BAB 8

2.3K 98 4
                                    

"Tak payah. Biar aku yang tengok siapa." Maryam capai selendang dan dililit malas ke kepala. Dia cuba melihat siapa yang berada di hadapan pintu rumahnya dari corong mata. Hitam. Pelik.

Maryam membiarkan selak rantai besi di tempatnya. Dia membuka pintu sedikit untuk memberi ruang dia lihat siapa di luar.

Dia kaget apabila Hafez sengih sinis. Cepat-cepat Maryam membuka selak dan keluar.

"Awak buat apa kat sini?"

"Nombor Meen."

"Pergilah cari sendiri!"

"Dia dah ada boyfriend ke?"

"Memang pun. Tak payah sibukkan orang yang ada boyfriend boleh tak?"

"Baru boyfriend." Hafez mencebik.

"Awak datang sini nak cari gaduh dengan saya ke?"

"Aku just nak nombor Meen. Kau yang sibuk panjangkan conversation kita. Kalau kau bagi, dah settle. Tak payah kau hadap muka aku ni."

"You know what? Never!" Maryam cuba masuk semula ke dalam rumah tetapi pantas dihalang Hafez.

"Apa aku nak, selalu aku dapat."

Maryam sengih sinis.

"Then prove it!" cabar Maryam.

"Okey!" Hafez menjeling Maryam dan berlalu pergi. Jeling macam nak juling. Ngomel Maryam.

"Siapa tu?" tanya Meen.

"Jiran," jawab Maryam selamba.

"Nak apa tengah-tengah malam buta ni?"

"Nak pinjam hammer. Aku tak ada hammer."

"Eh... Tadi aku nampak hammer atas peti ais kau." Meen bangun dari sofa.

"Eh, tak payah. Tak payah. Dia dah balik pun." Maryam masuk ke dalam bilik. Kemudiannya dia keluar semula.

"Meen, kau privatekan tak Instagram kau?" tanya Maryam tiba-tiba.

Meen menggeleng.

"Baik kau privatekan."

"Kenapa pula? Kau pun tak privatekan IG kau." Meen bertambah pelik.

"Kau tak tahu ke kes orang sekarang yang ambil gambar kita lepas tu dia edit kasi bogel dan sebar kat semua orang?"

Meen terdiam sejenak.

"Tu kes dah lamalah."

"Precaution. Mana nak tahu tiba-tiba dia orang ambil gambar kau pula. Kau kan instafamous." Maryam cuba menakut-nakutkan Meen.

Meen kerut dahi. Telefon bimbit dicapai. Terus pergi ke setting dan akaunnya automatik ditukarkan kepada private. Nasib baik Meen ni jenis yang lurus sikit. Sikit ajelah tapinya.

JARUM jam di tangan Maryam sudah menganjak ke pukul 10 malam. Sudah hampir seminggu dia tak nampak kelibat Mikael. Ada la juga beberapa kali lelaki itu menghubunginya melalui telefon, tapi sekalipun tidak pernah dia angkat.

Dia tahu apa yang lelaki itu mahu. Maryam merengus di dalam kereta.

"Apa ni mengeluh macam tu?" Meen tarik tali pinggang keledar. Maryam terus menukar mod telefon bimbitnya kepada airplane. Biar tak ada siapa pun yang boleh hubungi dia.

"Kau tak nak angkat ke call tu?" Bunyi yang dari tadi datang daripada telefon bimbitnya sebelum ditukar kepada mod airplane sedikit sebanyak mencetuskan pertanyaan dalam diri Meen.

"Tak penting," jawab Maryam ringkas.

"Alright." Meen malas nak ambil tahu lebih lanjut.

"So, you dah confirm semua barang you dah ada?" tanya Myna yang duduk di tempat duduk belakang.

SPLITTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang