BAB 4

2.7K 116 3
                                    

MIKAEL merebahkan badannya di atas sofa. Cahaya dari bandar Kuala Lumpur sedikit sebanyak masuk ke dalam rumahnya. Dia capai telefon bimbitnya. Aplikasi galeri dibuka. Laju jarinya membuka folder yang sudah lama tidak dibuka.

Kelihatan gambar dua orang lelaki sedang berdiri bersebelahan sesama sendiri. Skrin telefon bimbit disentuh lembut. Ayah... Air matanya bertakung. Matanya terkatup rapat. Kini mimpi berkuasa untuk meneruskan jalan penceritaannya.

"D.I.D. Dissociative identity disorder atau boleh dipanggil MPD that means multiple personality disorder. Puan tahu apa maksud tu?" Dr. Adi merenung dalam-dalam anak mata Puan Misha.

"Split personality?"

"Ya. Kadang-kadang dalam satu tubuh, boleh wujud lebih daripada 2 personaliti yang berbeza. Bezanya bukan sikit tetapi ketara. Personaliti-personaliti ini ada nama mereka tersendiri, perangai sendiri, apa yang mereka minat, apa yang mereka takut, kelemahan dan kelebihan sendiri. Umpamanya mereka orang yang berlainan tetapi terkumpul di dalam satu tubuh. Tak semestinya Mikael lelaki, personaliti dalam badannya semua lelaki. Boleh jadi ada budak perempuan, kanak-kanak kecil, orang dewasa, tua, gay, lesbian dan sebagainya," terang Dr. Adi. Puan Misha terkejut. Air matanya tumpah.

"Ini adalah salah satu penyakit mental yang jarang sekali berlaku. Selalunya punca berlaku split personality ni adalah sebab tekanan yang melampau waktu kanak-kanak. Mikael ada alami tekanan ke?" sambung Dr. Adi.

Puan Misha terdiam. Dia hanya menggeleng sambil bebola matanya ke kiri dan kanan.

"Personaliti-personaliti ini tak dapat dikawal bila dia nak keluar. Apa yang puan dapat buat sekarang hanya memberi perhatian penuh kepada Mikael."

Puan Misha mengangguk lemah.

BUNYI telefon bimbit Maryam nyaring berdering menandakan waktu subuh sudah masuk. Puss yang sedang tidur nyenyak di sebelah turut terjaga dek bunyi ayam yang berkokok macam nak runtuh bangunan. Kucing itu menggeliat sepuasnya hingga kakinya mengena pipi Maryam.

Maryam ketawa.

"Amboi Puss mengebatnya kaki!" Kaki Puss ditolak sedikit.

Meow!

"Nak makan? Kejap, ya? Akak nak mandi, solat dulu baru kasi awak makan, okey? Sementara tu awak makanlah pallet tu dulu."

"Eh. Mocoon mana?" Maryam menunduk. Matanya liar mencari di bawah meja. Tak jumpa. Merata dia mencari, tidak juga dijumpai. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi.

"Akak mandi dululah. Nanti akak cari Mocoon eh, Puss." Laju kaki Maryam berlari masuk ke dalam bilik air.

"Laaah... Kat sini budak ni!" Kelihatan Mocoon sedang duduk di penjuru bilik air.

"Buat apa kat sini? Basah la, sayang. Tidur dekat bilik akak sana." Terus diangkatnya Mocoon yang separa tidur.

MIKAEL yang berbaju Melayu berwarna kelabu terkejut melihat jubah milik Maryam. Dia garu belakang tengkuk.

"Dah lama tunggu?" sapa Mikael dari belakang.

"Eh, taklah. Baru aje turun." Maryam senyum sesaat.

"Akim suruh awak pakai baju kelabu ke?" tanya Maryam.

"Tak. Myna suruh awak pakai baju kelabu ke?" Soalan berbalas soalan.

"Haah."

"Saya tak tahu pula kita akan pakai baju warna yang sama." Mikael hanya tersengih sebelum menghidupkan enjin kereta. Maryam terasa segan.

"Masuklah," ajak Mikael.

Perlahan-lahan Maryam ambil tempat di tempat duduk penumpang bersebelahan dengan Mikael.

"Seat-belt please. Unless you ada cash RM300 untuk bayar saman right now," beritahu Mikael sebelum kereta mula bergerak.

Maryam hanya tersengih dengan lawak tak berapa nak bodoh itu.

Untuk beberapa minit mereka hanya mendiamkan diri.

"Awak kerja apa?" Maryam memulakan perbualan.

"Sniper," jawab Mikael serius. Maryam membulat mata. Serius ke dia ni?

Kemudiannya Mikael ketawa.

"Tak adalah. Awak ingat saya ni perisik ke apa?" sambung tawa Mikael.

"Or even worst, killer." Maryam mulut capoi.

"Might be." Gurauan Mikael membuatkan Maryam makin seram.

"Eh, janganlah muka tegang macam tu." Mikael mula perasan wajah Maryam bertukar pucat. Mana tidaknya, dah la tak kenal tiba-tiba cakap pasal benda seram. Lepas tu, tambah dengan bibir pecah semalam. Ish.

"Macam mana tak tegang? Awak cakap benda pelik macam tu. Siapa tak takut? Berjiran dengan saya pula tu." Maryam peluk tubuh.

Mikael ketawa. Matanya fokus kepada pemanduan. Soalan Maryam dibiar tergantung tidak berjawab. Maryam ketap gigi. Aku tanya, tak berjawab!

"Awak kerja apa?" Soalan Mikael membuatkan Maryam mencebik. Eh, geram pula aku. Aku tanya dia, dia tak nak jawab. Dia tanya aku, aku kena jawab ke?

"Tukang sapu sampah aje." Selamba jawab Maryam.

"Eh, baguslah. Boleh saya minta tolong sapu rumah saya?" balas Mikael.

"Saya tak ambil upah sapu rumah killer." Maryam peluk tubuh dengan matanya fokus di jalan raya. Mikael ketawa.

SETIBANYA mereka berdua di hotel milik sahabat ayahanda Myna, Mikael segera mencari parking yang sesuai. Telefon Maryam tak henti-henti berdering dari tadi.

"Ya, aku dah sampai ni. Tengah parking kat basement ni. Kau kat mana?" Maryam tergesa-gesa keluar dari perut kereta.

Mikael hanya melihat belakang tubuh Maryam yang sudah tergesa-gesa berlari meninggalkan dirinya. Mikael menggeleng sambil tersenyum. Perempuan. What do you expect? Kelam-kabut sentiasa. Tak reti nak relaks langsung.

Mikael menapak sama memasuki bangunan tinggi itu.

Mata Maryam melilau mencari nombor bilik Meen. Dia langsung tak peduli tentang Mikael yang menumpangkannya sebentar tadi. Ah. Aku ada benda lagi penting sekarang, okey?

TOK! TOK! TOK! Ketukan di daun pintu bilik Meen kedengaran berkali-kali.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Maryam meluru masuk ke dalam ruangan kosong itu.

"Lambatnya kau datang!" rengus Meen.

"Eleh, cakap aku. Kau tu pun mekap tak habis lagi."

"Ah, enough with this argument. Tolong mekapkan aku. Muka aku dah separuh badut dah ni." Meen sua mukanya. Minta dibantu Maryam.

"TU." Meen siku Maryam yang sedang duduk menikmati makanan katering. Maryam hanya menjeling ke arah Mikael.

"Kenapa?"

"Handsome tak pada kau?" Soalan Meen buat Maryam terkejut.

"Kenapa? Kau suka?"

"Kalau calon suami, aku nak macam tu."

"Cakap ajelah kau berkenan kat dia," usik Maryam.

Meen tersengih.

"Boleh la. Muka dia comel sangat. Baby face gitu."

"Seriously?" Maryam mencebik.

"Kau kan satu kondo dengan dia. Tak nak tolong aku jadi spy peribadi buat sementara waktu?" Meen mencuit-cuit pinggang Maryam.

"Tak nak. Buang karan aje. Kau nak, kau pergi tanya sendiri dengan dia."

"Kau ni bukan nak tolong aku bina masjid, kan?"

"Eh, eh... Usahalah sendiri. Hati kau, bukan hati aku. Plus, aku tak nak bersekongkol dengan kau untuk curang."

"Kalau aku ajak dia keluar makan, agak-agak dia nak tak?" Meen tanya pendapat. Buat endah tak endah dengan ayat sinis terakhir Maryam.

"Entah." Maryam pandang semula ke arah Mikael yang sedang bergelak ketawa. 

SPLITWhere stories live. Discover now