MARYAM teguk air mineral dari botol berisipadu 1.5 liter itu. Dia menggaru kulit kepala yang terasa gatal.
"Saya minta maaf, Maryam. Mungkin orang yang sebelum ni awak jumpa tu, bukan saya. Maafkan saya, tak terus terang dengan awak. Maafkan saya buatkan awak terluka dengan kata-kata atau tindakan Hafez yang biadab tu... Maafkan saya..."
"Kenapa minta maaf dengan saya?" Maryam senyum nipis menatap wajah Mikael yang sugul.
"Saya tak tahu awak fikir apa, tapi tak semua orang sempurna. Setiap orang mesti ada kelemahan dia sendiri. Betul tak? Mungkin ini kelemahan awak yang awak tak nak orang lain tahu. Saya faham itu. Awak tak perlu minta maaf. So, sekarang saya dah tahu keadaan awak, tak adalah saya nak terus marahkan perangai Hafez tu. By the way, he is rude." Maryam mencebik mengenangkan apa yang Hafez katakan kepadanya.
Mikaael ketawa kecil.
"Dia banyak susahkan awak?"
"Bukanlah menyusahkan. Tapi menyakitkan hati. For one second, saya ingat awak baik dengan saya sebab nak dapatkan Meen," cerita Maryam.
"Meen?" Mikael jongket kening.
"Yeap. Meen, kawan baik saya tu. Tapi sekarang saya rasa, Hafez yang tertarik dengan Meen."
"Hafez tanya pasal Meen?" Mikael kerut dahi.
"Tanya? No! Dia minta nombor telefon Meen. Desperately." Maryam ketawa kecil. Kelakar bila mengingatkan betapa bodohnya dia marahkan Mikael waktu itu.
Mikael terdiam sejenak.
"Kenapa dia perlu minta dekat awak sedangkan dia boleh dapatkan sendiri?" Mikael jadi tertanya-tanya.
"Mana saya tahu? Malu, maybe?" Maryam senyum.
"Hafez tak pernah malu. Tak pernah takut. Dia tak perlu tanya awak kalau dia desperate nak tahu. Sebab dia boleh buat semuanya. Sendiri," kata Mikael. Mati senyuman Maryam. Terasa macam darah dipam keluar dari saluran pembuluh darah. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup untuk seketika.
SELESAI makan malam, Maryam dan Mikael berjalan seiringan menuju ke hotel Maryam. Suasana sepi seketika.
"Tadi saya ada call Akim. Dia kata selalunya kalau awak ke luar negara, awak akan bawa Isaac. Kenapa kali ni awak tak bawa dia sekali?" Soalan Maryam memecah hening suasana.
"Kalau ada kerja luar, yes saya akan minta dia ikut saya. Cuma kali ni saya ingat, saya nak bersendiri. Ambil masa untuk diri sendiri. Ingatkan boleh handle diri sendiri, seems like I failed," sengih Mikael. Wajah lelaki itu sudah naik sedikit jambang dan misai yang baru dicukur.
Daripada baby face, kini nampak lebih maskulin. Mata lelaki itu tak pernah tenang. Setiap kali Maryam pandang mata lelaki itu, ia seakan-akan melempar rasa benci dan marah. Mungkin kerana bulu mata bawahnya itu lebat. Tetapi mata itu sungguh menarik perhatian Maryam. Lebih-lebih lagi apabila Hafez yang muncul. Seakan-akan mata itu memang khas untuk Hafez yang berperwatakan garang dan baran. Pandangannya tajam, tapi untuk seketika, Maryam merasakan mata itu mencuit... Ergh. Abaikan perasaan itu!
"Maryam?" Mikael mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Maryam membuatkan wanita itu tersentak dan lamunan terhapus.
"Fikirkan apa?" Mikael ketawa perlahan.
"Tak ada apa." Maryam menggeleng dan tersenyum. Selendangnya dibetulkan sedikit.
"So, awak datang sini untuk bercuti ajelah?" Maryam kembali ke dunia realiti.
"Haah. Tak sangka jumpa awak. Jodoh takkan pernah lari, kan?" sengih Mikael.
Maryam senyum janggal. Kaki mereka berhenti apabila telah tiba di hadapan pintu hotel Maryam.

ANDA SEDANG MEMBACA
SPLIT
Ficción General♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURI...