Telefon yang berdering dipandang sepi. Lenyap terus lagu yang berkumandang. Hanya kedengaran nada dering telefon bimbitnya.
Talian itu mati.
Mesej diterima.
You're good? - Mikael
Maryam pelik memandang mesej itu. Mulanya dia malas nak membalasnya, tapi dia terasa pelik akan bunyi mesej itu.
Just fine. - Maryam
Nampak macam tak. - Mikael
Maryam terus angkat kepala dan memerhati sekeliling. Tapi susuk tubuh lelaki itu langsung tidak kelihatan.
Kita jumpa dekat bumi Jogja ni macam planned. Tapi sumpah, I didn't plan for this. And meeting you again, here... Saya sumpah sekali lagi, saya tak rancang pun. - Mikael
Mana awak? - Maryam
Don't worry. Saya takkan tunjuk muka kalau awak tak nak tengok. I'll go. But, I just want to make sure you are okay before I go to something else. - Mikael
Maryam mendengus. Yep! Dia perlukan seseorang ketika ini. Kalau tidak, dia tak tahu bila empangan tubir mata ni akan pecah.
Ke sini. - Maryam
Beberapa saat kemudian, Mikael muncul dari belakang dengan senyuman janggal. Rasa serba salah pun ada juga.
"Serius, I just want to make sure you are okay. Nampak gaya macam nak menangis," beritahu Mikael yang masih berdiri.
"Duduklah," pelawa Maryam.
"Tak apa ke?"
"Awak kan kawan saya?" Maryam senyum nipis. Earphone ditarik keluar dari bawah selendang.
Mikael mengambil tempat di hadapan Maryam.
"Mana awak menyorok?" tanya Maryam.
"Kitchen."
"Serius la?"
"Serius!" Mikael mengangguk bersungguh. Maryam ketawa.
"Macam mana awak tahu saya kat sini?" Soalan kedua Maryam.
"Sumpah saya tak tahu. Saya datang dulu okey. Saya baru selesai makan, and having my tea. Tiba-tiba ternampak waiter tu hantar air kat awak," jelas Mikael.
Maryam kecilkan mata.
"Ya ke ni?"
"Sumpah!" Mikael angkat tangan kanan seakan-akan berikrar. Maryam ketawa lagi.
"Banyak kali bersumpah ni. Kalau tipu ni, makan sumpah jadinya," sengih Maryam.
"Sum... Pah," sambung Maryam dan mereka berdua ketawa. Maryam membuang pandang ke luar.
"Boleh kita bersembang?" tanya Mikael. Maryam kembali memandang Mikael.
"Sure."
"Saya ada soalan," beritahu Mikael.
"Apa dia?"
"Seminggu awak tak contact saya, tak jawab WhatsApp, tak angkat call, tu semua sebab Hafez ke?"
Maryam ambil nafas sedalamnya sebelum menjawab.
"Saya ingat awak baik dengan saya sebab nak dapatkan Meen. Yalah, awak nampak lain sangat. Kasar, degil... Entah. Jadi orang yang saya langsung tak kenal. Lagipun saya baru aje kenal awak. Boleh jadi awak memang jenis macam Hafez tu. Mana la saya nak sangka awak dengan dia tu... Hmmm." Maryam senyum dan teguk kopi.
Mikael sengih.
"Awak datang sini?" Mikael membiarkan soalan itu tergantung. Maryam boleh faham sendiri.
YOU ARE READING
SPLIT
General Fiction♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURI...