Sementara semua orang sibuk menyoal siasat Hyemi, Jungkook diam-diam meminta diri untuk keluar. Jaehwan yang memandangnya dengan muka 'nak ikut' cuma dihadiahkan jeliran. Duduklah sini ko, dengar je orang-orang tua ni cakap. Kahkah adan uke.
Sebaik pintu wad tertutup, dia terus membuka telefonnya.
Kat mana?
Taipnya kepada seseorang.
Level 4, cari pintu yang ada nama Han Yeri. Palli
Tak sampai lima saat mesejnya dibalas. Lantas Jungkook berlari ke lif. Dia perlu cepat sebelum Jaehwan keluar. Ini rahsia. Ceh bunyi macam penyiasat berjaya aje.
Sampai ditingkat 4, dia lekas berlari ke ruang koridor. Sambil itu matanya melilau mencari nama orang yang dirinduinya separuh mati itu. Lariannya terhenti mengejut dihadapan sebuah pintu kecil dengan tanda nama kecil di tengah-tengah pintu bertulis Dr. Han Yuri . Sekejap Jungkook mengetap bibir apabila melihat nama Han itu. Tapi dia maniskan muka balik dan terus memulas tombol pintu.
"Mama!" Panggilnya girang. Wanita 40-an yang dari tadi mengetap bibir menunggu Jungkook serentak bangun dengan senyuman lebar. "Jungkook!" Jeritnya kembali.
Jungkook terus berlari lalu memeluk mamanya. Hampir-hampir dia terlanggar meja tadi tapi nasib baik mamanya sambut.
"Hati-hati" lengan anak kandung tunggalnya dipukul dengan muka dibuat-buat marah. Keningnya dikerutkan sedikit. Jungkook cuma membalas dengan hehe. Kemudian mereka berpelukan.
Lama mereka dalam keadaan begitu. Nasib baik pintu itu memang jenis akan automatik tertutup kalau tak mesti orang luar pelik. Bukannya takde orang lalu lalang disitu.
"Mama~ bogoshipeoyoooo~" Jungkook merengek manja. Mamanya yang kini lebih rendah daripadanya membuatkan mukanya berada di rambut Yuri. Dia nak bersin jugalah bila ada helaian rambut yang buat geli-geli dekat hidung dia tapi dia tahan.
Puan Yuri tergelak kecil. "Aigoo. Mama rindu kook jugak"
"Kalau rindu kenapa tak balik?" Rengek Jungkook lagi.
Puan Yuri mengeluh. "Dia tu? Tak reti nak datang jenguk?" Balasnya balik. Dia selalu bayangkan anak terunanya itu buat suprise. Tapi jejak kaki pun tak pernah. Tapi dia faham, Jungkook masih sekolah jadi dia tak boleh sesuka hati je datang sini.
"Susahlah ma. Tahun ni dahlah ada exam penting. Ni pun mujur kook ambik kelas malam je, tak ambil tuition petang"
"Hmm yelah mama faham." Puan Yuri meleraikan pelukan sebelum duduk dikerusinua semula. Sambil itu, di membuat isyarat supaya Jungkook juga duduk.
"Jadi macam mana hidup lepas mama takde?"
Jungkook cepat-cepat mencebik. "Tak best sangat. Rasa macam ade benda kurang"
Puan Yuri tergelak kecil. Dia memandang anak lelakinya yang sudah membesar. Tinggi pun dah lebih dari dia dah. Lengan dengan peha pun boleh tahan berketak-ketak juga.
"Nanti mama nak balik kut. Rindulah kat korang" dia menunduk bersama senyuman kecil. Jarinya bermain-main dengan pen untuk menutup rasa segan.
Mata Jungkook membulat. "Serius?"
"Serius" dia mengangguk. "Tapi bukan dalam masa terdekat kut"
Senyuman Jungkook melebar. Dia gembira. Mungkin tak lama lagi keluarganya akan jadi seperti sediakala.
Cuma satu je masalah. Jiyeon. Adik dia tu memang gila lah. Gila tahap paling maksimum.
Mereka berbual-bual lagi sebelum Jungkook meminta diri apabila ommanya menelefon. Sempat dia berkata yang dia akan datang lagi esok atau lusa. Alang-alang melawat Hyemi, bolehlah dia lawat mamanya sekali.
YOU ARE READING
Unexpected ◆jjk◆
Fanfiction"Kau sape?! Kau buat apa kat sini? Ni kan tandas lelaki?" "Eey kenapa ada benda coklat ni kat sini? Banyak pulak tu! Kau cirit birit ke ape? Tak reti flush?" -dimana Min Hyemi terjumpa dengan Jeon Jungkook semasa dia menceroboh ke dalam tandas le...