Tiga hari kemudian........
Jungkook seperti biasa, awal-awal lagi dia sudah bangun. Hari sekolah tak sekolah, dia akan tetap bangun awal. Cuma yelah kan harini sekolah so memang sah-sah bangun awal.
Usai memakai uniform sekolah lengkap, dia akan turun bersarapan di bawah. Biasanya, hanya Jungkook dan omma sahaja ada untuk breakfast. Papa jarang breakfast sekali, selalu nak cepat. Jihyun pun sama. Biasanya dia akan bangun awal semata-mata untuk pergi sekolah awal dengan papanya. Jaehwan? Budak tu mana pernah bangun awal. Dekat-dekat pukul 8(pagar sekolah di tutup) baru dia bangun. Mentang ayam tambatan cikgu, sukahati dia aje."Omma, breakfast apa? " soal Jungkook sebaik melangkah ke dapur. Namun langkahnya terhenti melihat adik perempuannya dimeja makan. "Aik kakak tak pergi lagi? "
Jihyun dengan masih mengunyah, menggeleng. Dia langsung tak pandang Jungkook. Itulah yang berlaku sejak Hyemi masuk hospital. Jealousnya tak pernah nak hilang. Tapi Jungkook tak kisah. Dia tak nak kisah pun pasal hal ni. Lelaki itu kemudiannya mengambil tempat di sebelah Jihyun.
"Aku terbangun lambat" beritahu Jihyun tiba-tiba .Jungkook cuma menjawab dengan 'oh' . Sambil itu, dia menyapu nutella pada roti yang dah dibakar dengan planta. Ommanya ada di satu bilik berdekatan dapur. Bilik itu kecil aje dan memang khas untuk laundry.
Jungkook menjeling adiknya sekejap. Patutlah diam aje, main game rupanya.
"Kakak" panggilnya seraya menggigit roti.
"Mm" hanya itu balasan Jihyun.
"Main piano tiles pun mute ke?"
Jihyun mengangkat kepala lalu mengecutkan(?) hidungnya. "Diam ah. Sebok. Aku nak jaga ketenteraman pagi omma je" . Kemudian dia kembali sambung main game. "Bukan cam kau, main game nak bagi sekampung tahu" sempat dia mengutuk perlahan.
"Eh nede jangan fitnah eh" marah Jungkook . Sambil itu dia menghabiskan suapan terakhir rotinya.
Jihyun tak menjawab. Dia hanya diam. Jungkook yang perasan hal itu mengeluh. Mood dia dah berubah 90°. "Dahlah jom pergi sekolah." . Lalu Jungkook terus mengangkat punggungnya. Air yang disediakan, dia teguk sambil berdiri. "Omma! Kitorang pergi dulu!"
"Ok! Bye! Elok-elok jalan!" jerit omma mereka dari bilik laundry itu.
"Iyee!" kalini, kedua mereka serentak menjawab.
~♡~
Jungkook diam. Jihyun lagilah, memang tak dia nak cakap. Hanya bunyi derap kaki mereka sahaja kedengaran. Bunyi bising dari pelajar lain yang turut jalan kaki pun ade, tapi aura janggal antara mereka berdua tetap tak hilang. Eh silap, aura janggal dari Jihyun je.
"Sampai bila kau nak macam ni?" tanya Jungkook memecah sunyi antara mereka. Jihyun memandang wajah sisi Jungkook buat beberapa saat. Kemudian dia berpaling ke arah bertentangan.
"Aku tak tahu.."
"Kalau kau tak macam ni, kita boleh jadi best buddy tau."
"Aku tahu.."
"Kalau tak, sekarang mungkin kau dah ade boyfriend"
"Aku tahu.."
"Kalau tak mesti kita boleh usik-usik pasal crush. Macam adik beradik lain.."
Kalini Jihyun diam. Dia tidak lagi membalas setiap 'kalaulah..' Jungkook. Dia hanya berdiam diri. Sekilas matanya menjeling Jungkook lalu dilarikan ke arah lain. Jantungnya dari tadi berdegup kencang. Dia tak betah berada dekat dengan lelaki itu, rasa mahu meletup sahaja jantungnya. Tetapi ayat Jungkook tadi betul-betul buat dia makan hati.
YOU ARE READING
Unexpected ◆jjk◆
Fanfic"Kau sape?! Kau buat apa kat sini? Ni kan tandas lelaki?" "Eey kenapa ada benda coklat ni kat sini? Banyak pulak tu! Kau cirit birit ke ape? Tak reti flush?" -dimana Min Hyemi terjumpa dengan Jeon Jungkook semasa dia menceroboh ke dalam tandas le...