Episod 16

135 8 9
                                    


(Sambungan daripada episod 15)

Jung Saena p.o.v.

"Mwo...?"

Semuanya berlaku dengan pantas. Kedengaran Peguam Kang meronta perlahan sebelum kelihatan tubuhnya jatuh kat depan mata aku. Tatkala itu, nafasku semakin hilang. Deria rasa semakin tak berfungsi. Dan pendengaran semakin berdengung kuat menandakan kematian.

Tak lama lepas tu, semuanya bertukar gelap. Aku tak dapat merasakan apa2 lagi, melainkan otak aku yang mula berfungsi ke arah yang tak sepatutnya.

***

Don't you realise
they're watching
us now...?

Author p.o.v.

"Jung Saena, can you hear me...?"

Seakan mengetahui masa memihak kepadanya, per lahan2 Jung Saena bangun semula sebelum memandang sekelilingnya dengan tajam.

Dia mula menyentuh perlahan telinga kanannya yang telah dipasang bluetooth oleh Shin Handong, sebelum dia menjawab...

"Ne, sajangnim (Yes, sir)."

"Good. Now, are you ready with our mission?" soal Dr.Jo.

Jung Saena kembali memandang mereka sebelum Lee Junyeong menyerahkan gambar Ahn Yeongji tadi kepadanya. Namja bersuara husky tadi iaitu Heo Jangmyul pula menyerahkannya sepucuk rifel berpeluru 9. Manakala Shin Handong hanya mengangguk sahaja.

Sambil memandang rifel yang dipegang di tangan kirinya, matanya terus melirik ke arah sekujur tubuh kaku di lantai bilik itu.

Tubuh Peguam Kang yang terlantar di hadapan kakinya itu tidak bergerak lagi. Darah segar masih mengalir keluar dari rekahan di celah lehernya.

"Na..shijakhaeyo (I'm..ready)." Jung Saena mempamerkan sebuah senyuman yang menakutkan.

Mereka turut tersenyum sama sebelum bergerak keluar dari bilik itu. Dr.Jo dan Cha Gongshik sudahpun menunggu dalam van hitam milik mereka.

Tatkala itu, dengan sekali balingan sebatang mancis sahaja, Heo Jangmyul berjaya membuatkan seluruh rumah milik Peguam Kang itu marak dijilat api dalam masa yang singkat.

Pada ketika itu juga, Jung Saena yang kini bukanlah seperti Jung Saena yang dahulu. Kematian jangka pendeknya tadi hanyalah sementara. Kini, 97% daripada otaknya telah dikawal oleh sejenis dadah membunuh yang jarang ditemui, iaitu Neurobubblytoxine.

***

(2007.)

Remaja berusia 13 tahun itu memandang sekeliling. Semuanya dilumuri dengan darah. Sesekali tangannya yang masih memegang pisau itu menggeletar.

"Junyeong-ah...jebal..." kedengaran seseorang merayu dengan lemah. Dia melangkah mayat2 ahli keluarganya lalu menuju ke arah orang itu.

Kelihatan tangan samchon sulungnya me lambai2 minta dilepaskan. Dia hanya kembali tersengih kejam sebelum kembali mendiamkan sahaja namja berbadan tegap berpangkat Sarjan itu.

Sementara itu, Kang Heerin per lahan2 kembali sedar dari pengsannya, sebelum melihat kelibat budak tersebut keluar dari rumah itu.

Tidak lama selepas itu, pandangannya gelap kembali.

Criminal - **EXO's D.O. ff** [COMPLETED]Where stories live. Discover now