Bacalah fanfic baru saya 💕
Hyemi
"Ha'aaaah! Lepas tu kaaaaaan! Dia kataaaa! Aku selekeeeh!" bersungguh aku bercerita kepada Seungkwan melalui telefon. Bukan apa , dia balik kampung dia sekejap. Kenapa aku tak ikut? Dia cuma abang angkat aku. Lima atau enam tahun lepas, mak ayah dia accident dan meninggal jadi omma ambil dia jadi anak angkat. Aku sendiri tak tahu kenapa, padahal Seungkwan ade je keluarga lain.
Tapi bila fikir balik, bagus jugak. Adelah tempat untuk aku mengadu. Hampir 90% pasal hidup aku diceritakan dekat dia. Aku percayakan dia, with all my heart . auch gitu.
"Serius? Adeke dia kata kau selekeh? Teruk betul. Tak gentleman langsung!"
Seungkwan turut kedengaran bersungguh membalas aduan aku. Dengan bodohnya, aku mengangguk-angguk laju. Macamlah dia nampak adoi. "Kan? Patutlah nampak lonely semacam, mulut cililaka rupanya"
"Biarlah. Dia ada masalah kot, tu yang lepas kat kau tu"
"Kotlah kan?" Aku mengiyakan. Kuku ditangan kiri aku dibelek-belek tanpa sebab. Sudah menjadi tabiat aku mungkin buat macam tu setiap kali berbual melalui telefon.
"Omma apa khabar? Rindulah"
"Nak cakap dengan omma ke?" Aku menyoal. Baru aku mahu mengangkat punggung, dia membalas. "Eh tak payah! Aku nak call dia sendiri nanti. Baru best. Kalau guna phone kau nanti mesti tercongak sebelah omma sebab nak telefon balik lepas habis cakap. Takde privasi!"
Aku menjulingkan mata. Ah Hyemi, bodohlah kau. Macam dia nampak. "Yelah ape-ape jelah. Macam mana nenek kau? Ok?" Tanyaku.
"Gila tak ok. Dia pukul 6 dah kejut aku ajak joging tau. Aku hampir tertidur masa ikut dia joging"
Aku tergelak. Nenek Seungkwan, walaupun dah tua, aku akui memang cergas. Ada sekali tu kitorang sefamili datang melawat nenek dia sebab sajelah nak bermesra apa semua. Dua hari kami duduk disitu (lepas puas dipujuk oleh nenek Seungkwan) , macam-macam aktiviti dia buat. Sorang-sorang. Pagi joging, pastu balik masak breakfast, lepastu rehat-reaht sikit pastu masak lunch pulak. Pukul 4, dia dah siap-siap nak pergi taman mini dia dekat belakang rumah. Kalau korang peminat bunga, memang taman tulah syurga bagi korang. Macam-macam bunga ada,yang korang tak tahu wujud pun kemungkinan ada dekat situ. Lepastu kalau ada masa terluang, habis satu rumah dia mop.
"Kau yang lembik!"
"Mana ada!" nafi Seungkwan.
"Yelah kalau tak takkan sampai nak tertidur sambil joging kut"
Kedengaran Seungkwan mendengus di hujung talian. Aku terus tergelak.
"Apa jadi kat sana lagi? Ceritalah—"
Bunyi dentuman kuat menyentakkan aku. Yoongi secara tiba-tiba masuk ke dalam . Aku menjarakkan handphone dari telinga dan pandang dia pelik. "Apa?"
"Seungkwan eh?" kedua-dua tangannya naik untuk mencekak pinggang. Aku mengangguk. "Siapa lagi do?"
Dia mengherotkan bibir. "Sikit sikit Seungkwan!"
Tersentak aku apabila dia tiba-tiba menjerit. Telefon yang aku jarakkan dari telinga tadi aku rapatkan balik ke telinga. "Jap eh. Yoongi meroyan ni"
YOU ARE READING
Unexpected ◆jjk◆
Fanfiction"Kau sape?! Kau buat apa kat sini? Ni kan tandas lelaki?" "Eey kenapa ada benda coklat ni kat sini? Banyak pulak tu! Kau cirit birit ke ape? Tak reti flush?" -dimana Min Hyemi terjumpa dengan Jeon Jungkook semasa dia menceroboh ke dalam tandas le...