╰/2\ Terjumpa Crush ╮

1K 46 14
                                    

Jungkook

"Kenapa tu?"

"Dia tengah muhasabah diri"

"Laah pasal apa pulak?"

"Pasal dia tolong minah mana entah dekat tandas semalam"

Aku abaikan perbualan mereka bertiga dan terus menghantuk-hantukkan kepala aku keatas meja. Rasa bengang dengan diri sendiri. Yang gatal sangat pergi tolong perempuan tu kenapa? Urghhh.

Aku mengeluh dan membiarkan kepala aku tersadai diatas meja. Muka aku diiringkan ketepi, menghadap ke tingkap diantara kelas dan koridor. Tingkap nako yang dua tiga dah pecah sebab aku main bola kertas dengan Taehyung ditenung. Tak bukan tingkap tu yang aku tenung sebenarnya tapi benda disebalik tingkap tu. Berhadapan dengan blok form 5, blok aku, ada blok form 3. Dua blok ini bersambung atas sebab yang aku tak tahu kenapa tapi yang pasti memang jarang sangatlah ada pelajar yang suka hati masuk blok orang lain. Dorang sibuk dengan exam dorang,kitorang sibuk dengan exam kitorang. Tapi yang jenis gatal nak tengok senior handsome/lawa ataupun junior lawa/handsome tu ade je.

Aku tak minatlah tengok junior-junior aku ni. Bukannya benci, bukannya takde yang lawa tapi aku tak minat dekat dorang. Aku lebih tertarik dengan perempuan yang lagi tua. Tapi tahun ni aku dah senior, jadi setakat tahun ni takde lagi perempuan yang tarik minat aku.

"Tu termenung apa pulak tu?"

"Entahlah dia."

"Lantaklah. Asal dia sihat walafiat aku okay"

"Ye tak ye jugak."

"En"

"En"

"Tapi macam serius je dia berangan"

"Alah teringat dekat Jaeeun nuna lah tu"

Aku berdecit dan terus mengangkat kepala aku. Wajah tiga orang malaun yang tersengih-sengih kalah kerang busuk aku jeling. Nak mengumpat pun agak agak la wey . Telinga aku setiap hari korek kot.

"Aku tak faham kenapa aku tolong dia tau. Dia panggil aku pengotor tapi aku baik hati pulak tolong dia. Urghh" aku menekup muka aku.

"Baguslah! Baru nampak lelaki sejati, gentleman" Jimin menjerit sambil menepuk kuat belakang aku. Aku mengaduh kecil sebelum menampar balik bahu dia dengan tenaga padu sampai dia terlanggar Taehyung. Sikit lagi dorang nak jatuh bergolek dari kerusi dorang.

Hoseok tergelak besar. Nasib dia baik sebab dia duduk berhadapan dengan kami bertiga. Kalau tak habis tiga-tiga nak jatuh. Jimin dan Taehyung pula pandang aku semacam srbelum gerakkan kerusi dornag menjauhi aku. Tahu takut!

"Gentleman jadah apenya! Mesti nampak macam aku ni jenis senang kena pijak kepala." aku membantah kenyataan Jimin.

"Dahlah weh. Lepas ni kalau terserempak dengan dia buat dont know jelah. " Taehyung memberi idea sebelum mengambil botol airnya lalu meneguk air masak itu.

"Harap aku tak jumpa dia dah" aku memejam mata sambil mencantumkan tangan aku dengan muka mengharap.

"Yang lepas biarlah berlalu. Yang penting sekarang ni bila kita nak pergi makmal komputer ni?" Hoseok menaikkan keningnya. Aku Jimin dan Taehyung serentak memandang jam yang tergantung didinding kelas. Kami berempat terus bangun sebelum keluar dari kelas melalui pintu belakang.

Unexpected ◆jjk◆Where stories live. Discover now