"SEE you when I see you." Hafez senyum nipis sambil bersandar di pintu jip. Maryam menjeling.
"Huh." Maryam buat muka toya. Hafez senyum dan menggeleng sebelum masuk semula ke dalam perut jip.
"Hei, Yam!" jerit Hafez dari dalam perut jip. Maryam menoleh. Yam? Amboi, suka hati mak bapak kau aje tempik nama aku Yam. Kau ingat kau kawan baik aku apa nak panggil-panggil Yam.
"Balik bila?" tanya Hafez.
Maryam mencebik. Tak mahu jawab dan terus melangkah masuk ke dalam hotel. Hafez hanya muncung mulut dan jongket bahu. Berlagak nak mampus.
Jip itu terus berlalu laju membelah laluan jalan raya. Maryam toleh ke luar pintu kaca hotel. Pintu lif masih belum terbuka. Kelibat lelaki itu hanya dipandang tanpa ada apa-apa rasa. Kosong.
Ting! Pintu lif terbuka. Maryam tidak peduli langsung orang yang baru keluar dari perut lif itu. Dia melangkah masuk apabila lif itu kosong.
Hidung Maryam kembang kempis menghidu bauan di dalam lif. Cepat-cepat tangannya menahan pintu lif daripada tertutup. Kelibat manusia sudah hilang dari mata kasarnya. Dia kenal bauan itu.
Jantung Maryam berdegup laju. Tidak mampu untuk diredakan hingga pintu lif itu tertutup dengan sendirinya.
Imbas kembali...
"Maryam," panggil Aryan.
"Hm?" Maryam berhenti membelek barang-barang antik di hadapannya.
"Kau plan nak kahwin bila?"
"Kahwin? Entah. 23, 24 kut."
Aryan sengih.
"Dengan siapa?"
"Entah. Sesiapa ajelah yang nak aku." Maryam ketawa.
Sengih Aryan hilang.
"Habis aku ni?"
"Kau nak aku ke?"
"Nak la! Tanya lagi." Aryan menjeling dan mencapai barang antik berbentuk gajah duduk.
"So, aku kahwin dengan kau la nanti." Maryam jawab selamba.
Aryan kembali menyengih.
"Kau tunggu aku tau," bisik Aryan. Kawan-kawan yang lain sedang sibuk mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.
"Berapa lama nak kena tunggu?"
"Berapa lama kau boleh tunggu?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Berapa lama kau nak buat aku menunggu?"
Aryan senyum.
"Aku cuba ASAP."
Kedua-dua mereka tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Yang kau orang berdua ni sengih-sengih dah kenapa?" tegur Meen yang perasan akan gelagat mereka berdua.
"AKU tak tahulah, Meen. Tapi aku asyik nampak kelibat Aryan aje kat sini." Maryam mengadu. Dia tahu Meen aje yang boleh dia luahkan segalanya buat masa ini.
"Itu sebab kau yang gatal pergi sana. Habis semua benda akan flashback baliklah. Cuba kau pergi tempat lain. Tempat yang tak mengingatkan kau pasal dia. Takkan kau jumpa kelibat dia punya," rengus Meen. Kakinya digoyang-goyang. Sengaja tarik perhatian Puss dan Mocoon yang sedang fokus menangkap kakinya.
Maryam memuncung. Hatinya terasa berat tiba-tiba.
"Kalau kau rasa susah, berat, asyik teringatkan dia... Kau baliklah sini cepat. At least aku dekat dengan kau kat sini. Boleh temankan kau," tambah Meen.

YOU ARE READING
SPLIT
General Fiction♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURI...