mikael lebih pantas mengelak setiap serangan... Ah, bukan dia baru hidup sebulan dua. Bukan dia baru kenal Muaz sehari dua.
Pantas yang lain mengejar. Mikael hanya ketawa sebelum bersiap sedia membuka langkah.
"Budak-budak mentah macam ni kau suruh lawan aku, Muaz? Seriously?" Mikael hanya ketawa sambil penumbuknya melayang-layang kiri dan kanan tanpa henti. Ada la beberapa kali dia tidak sempat mengelak dari tumbukan padu mengena pipinya membuatkan dalamnya pecah!
"Sampah macam kau ni patut lupus terus dari muka bumi ni!" jerit Muaz.
Ada dua orang lelaki di hadapan Mikael yang melayangkan penumbuk dan kedua-dua penumbuk itu mampu dielak Mikael. Bahkan mereka pula yang tertunduk menahan perit apabila perut mereka menjadi sasaran Mikael. Atau ketika ini lebih dikenali sebagai Hafez. Ya. Hafez dan Mikael adalah orang yang sama. Cuma yang lain... Identiti!
Kini hanya tinggal Muaz dan Mikael.
"Sudah-sudahlah, Muaz. Berhentilah. Macam mana kau boleh cari aku ni?" sindir Hafez.
"Selagi kau tak mampus, selagi tu aku kejar kau, Mika. Oh no! My bad, Hafez! Kalau Mika, dia takkan serang aku. Tiga tahun aku perhatikan kau sejak kau balik Malaysia. Dah terlalu lama aku kasi kau hidup aman." Muaz bersiap sedia untuk menyerang Hafez tetapi nampaknya Hafez lebih pantas dalam bab bertumbuk.
Muaz terbaring ke belakang apabila Hafez sedikit pun tidak menunggu lama untuk mengayunkan penumbuknya.
"Aku tak kacau kau, kenapa kau kena kacau aku hah?!" tempik Hafez.
Muaz ketawa berdekah.
"Aku akan kejar kau sampai kau mati!" ketawa Muaz lagi dengan bibir berdarah.

ANDA SEDANG MEMBACA
SPLIT
General Fiction♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURI...