Emoji tu terletak sebenarnya tapi macam kena pulak so kita biarlah dia dekat situ
"Omma lapaaaaaar" Hyemi menggeselkan kepalanya ke lengan ibunya. Min Daehee, yang dari tadi dikacau anak bongsunya berdecit kuat. "Pergilah dapur" kepala anaknya ditonyoh menjauhi lengannya. Gelilah. Macam ada bulu-bulu je dekat lengan dia.
"Pergi dah tadi. Takde pape pun kat dapur" Hyemi yang hampir terjatuh katil tadi kembali meniarap disebelah ibunya yang duduk bersandar pada kepala katil. Dia duduk ni pun hujung-hujung je. Sekali tolak memang jatuhlah. Tadi pun dia tahan dengan tangan dia lepastu naik atas balik.
"Omma dah masaklah tadi! Cari elok-elok" belakang anaknya ditepuk kuat sambil matanya melekat pada skrin telefon. Resepi kek baru ni mesti dia hadam betul-betul.
"Dah cari dah! Takde" Hyemi merengek. Mukanya disembamkan ke atas peha ibunya yang diselimuti comforter tebal.
"Ada!"
"Takde lah! Dah tiga kali tau orang cari. Roti pun takde sedih betul" Hyemi meletakkan dagunya ke atas peha ibunya. Terus Daehee menolak kepala Hyemi. Dia tak boleh betul kalau orang letak dagu atas dia, rasa geli dia macam kena geletek sampai pengsan.
Kemudian barulah dia teringat, makanan sudah habis dimakan Seungkwan yang penat 8 jam duduk dalam bas. Balik-balik melantak sampai habis lepastu sambung menidurkan diri didalam bilik. Nanti perut buncit baru tahu.
"Oh baru ingat. Seungkwan habiskan makanan tadi. Kesian dia letih sangat" Min Daehee kembali memadang skrin telefonnya.
Hyemi ternganga. Dia menyepak-nyepak katil sambil menyembamkan muka ke atas katil. "HUWAA-MXMMXND-LAPAAAAR-NCNDND"
"Sabo lah kejap. Nanti dinner omma masak lagi. Tunggu sikit je lagi"
"Omma baru pukul 4.25 tau. Dinner pukul 8." Hyemi bangun dari meniarap. "Dahlah orang tak makan apa lagi dari tadi. Breakfast je tau orang makan harini" dia menguis-nguis jari-jari kaki ibunya yang terlindung disebalik comforter.
Dia lapar gila ni. Kalau tak dapat makanan jugak memang dia buat-buat pengsan jugak. Takpun buat-buat kena rasuk sampai dapat makanan. Takpun suruh Seungkwan masak balik apa omma masak tadi.
"Ish jangan kacau ommalah!" Akhirnya Daehee menjerit . Dia mengalihkan perhatiannya kepada anaknya pula. Kacau betul. Orang tengah fokus ni tau tak?
"LAAAPPPAAAAAAR" Hyemi turut sama menjerit. Terhinjut-hinjut bahunya cuba membuat gaya gedik. Dia betul-betul kelaparan gila ni. Memang kalau orang bagi biskut mamee yang nipis tu pun nikmatnya ya tuhan, sampai menjilat jari!
"Pergi ambik duit atas meja tu. Lepastu pergi beli sendiri. Omma nak bermalasan ni jangan kacau" Min Daehee menarik comforter it sehingga menutup seluruh badannya. Dari luar, Hyemi boleh nampak yang ibunya masih memegang telefon.
Hyemi membuat muka. "Alah omma jomlah keluar sekaliiiiiii" dia merengek sambil menarik comforter di bahagian kepala ibunya. "Tak nak. Pergi sorang. Pinjam motor appa"
Motor Yoongi hilang sudah ke tempat kerja tapi motor appa always available untuk Hyemi. Seungkwan pula ada kereta peninggalan mak ayah dia. Siap dua buah lagi tapi satu dia simpan dekat rumah atuk dia. Elok juga sebab kawasan rumah keluarga Min takdelah besar sangat untuk muat 4 kereta. Motor dua tu muat parking dalam pagar pun mujur.
YOU ARE READING
Unexpected ◆jjk◆
Fanfic"Kau sape?! Kau buat apa kat sini? Ni kan tandas lelaki?" "Eey kenapa ada benda coklat ni kat sini? Banyak pulak tu! Kau cirit birit ke ape? Tak reti flush?" -dimana Min Hyemi terjumpa dengan Jeon Jungkook semasa dia menceroboh ke dalam tandas le...